Wednesday, May 25, 2011

4th anniversary dengan kehadiran yang ketiga?

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Lama sungguh blog ini tidak diupdate. Hari ini aku cuba curi-curi masa untuk online. Hari ini ini adalah hari yang cukup indah buat aku dan suami. Genap empat tahun kami bergelar suami isteri. Pukul 9.00 pagi tanggal 26 Mei 2007, aku sah bergelar isteri kepada Ahmad Khusyairi Zubir. 

Beberapa tahun yang lepas, anniversary, kami sambut dengan bersederhana. Andai ada rezeki terpijak, maka sambutannya agak "meriah". Tapi hidup kami tetap sunyi kerana masih tidak dikurniakan zuriat sepanjang perkahwinan.

Namun, dikala aku menyediakan entry ini, Alhamdulillah aku kini telah bergelar umi kepada seorang bayi lelaki yang pada hari ini berusia 22 hari. Kepada mu Ya ALLAH aku sungguh-sungguh memanjat rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan zuriat daripada benih kami sendiri.


Memang ini doa aku kepada-NYA setiap hari kerna itulah aku tidak pernah mengungkit kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak kami. Hikmah yang ALLAH janjikan kepada kami cukup indah. Diberi kepayahan kepada kami untuk mendapatkan sesuatu, supaya kami menjadi manusia yang lebih bersyukur. 

'Syukur'? seringkali suami berpesan kepadaku sebelum ini. Setiap kali aku mengadu tertekan kerna tidak mempunyai zuriat sendiri,Nah, kata hikmah inilah yang sering suami ulangi. "Bersyukurlah"....Katanya lagi "Allah berikan kita dugaan ini, supaya kita bersyukur dan menilai kembali nikmat-nikmat lain yang telah dikurniakan kepada kita"

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, aku diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk memegang amanah sebagai seorang ibu. Bukan mudah laluan yang terpaksa aku tempuhi, namun berkat sabar dan syukur maka lahirlah insan ketiga dalam kehidupan kami...Muhammad Iman Khalish pada 4 Mei 2011, 5.47 petang dengan berat 3.47kg.

Tarikh jangkaan kelahirannya adalah pada 26 April , namun ditakdirkan Khalish lahir pada bulan Mei. Mungkin ini jua hikmah yang telah diaturkan supaya kami mendapat hadiah yang paling berharga untuk anniversary kali ini. Syukur.......

InsyALLAH, jika diberi kesempatan, pada entry yang akan datang aku ingin berkongsi pengalaman dan usaha bagaimana mendapatkan zuriat

“Love Your Life” 

With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508