Assalamualaikum w.b.t
Solat maghrib jemaah terasa sayu pabila abah melaungkan azan. Terima kasih ALLAH kerana masih meminjamkan abah dan mak kepada kami adik beradik. Ahad lepas mendapat berita bahawa abah tiba-tiba hilang memori apabila bangun dari tidur. Bagaikan mahu terus berlari pulang ke kampung untuk menjenguk dan memeluk abah. Usia abah sudah menjangkau 65 tahun, secara fizikalnya abah masih tampak sihat dan cergas.
Menurut mak, petang ahad sewaktu abah terjaga dari tidur, abah tiba-tiba tidak dapat mengingat dengan baik. Kebetulan jiran sedang membuat kenduri kahwin, jadi abah terpaksa meletak keretanya jauh sedikit dari kawasan rumah. Namun, abah sendiri tidak dapat mengingati di manakah dia meletak keretanya, siapakah yang membuat kenduri kahwin dan adakah dia sudah menghadiri majlis tersebut. Hampir beberapa kali abah bertanya soalan yang sama, mak mulai risau. Mak minta abah mengambil wudhu dan menunaikan solat. Allahurabbi, mujur mak ada di rumah, kalau tidak, entah apalah yang mungkin berlaku.
Sewaktu menerima berita dari mak, air mata mengalir deras. Dalam pada jam di dinding menunjukkan waktu 12 tengah malam, hati tidak keruan. Berdoa moga keadaan abah kembali stabil. Abang-abang di johor telah bertolak pulang untuk menjenguk. Saya pula masih berfikir-fikir bagaimana untuk pulang memandangkan terdapat kuliah master (presentation) yang perlu saya hadiri dan pastinya ia mengambil kira markah final saya nanti.
Abah adalah segalanya buat kami adik beradik. Jika kami atau cucunya sakit, sudah pasti abah dan mak adalah orang yang tidak senang duduk, sanggup memandu kereta kelisa 'comelnya' sejauh 6 jam perjalanan dari Mersing ke Kl untuk menjenguk kami. Walaupun ada suara-suara sumbang yang 'menasihati' abah supaya membiarkan kami adik-beradik menguruskan urusan keluarga masing-masing, namun abah dan mak bukan begitu. Tidak sama sekali abah dan mak membiarkan kami susah. Dari dulu hingga kini. Rela bergadai harta, mencatu belanja dan beras demi untuk membesarkan kami adik-beradik. Bekerja sebagai pemandu lori JKR, berapalah sangat gajinya, tetapi jiwa abah besar, tidak sesekali mengeluh di hadapan kami.
Syukur kerna mengurniakan kami keluarga yang benar-benar bahagia dan dapat merasai nikmat kasih sayang dari mak dan abah. Walaupun kami tidak kaya seperti orang lain, tetapi kami kaya dengan kasih sayang. Mengenangkan itu, kami tolak ketepi urusan lain. Ilmu dan wang bila-bila boleh dicari, tetapi abah dan mak adalah HARTA paling berharga yang tiada gantinya.
Tiada lafaz lain selain syukur kerna abah kembali pulih dan boleh mengingat semula. Dalam nada bergurau (abah saya memang kuat bergurau) abah cakap "jangan risau, nanti daripada tidak teruk, abah akan jadi lebih teruk kalau tengok muka korang macam ni" huhuu...
Sebelum ini, abah kerap juga mengadu sakit di bahagian tengkuk dan kepala. Risau keadaan abah semakin teruk walaupun tampak pulih sedikit, kami bawa abah untuk membuat medical check up. Ujian MRI menunjukkan terdapat blockage pada salur darah di kepala dan ada tanda menunjukkan abah mengalami mild stroke. Allah, dugaan sangat besar buat kami sekeluarga tapi kami bersyukur sekurang-kurangnya penyakit abah dapat dikesan awal. Moga ALLAH sembuhkan abah, kurniakan abah kesihatan yang baik dan ringankan penyakit yang ditanggungnya.
Untuk reader di luar, ambillah sedikit masa dalam sehari untuk menghubungi ibu bapa. Bimbang nanti, suatu ketika tidak berpeluang mendengar suara dan tawa mereka lagi. Jika di facebook kita mampu mengupdate status setiap seminit, tetapi adakah kabar berita mereka di kampung kita update sebegitu rupa? tepuk dada tanyalah iman...Bagi yang telah berkerjaya, jangan lupa, berbelanja atau bahagikan sedikit portion setiap bulan untuk mereka walaupun tidak sebanyak mana ataupun tidak diminta, sekurang-kurangnya kita memberi. Berkongsi hasil titik peluh dengan ibu bapa adalah lebih barakah berbanding berkongsi dengan pengusaha kedai tudung, kedai di Jln TAR, SOGO, JAKEL atau sewaktu dengannya.
Moga ALLAH melipatgandakan pahala dan rezeki bagi mereka yang sentiasa membahagiakan ibu bapa. Amin...
-Hasil nukilan ikhlas sewaktu memandu dalam 'jem' dan butter di jalanraya-
Untuk reader di luar, ambillah sedikit masa dalam sehari untuk menghubungi ibu bapa. Bimbang nanti, suatu ketika tidak berpeluang mendengar suara dan tawa mereka lagi. Jika di facebook kita mampu mengupdate status setiap seminit, tetapi adakah kabar berita mereka di kampung kita update sebegitu rupa? tepuk dada tanyalah iman...Bagi yang telah berkerjaya, jangan lupa, berbelanja atau bahagikan sedikit portion setiap bulan untuk mereka walaupun tidak sebanyak mana ataupun tidak diminta, sekurang-kurangnya kita memberi. Berkongsi hasil titik peluh dengan ibu bapa adalah lebih barakah berbanding berkongsi dengan pengusaha kedai tudung, kedai di Jln TAR, SOGO, JAKEL atau sewaktu dengannya.
Moga ALLAH melipatgandakan pahala dan rezeki bagi mereka yang sentiasa membahagiakan ibu bapa. Amin...
-Hasil nukilan ikhlas sewaktu memandu dalam 'jem' dan butter di jalanraya-
2 comments:
Mudaha2an Pak Long n Mak Long sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah SWT. Begitu juga dengan Idah n semua adik beradik n cousin lain...
I just would like to say ....terima kasih juga kpd Pak Long n Mak Long yang telah juga berjasa to me.... jasa yang tidak ternilai n tiada tolak bandingnyer....
Always missed the moments naik motor pergi sekolah dgn Pak Long....bergilir2 kita semua naik vespa.... teh o, asam pedas n masakan mak long yang mmg sedap2 belaka.
Ya Allah... sehatkanlah insan2 yang sgt besar jasanya buat daku ini.... Mohon halalkanlah segalanya....
Sembah salam dan kasih sayang buat semua....
my name is Jane McCray,I recently saw a testimony about a spell caster of some sort in a blog I visit for relationship and marriage counselling problems and I just
thought after ripped off the previous year of almost about $1000, I should try it*maybe out of desperation of some sort*..and I contacted
them..At first everything felt dreamy and unbelievable,their consultations and solution was a little bit easy and strange and I was
scared a little cos heard I read and heard lots of stories of fake spell casters and scammers ripping people off their money and i never wanted
that to happen to me again..
So I played along with a little hope and and faith and I was sent some few stuffs after everything and it worked like a miracle,everything went to a
while new direction,it was and is amazing...I guess it was all good faith that made me read That particular post that faithful day..I hope
they could help other people too like they did me...I did a little and I got everything I wanted and wished for*my husband,my family and my
life back and i was granted that wish*their address is: spiritualpowerofnature@gmail.com
Regards....
Post a Comment