Baru pulang dari Pusrawi membuat general medical check up. Boleh tahan harganya, cuma RM 66 termasuk konsultasi dari doktor perubatan, urin FEME (ujian air kencing) dan X-ray. Tidak perlu menunggu terlalu lama, kalau hendak dibandingkan dengan Hospital kerajaan. Sistem yang tersusun bagi mempermudahkan pelanggan/pesakit menerima rawatan atau perkhidmatan. Kakitangan yang mudah tersenyum dan ceria. Jatuh hati saya seketika dengan layanan yang diberikan.
Kenapa kakitangan di hospital kerajaan tidak seperti ini? Kalau hendak diikutkan, peranan masing-masing adalah sama. Cuma mungkin workload (bebanan tugas) yang sedikit tinggi di hospital atau klinik kerajaan menjadikan mereka kurang mesra pelanggan. Tetapi mereka bukannya bekerja secara PERCUMA, betul tak? Mereka tetap menerima gaji seperti orang swasta. Entah-entah lebih lumayan selepas dicampur dengan elaun.
Mmm, smuanya terletak pada diri masing-masing. Kita yang menjadikan hari kita lebih ceria atau sengsara. Bekerja kalau rasa terpaksa memang tidak menyeronokkan. Yup, saya juga kadangkala rasa tidak seronok bekerja, especially hari Isnin. Tapi jangan jadikan ketidakseronokan itu menganggu tugas hakiki dan membebankan orang lain. Bekerja sebagai pendidik sudah pasti banyak ragamnya. Andai saya terbawa-bawa perasaan tidak seronok itu sudah pastinya anak murid bakal menjadi mangsanya. Mungkin kesalahan kecil diperbesar-besarkan. Kan?
Sebab itu kita perlu sentiasa menyelidik diri. Kadang kala rasa sebak sewaktu saya membaca status facebook segelintir bekas student saya yang rata-ratanya semua telah bekerja sebagai medical lab technologist. Ada yang menulis tentang tidak berpuas hati dengan pesakit yang banyak bertanya, pesakit yang tidak memahami arahan dan pelbagai lagi. [p/s: tidak semua ex-student saya seperti ini, ramai yang ok :)]. Adakah mereka lupa bahawa pelanggan mereka itu adalah pesakit yang sedang sakit? Kita yang sihat ini pun kadang kala tidak memahami arahan, apatah lagi orang yang sakit. Betul tak? Jadi peranan kita sebagai kakitangan yang SIHAT untuk memberi penerangan yang jelas . Umpama guru mengajar anak murid yang lemah, kalau tidak diajar satu persatu, mana mungkin anak murid akan menjadi cemerlang.
Semalam sewaktu mengepam susu, sempat saya membaca beberapa helaian buku motivasi H.M Tuah Iskandar yang dipinjam dari rakan. Tulisan yang ringkas dan sesuai dibaca. "Kita yang memilih untuk menjadikan hidup kita seronok ataupun tidak. Andai kita rasa tiada keseronokan dalam hidup, cepat-cepat cari pengubatnya".
Perbanyakkan berbicara dengan rakan atau orang yang positif mindsetnya. InsyALLAH kita juga akan positif. Ingat, what you give, is what u get back.
Peace!
0 comments:
Post a Comment