Thursday, May 23, 2013

Cinta hati

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang kurniakan. Nikmat mampu bernafas, nikmat pancaindera, segala-galanya yang ALLAH kurniakan kepada kita supaya kita menjadi hamba yang lebih bersyukur. Enam tahun bergelar isteri kepada cinta hati saya. Again, syukur! Allah terbitkan rasa kasih dan sayang buat kami. Perkenalan yang berlaku ketika sama-sama belajar di Universiti dulu sewaktu final year, akhirnya disulami dengan lafaz halal 'Aku terima nikahnya......'. Bagi saya, dia adalah anugerah buat saya. Teman di kala saya sedih dan gembira. TIDAK pernah mengeluh walau terpaksa menunggu saya bersiap lama. Maklumlah, orang perempuan ni, kalau bersiap perlu mengambil masa yang bukan seminit. Penting untuk pastikan cinta hati kita seorang yang penyabar. Ya, topik hari ini tips memilih cinta hati...ehem ehem...assignments masih berlambak tapi masih sempat berblog gitu, huhuu..mmm, maklumlah hari ini kami ambil masa untuk berdua, sambut anniversary ke 6. Little star Khalish, kena hantar duduk Umah pengasuh huhuu...so mood bercinta masih segar sebab itu saya hendak share pengalaman saya bersama cinta hati (auww)..maaf saya sekadar berkongsi, TIDAK terlintas untuk menunjuk atau sebaliknya. 

Utamanya dalam memilih teman hidup pastikan tahap ilmu agamanya. Calon suami yang tahu selok belok agama insyALLAH segala tindakannya pasti berlandaskan Al-Quran, hadis dan cuba mencontohi Rasulullah sebagai tauladan. Believe me, suami yang sering mengajak isterinya bersolat jemaah adalah suami yang hebat! Tapi kalau calon suami, TIDAK menjaga solat, bimbang nanti hendak jaga keluarga pun huru-hara. Umpama ketua kapal dalam sebuah pelayaran, kalau ketua sendiri TIDAK tahu ke mana arah tujuan/destinasi, habis satu pelayaran sesat jalan. 

Oky,mudah bukan? lihat dulu tips utama ini, ada atau tiada pada si dia?kalau tiada, hello gurl, definitely u have to say bye bye pada cinta hati palsu anda itu. Tapi kalau tetap rasa rupa paras dan wang ringgit adalah menu utama, then i have nothing to say. Heheh....

Believe me, lelaki yang tinggi agamanya, ADALAH lelaki yang cemerlang akhlaknya. Tidak akan membiarkan kita bersendirian membuat kerja rumah, tidak akan membiarkan kita letih bersendirian menjaga anak, tidak akan membiarkan kita rasa kecewa dan insyALLAH tidak akan membiarkan kita  jauh dari Pencipta...

Terima kasih pada cinta hati saya Ahmad Khusyairi, selamat hari ulangtahun perkahwinan. Moga ALLAH tetapkan rasa cinta dan sayang ini hingga ke syurga. Nak tips lain? Nanti saya sambung, nak g dating dulu dengan suami hehheh

Sharing is caring




1 comments:

Anonymous said...

Well shidah..awk mmg btuah dpt adik sy sbg suami..dan sdh tentulah sebaliknya...sedari dulu dia memg adik yg sangattttt baik n amatttt bertggungjwb... cintanya pd Allah dan Rasul amat terserlah...sifat kasih sayang n prihatinnya tak tersorok olehnya...bantulah dia utk menyuburkan sifat2 itu sentiasa...bersabarlah atas segala kelemahan dan kekhilafannya...semoga kasih sayang dan cinta kalian berterusan sampai syurga..