Assalamualaikum w.b.t
Wah, ada baby baru dalam rumah pengasuh Iman Khalish. Masuk ni 9 oranglah anak-anak yang dijaga oleh mama (panggilan untuk pengasuh Khalish) Saya sedikit tidak berpuas hati kerna pada pikiran saya mampukah untuk dia menjaga kesemua mereka seorang diri? Memang anak sulungnya rajin membantu, tapi sejauh mana anak Bujang tahan duduk di rumah sepanjang hari? Fikir punya fikir, akhirnya redha jerlah mungkin jika saya yang berada di situasi dia, saya pun akan menjaga ramai budak dek kerna itulah satu-satunya sumber pendapatan "mama" disebabkan beliau baru kehilangan suami Oktober 2012.
Baby baru berusia 2 bulan, kecilnya. "Mama" dengan bersemangat memberitahu yang baby ini telah diberi makan NESTUM...gulp, dengan bersemangatnya pula saya mencelah, "bahayanya mama, perut baby 2 bulan masih tidak kuat untuk menerima makanan!," . Of course jawapan mama standard jawapan orang-orang veteran yang saya pernah dengar dulu. "Eh, Along (panggilan anak bujangnya) dulu, seminggu mama sudah bagi NESTUM, gemuk jer sampai sekarang!," jelas mama dengan yakin. Adoi, gemuk itu sihat ke? Saya cuba menahan diri daripada terus berbahas. Maaf, tidak bermaksud untuk saya bercakap mengenai fizikal seseorang, tetapi jika mama mengatakan yang gemuk itu sihat, memang saya sangkal 150%.
Pada saya ibubapa yang bersalah. Menjadi ibubapa tanpa ILMU umpama menjadikan anak sebagai bahan eksperimen. Perut bayi seusia beberapa hari hanyalah sebesar guli, 2 hingga 3 bulan perutnya hanya sebesar bola ping pong. Even, enzim-enzim dalam perut masih belum dapat berfungsi dengan baik untuk mencerna makanan. Sebab itulah kita disuruh memberi SUSU IBU kerna ia SUPERMUDAH dicerna oleh perut kecil itu. Zaman dahulu memang maklumat kurang, tetapi Zaman sekarang, ilmu di hujung jari sahaja, tinggal hendak atau tidak untuk mengamalkannya.
Saya melempiaskan rasa tidak puas hati lagi pada suami sepanjang perjalanan pulang dari rumah mama. Suami menambah, sebab tiada ilmu, akhirnya nanti, pengasuh turut dipersalahkan. Kes seperti tersedak susu, juga disebabkan memberi NESTUM di dalam botol bayi. Seumpama memberi makan kepada bayi tetapi diolah pemberian itu dalam botol susu.
Marahnya saya jika amanah yang ALLAH kurniakan ini yang bukan setiap orang dapat merasanya dipersiakan oleh ibubapa yang kurang ilmu. Menjadi ibubapa bukan sekadar perlu menyediakan barangan dan keperluan semata, tetapi nilai hidup perlu ditambah dengan pencarian ilmu dan dimanfaatkan. Oh kesiannya jika anak kecil dilahirkan dalam keadaan ibu bapa masih muda dan tidak bersedia yang katanya tereksiden penghasilannya sewaktu sakan berbulan madu.
Please, please. Pasangan yang hendak berkahwin atau yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, jangan hanya berfikir keseronokan sahaja, penuhkan diri dengan ILMU barulah bersedia untuk memegang amanah ALLAH ini. Ingat, jika matinya anak kecil ini, tempatnya sudah tentu di SYURGA, tetapi jika mati kita yang penuh dengan maksiat dan dosa ini belum tentu di mana tempatnya.
0 comments:
Post a Comment