Friday, January 27, 2012

C.A.N.T.I.K

Assalamualaikum w.b.t

Klau ditanyakan pada semua golongan wanita tentang kecantikan pasti majoriti mengatakan mereka suka nampak cantik, mungkin Ada juga kelompok minoriti yang biasa-biasa saja pendapatnya tentang kecantikan. Saya? Sudah tentulah saya sangat mencintai kecantikan. Cantik maknanya memang sangat subjektif, terpulang pada definisi masing-masing.

Bagi saya yang telah bersuami, sudah tentulah saya amat-amat mementingkan ketrampilan diri. Bukan untuk oranglain, tetapi untuk suami Dan kepuasan diri. Bayangkan, setahun Ada 365 hari, takkanlah penampilan kita hari-hari sama sahaja. Misalnya, kita boleh mengubah stail potongan rambut, supaya nampak berbeza. Nah, mudahkan? Janganlah terlampau statik dengan penampilan diri.

Ambillah juga sedikit masa untuk pergi ke spa atau mengurut. Ini antara aktiviti yang sangat saya suka heheh. Suami,garu kepalalah sebab kena keluarkan duit. Percayalah, jika badan kita sentiasa dimanjakan, insyALLAH kita jarang mendapat tekanan atau stress. Maka, kuranglah sikit rasa hendak "naik hangin" dek akibat letih dengan urusan kerja+rumahtangga. Hati pun rasa gembira. Kan?

Jangan asyik memakai kain batik Dan t-shirt lusuh apabila berada di rumah. Sekali sekala ubahlah cara berpakaian. Oles sedikit lipstick Dan blusher biar nampak segar, hanya ambil beberapa saat sahaja untuk bersiap. Tak perlulah memakai bulu mata palsu, kang suami kata buang tabiat pulak hehe. Pakailah skirt, seluar atau apa sahaja, asalkan bukan kain batik ye. Pakai baju sedikit "seksi" pun tidak mengapa asalkan tidak keterlaluan sehingga anak anda pun rasa pelik.

Boleh juga pakai aksesori seperti subang telinga untuk nampak lain. Sekarang ni, banyak subang telinga yang dijual murah. Jadi bolehlah beli borong dan hari-hari boleh tukar. Bagi yang mempunyai anak kecil, janganlah pakai subang telinga yang berjurai bagai, takut-takut kena rentap, lainlah pulak ceritanya. Saya suka yang simple asalkan nampak cute bila dipakai.

Tips yang saya tulis ini memang saya amalkan dan setakat ini suami amat menyokong dengan apa yang saya lakukan asalkan tidak keterlaluan sekiranya berada di hadapan "public". Oh ya, saya juga takkan lupakan impian untuk membuka saloon khas untuk muslimah. InsyALLAh kami sedang usahakan. Ameen...

Wanita di luar sana, tidak salah untuk nampak cantik, sebab kecantikan akan menjadikan kita lebih bersemangat dan mensyukuri akan nikmat yang ALLAH kurniakan

Thursday, January 26, 2012

2012

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin maklumkan bahawa setiap pembelian bagi awal tahun 2012 adalah PERCUMA bagi penghantaran. InsyALLAH promo ini akan dilanjutkan lagi. Jom, jenguk kat products hub kami...

Iqra'

Assalamualaikum w.b.t

Mmm, sementara menanti pesanan burger siap , saya ambil sedikit masa untuk update blog. Terima kasih pada en.hubby sebab hadiahkan saya mr.ipad, jadi boleh lah saya sentiasa mengupdatekan diri @ mengfacebook @ membeli barangan secara online dengan mudah heheee

Sekadar ingin berkongsi tentang hobi terbaru saya iaitu membaca. Ops, Tapi bukan baca novel cintan cintun ombak rindu bagai ye hehe...Saya lebih gemar membaca buku berbentuk motivasi. Syukur suami mempunyai minat yang sama. Sebenarnya dia adalah individu yang sentiasa menuai minat membaca pada saya sejak zaman bujang lagi. Cuma saya saja yang tidak ambil kisah setiap kali dia membuat ulasan tentang buku yang telah dibaca. Saya patut beri 5 bintang pada suami atas kesabaran dia mendidik saya.

17 Januari lepas, saya mula tertarik untuk membaca how to win friend & influence people. Buku yang simple tetapi sangat bagus untuk diimplementasi dalam kehidupan. Sejak dari itu, saya mula jatuh hati dengan buku. Nekad untuk cuba khatam 1 buku untuk setiap bulan Akan saya laksanakan, insyALLAH.

Moga minat pada membaca akan dapat saya semai dalam jiwa khalifah muda kami Muhammad Iman Khalish, agar dia tidak akan merasa rugi sepertimana yang saya alami, kerna tidak mencitai buku sejak dulu lagi..

Iqra' with me. Ayuh....

Tuesday, January 17, 2012

Ke mana perginya SEMANGAT

Assalamualaikum w.b.t

Fuh, hari ini jadual kelas agak penuh. Dari 8.00 pagi hinggalah 4.00 petang, then sambung plak dengan preparation untuk amali esok. Dalam hati seronokkah dengan kerjaya saya sekarang? Mmm, jujurnya saya memang minat mengajar. Mana taknya, lepas habis SPM saya jadi cikgu tuition kehormat di rumah sendiri hehe...abah memang antara orang yang banyak memberi semangat pada saya untuk mengajar. Hinggakan abah sanggup belikan saya whiteboard supaya saya mudah mengajar tuition nanti. Jangan tak tahu ye, whiteboard tu masih ada di kampung, parking dekat belakang alamari dapur mak :)

Bayaran? Saya kenakan bayaran rm10 saja. Seminggu 2 jam belaja, subjek matematik. Seminggu saya ajar 4 hari haha murahkan? Kadang-kadang, student saya datang hari minggu pun, saya tetap layan. Even, selalunya saya ajar lebih masa, tp langsung tidak minta extra charge. Sebab apa? Sebab saya sangat minat mengajar, terutamnya budak-budak sekolah rendah. Sampaikan, abah gelar saya pengerusi kelab kanak-kanak jalan mawar(nama jalan rumah saya). Setiap petang, saya duduk depan rumah perhatikan budak-budak bermain, lepas itu, pasti sesi bermain bertukar kepada sesi ilmiah heheh...sorang-sorang saya suruh hafal sifir matematik. Seronoknya zaman itu.

Tapi sekarang, kenapa saya tidak bersemangat seperti dulu? Saya percaya ada sesuatu yang masih tidak saya kecapi dalam kerjaya sekarang. Faktor sekeliling turut memainkan peranan. Mungkin saya perlu mencari lagi, hingga saya dapat rasa kembali jiwa semangat mengajar itu.

Sunday, January 15, 2012

Tawakal

Assalamualaikum w.b.t

Khamis lepas dalam tergesa-gesa untuk turun ke cafe membeli makanan, pintu bilk office saya tekan tombolnya dan zaass, tarik dengan jayanya. Ops, baru saya sedar kunci bilik tidak digantung di leher seperti biasa. Telefon bimbit turut saya tinggalkan di dalam bilik. Masaklah....

Tapi hati saya tenang, tidak seperti sebelum ini sekiranya menghadapi masalah. Sedangkan saya mempunyai syarahan yang perlu saya sampaikan pada pukul 2 Petang. Segala nota serta peralatan mengajar ada di dalam bilik yang sedang berkunci. Saya nekad untuk teruskan niat membeli di cafe terlebih dahulu, sebelum mencari alternatif membuka pintu.

Kenapa saya rasa tenang? Pertama, saya yakin pada doa saya subuh tadi supaya ALLAH mudahkan segala urusan saya pada hari ini. Kedua, pintu adalah buatan manusia yang boleh diubah, diganti, diketuk tanpa ada rasa sakit. Ketiga, segala nota syarahan telah saya sediakan sehari sebelum kuliah, jadi saya tidak perlu gusar sekiranya pintu lambat dibuka dan segalanya insyAllah masih segar dalam ingatan. Keempat, saya pegang kepada prinsip " what you give, is what you get back".

Saya yakin, sekiranya sebelum ini kita pernah membantu orang dengan ikhlas, maka dengan izin ALLaH kita jua akan dibantu. Jika bukan hari ini, mungkin esok atau lusa. Alhamdulillah ada yang sudi membantu saya pada ketika itu. Sungguh, hidup ini berkitar dan saling berantai.

Pengajarannya: jangan suka membuat kerja last minute, jika saya tidak menyiapkan syarahan sehari sebelum kuliah, berkemungkinan hati & jiwa saya tidak tenang menghadapi masalah sekecil ini. Letaklah tawakal kepada ALLAH setelah kita benar-benar telah berusaha.

Saturday, January 14, 2012

G.O.A.L & manusia biasa

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak update blog. Rasanya tempoh hibernasi perlu disingkatkan supaya saya tidak berada dalam zon selesa lagi. Saya tidak mahu sekadar menjadi manusia biasa , tetapi saya mahu mejadi manusia yang luar biasa, kerana ALlAH telah mengurniakan saya pelbagai nikmat supaya dapat digunakan seoptimum mungkin. Oh, serius, semenjak memegang title sorang Umi saya amat jarang melakukan sesi muhasabah diri. Mungkin akibat sangat teruja mengulit amanah yang paling berharga dalam hidup. Tapi semua itu bukan alasan bagi saya untuk menjadi manusia yang leka. Saya teruskan juga matlamat saya untuk menjadi manusia luar biasa dengan mengaplikasikan dalam tugas sebagai seorang Ibu dan kerjaya.

Saya harus bersemangat, tidak boleh menjadi seorang Ibu yang cepat letih, tidak bertenaga, mudah putus semangat, sebab saya mahu mendidik iman khalish untuk menjadi khalifah ALLAH. Itulah juga G.O.A.L saya Dan suami. Saya nekad untuk beri hanya yang terbaik untuk anak saya. Kerana itu lah saya amat protective. Saya mahu anak saya dapat rasakan sepenuh kasih sayang daripada saya dan suami. Saya yakin kunci sebuah kejayaan untuk membentuk seorang khalifah adalah bermula Dari rumah yang penuh nilai sayang serta didikan agama.

Rasa syukur saya makin menebal kerana ALLAH menyukarkan saya pada mulanya untuk mendapat zuriat. Ya, hikmah itu mula saya nampak setelah apa yang saya harapkan telah diperolehi. Jika tidak, mungkin saya sentiasa bersangka buruk dengan pencipta, sedangkan telah diaturkan sesuatu yang lebih baik untuk saya. Benar, jika urusan saya selama ini dimudahkan maka saya akan menjadi manusia biasa yang tidak menghargai.

Alhamdulillah, iman khalish dapat merasai susu badan saya sendiri. Itu antara G.O.A.L yang telah saya tanamkan semenjak saya mengandung. Anak saya tidak akan minum atau makan selain daripada susu Ibu sehingga berusia 6 bulan. Sekarang iman sudah 8 bulan dan masih minum susu Ibu walaupun telah diperkenalkan dengan bubur nasi. Saya akan terus menyusukan iman sehingga dia berusia 2 tahun. Saya bersyukur kerana dikelilingi dengan sahabat yang turut menyusukan. Jika tidak, saya tentu akan sedikit goyah dengan keupayaan saya sendiri. Oh ya, iman juga ada Ibu Susuan. Saya akan ceritakan mengenai Ibu Susuan pada entry Akan datang.

Pagi tadi saya bersarapan dengan suami, ala-ala dating di tasik titiwangsa hehehe. Iman saya tinggalkan sebentar dengan mak di rumah kakak. Saya Dan suami mengambil masa yang Ada untuk menghabiskan goal setting kami bagi tahun 2012. Sepatutnya G.O.A.L setting ini telah disiapkan sebelum awal tahun bermula. Memang menjadi kelaziman bagi kami untuk duduk bersama bagi update goal masing-masing setiap hujung tahun.

Itu lah yang saya pelajari daripada suami saya "hidup mesti ada matlamat supaya kita ada hala tuju Dan tidak menjadi manusia biasa"...G.O.A.L kami? InsyAllah nnti Akan saya sharekan di sini