Assalamualaikum w.b.t
Kisah telenovela 'siswazah tua' bersambung untuk episod seterusnya. Melalui beberapa siri minggu pengkuliahan yang tidak terlalu padat pada awalnya, membolehkan saya menarik sedikit nafas lega apatah lagi pada beberapa minggu yang lepas saya terpaksa berulang alik dari fakulti ke rumah babysitter untuk menghantar susu perahan memandangkan stok susu beku sudah mencapai tahap zero. Minggu yang penuh emosi dan mencabar buat diri saya kerna lagi sekali mental saya diusik dengan kata-kata persis 'nasihat' supaya memberi anak saya susu formula. Allah sahaja yang tahu bertapa hati ini sangat sensitif bila berbicara mengenai susu ibu. Saya rela bangun malam untuk mengepam susu walaupun untuk 1oz dengan niat supaya Iman Khalish mendapat bekalan susu khasiat bagi meminimumkan risikonya mewarisi penyakit asthma saya. Pastinya, semua ini hanya dengan izin ALLAH. Saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik bagi amanah yang ALLAH kurniakan ini. Sebak..Oh maaf, saya teremosi seketika. Yes, this is the strong bonding and the true feeling when we breastfeed our own baby. Believe me!
Okay, tidak mahu sedey-sedey lagi, kerna ia mampu menarik cas negatif semua orang ;) Entry kali ini, emosi bercampur aduk 2 in 1. Tidak sabar juga untuk saya sharekan pengalaman honeymoon bersama en. moon (suami) + little star beberapa minggu lepas. Dalam pada sibuk dengan kuliah, sempat juga pergi holiday hehe...Destinasi kali ini, perlu mengambil masa 6-7 jam perjalanan udara. Autumn di Korea. Ingatkan dapat berwinter sonata hehe...oh sebut pasal winter sonata, sangat seronok sebab berpeluang ke Nami Island, tempat di mana hero dan heroin drama bersiri winter sonata menaiki basikal dan bermain snowball. Auww, romantik gitu. Saya masih ingat, tayangan drama ini berjaya menaikkan rating peminat drama Korea hingga kini.
Sewaktu di Korea, ada banyak perkara yang saya amati. Rata-rata penduduk di sana mempunyai tahap kesihatan yang tinggi. Mungkin disebabkan pemakanan yang diamalkan. Mereka gemar memakan Kimchi (baik untuk lawas), ginseng dan makanan yang direbus. Susah untuk melihat orang yang mengalami obesiti, kebanyakanya bersaiz XS hingga M. Warga emas pula masih mampu menaiki bukit yang tinggi, berbeza dengan kita di sini. Ramai yang mengalami masalah obesiti dan osteoporosis apabila usia semakin meningkat. Masyarakat Korea percaya kesihatan lebih penting berbanding kekayaan. Betul kan? Kalau kita berduit, tetapi perlu melabur di hospital untuk merawat penyakit, bukankah nikmat kehidupan itu semakin berkurangan?
4 season
-Everland-
Jumpa di Korea? komedian Mek Habsah -Everland- |
Madagascar
-Everland- |
Hari ketiga kami berada di Seoul, melawat kawasan istana tertua iaitu Istana Gyeongbokgung. Menurut pemandu pelancong, (Gina- nama "melayu") , corak pada dinding istana adalah hasil penyatuan batu-bata yang disusun menjadi corak asli, kerna ia kelihatan seperti diukir atau dilukis. Memang unik!. Kami juga berpeluang melawat satu-satunya masjid di Seoul. Ketika ini rasa syukur kerna di Malaysia, mudah untuk mencari masjid.
Pernah lihat atau baca komik martial art? Oh, di sini pertama kali saya menonton Jump Show iaitu tayangan martial art versi komedi + action. Persis menonton teater, tetapi Jump Show ini lebih kepada pergerakan badan dan mimik muka. Memang terbaik dan nampak real!
Bagi yang belum ke Korea, jemputlah ke sini. Confirm rasa nak pergi lagi especially part shopping-mopping tu, i like! Hehee...ok, untuk next destination tidak pasti lagi, tetapi besar harapan agar kami dapat ke Makkah pula, ameen.
0 comments:
Post a Comment