Saya masih setia di sini, mengukir janji untuk tetap berkongsi kisah di dalam blog yang penuh sawang. Cuba mencari sedikit waktu untuk menulis , namun hati tidak keruan apabila masih teringatkan lab report yang perlu disiapkan hehee....malam tadi saya dan suami mengambil peluang ke KLCC untuk menikmati ice-cream + waffle yang mula menjadi kegemaran saya. Memang best, cubalah...Naik escalator sampai aras 2 KLCC, di bahagian food court Signature, Milano nama kedainya.
Ice-cream memang sinonim dengan saya, oh satu kepuasan dapat makan ice-cream apatah lagi bila dimakan bersama roti dan waffle. Sebut pasal ice-cream roti teringat satu kisah yang tidak akan dapat saya lupakan hingga kin. Kejadian ini berlaku sewaktu saya dan rakan sekuliah (kak fizah, Mai, Gee dan Nantha) makan tengahari di gerai belakang Istana Budaya (Gerai Along). Selesai makan, kelihatan sebuah motosikal menjual aiskrim parking betul-betul di hadapan gerai. Fuh, terujanya apabila melihat aiskrim, namun si penjual tidak pula kelihatan.
Sambil berjalan beriringan ke arah kereta rakan, saya kongsikan betapa sukanya saya pada ice-cream roti. Terbayang-bayang waktu itu, sekiranya saya dapat menikmatinya di tepi pantai, sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Syoknya! Pintu kereta saya buka sambil mulut tidak henti-henti berbicara. Mengambil tempat duduk di kerusi belakang, diberi sedikit laluan agar rakan saya lain dapat duduk bersama. "lambat betul diorang ni nak masuk kereta,''ngomel saya sendirian, dalam hati sedikit risau akan lambat masuk ke sesi kuliah berikutnya.
Tiba-tiba, salah seorang rakan menjerit ke arah saya, "Shidah, ko salah masuk kereta!". Oh man! barulah saya perasan kenapa rakan-rakan yang lain tidak turut serta masuk bersama saya tadi. Tanpa berlengah saya keluar dan berlari ke arah kereta rakan saya yang rupanya hampir-hampir sama dengan kereta tadi. Malunya!!! hinggakan tidak sempat meminta maaf kepada pemilik kereta tersebut yang sedang menanti di luar dengan senyuman seolah-olah turut mentertawakan saya, hahaha. Apalagi, satu hari saya menjadi bahan gelak rakan-rakan kuliah.
Oh, pastinya selepas ini, setiap kali hendak masuk kereta, saya akan lebih berhati-hati...ice-cream oh ice-cream, sebab dikaulah daku salah masuk kereta!!!
Waffle @ Milano |
0 comments:
Post a Comment