Wednesday, May 25, 2011

4th anniversary dengan kehadiran yang ketiga?

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Lama sungguh blog ini tidak diupdate. Hari ini aku cuba curi-curi masa untuk online. Hari ini ini adalah hari yang cukup indah buat aku dan suami. Genap empat tahun kami bergelar suami isteri. Pukul 9.00 pagi tanggal 26 Mei 2007, aku sah bergelar isteri kepada Ahmad Khusyairi Zubir. 

Beberapa tahun yang lepas, anniversary, kami sambut dengan bersederhana. Andai ada rezeki terpijak, maka sambutannya agak "meriah". Tapi hidup kami tetap sunyi kerana masih tidak dikurniakan zuriat sepanjang perkahwinan.

Namun, dikala aku menyediakan entry ini, Alhamdulillah aku kini telah bergelar umi kepada seorang bayi lelaki yang pada hari ini berusia 22 hari. Kepada mu Ya ALLAH aku sungguh-sungguh memanjat rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan zuriat daripada benih kami sendiri.


Memang ini doa aku kepada-NYA setiap hari kerna itulah aku tidak pernah mengungkit kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak kami. Hikmah yang ALLAH janjikan kepada kami cukup indah. Diberi kepayahan kepada kami untuk mendapatkan sesuatu, supaya kami menjadi manusia yang lebih bersyukur. 

'Syukur'? seringkali suami berpesan kepadaku sebelum ini. Setiap kali aku mengadu tertekan kerna tidak mempunyai zuriat sendiri,Nah, kata hikmah inilah yang sering suami ulangi. "Bersyukurlah"....Katanya lagi "Allah berikan kita dugaan ini, supaya kita bersyukur dan menilai kembali nikmat-nikmat lain yang telah dikurniakan kepada kita"

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, aku diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk memegang amanah sebagai seorang ibu. Bukan mudah laluan yang terpaksa aku tempuhi, namun berkat sabar dan syukur maka lahirlah insan ketiga dalam kehidupan kami...Muhammad Iman Khalish pada 4 Mei 2011, 5.47 petang dengan berat 3.47kg.

Tarikh jangkaan kelahirannya adalah pada 26 April , namun ditakdirkan Khalish lahir pada bulan Mei. Mungkin ini jua hikmah yang telah diaturkan supaya kami mendapat hadiah yang paling berharga untuk anniversary kali ini. Syukur.......

InsyALLAH, jika diberi kesempatan, pada entry yang akan datang aku ingin berkongsi pengalaman dan usaha bagaimana mendapatkan zuriat

“Love Your Life” 

With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508




Wednesday, April 13, 2011

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum w.b.t


Semalam genap umur mak 61 tahun. Rasa syukur pada Illahi kerana dikurniakan 'ibu' macam mak. Seingat aku, sejak kecil lagi, tidak pernah aku ke sekolah tanpa bersarapan. Bangun-bangun pagi, bau masakan mak sudah menusuk ke dalam hidung. Hari minggu pun boleh terjaga dari tidur, sebab 'tidak tahan' dengan bau masakan mak yang bisa menyebabkan air liur aku adik beradik meleleh. Masakan mak memang tiada tandingan. Even, kalau mak masuk pertandingan "top chef', confirm mak menang hehe...

Hingga ke hari ini, mak tidak pernah jemu memasak untuk kami adik-beradik. Kalau datang ke rumah kami, mak jugalah yang akan jadi chef kami. Apatah lagi, kalau kami pulang ke kampung. Sebut sahaja, makanan apa yang kami hendak, semuanya mak pandai buat. Tapi of course lah masakan Asia ye. Mak memang tidak berapa gemar makan makanan western atau fast food. 

Masih aku ingat, suatu masa dahulu, kami berkunjung ke rumah saudara terdekat. Disebabkan tuan rumah agak urban, malam itu kami dijamu dengan m'cdonald. Semasa tuan rumah sibuk membuat pesanan,  aku tanya pada mak apa yang hendak dipesan. Mak jawab " Beli burger daging biasa saja, minta kurangkan mayonis dengan cheese ye"...Tergelak aku masa itu. Aku jawab " mak, m'cdonald tidak boleh ubah stail burger, tidak sama seperti gerai biasa". Sampai sekarang, kami akan tergelak besar bila bercerita mengenai insiden itu.

Mak, dikaulah segalanya. Aku tidak dapat bayangkan hidup tanpa mak. Setiap hari aku berdoa, agar Allah panjangkan umur mak dan abah. Kurniakan mereka kesihatan yang baik di dalam limpah rahmat-NYA.
Malam tadi aku bawa mak makan di Bangi. 'Wong Solo" kedai makanan kegemaran aku dan suami. Aku tahu, mak memang gemar makanan ala-ala jawa ni. Menu yang kami order, set nasi ayam penyet. Fuh, memang terangkatlah kalau makan di sini. Mak dan abah puji kedai ni. Layanan dan masakan memang sangat best. Ditambah pula dengan air buah yang 'fresh'. Pasti menjilat jari. Kalau ada readers di luar sana yang minat untuk mencuba, bolehlah jenguk-jenguk dekat Bangi, Seksyen 9 berhampiran dengan klinik Az-Zahrah dan Bangi Kopitiam. Selain Bangi, Wong Solo juga ada di Kampung Baru, berhadapan dengan Masjid Kampung Baru. Tapi tidak tahulah apa sebabnya, kami lebih gemar makan di Bangi.

Di awal kehamilan, Wong Solo menjadi tempat setia kunjungan kami. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu aku dan suami akan menjamu selera di situ. Cuma akhir-akhir ini saja, aku kurang ke sana. Mungkin, babyku sudah puas makan ayam penyet.  

Sebut pasal makanan memang syok. Tapi jangan lupa, kesihatan kenalah dijaga juga. Rajin-rajinlah buat screening kesihatan. Sekurang-kurangnya  1-2 bulan sekali ataupun 6 bulan sekali. Wah, tetap hendak buat promo produk kami ye heheh..Bak kata pepatah, 'sambil menyelam, sambil minum air'. Jadi, kami memudahkan anda di luar sana untuk membuat screening kesihatan. Tidak perlu beratur panjang untuk membuat screening kesihatan di klinik atau hospital. Hanya beli produk kami dan DIY (Do It Yourself)

Pada mak, saya doakan agar ALLAH panjang usia mak, dengan kesihatan yang baik dan dalam limpah rahmat keberkatan-NYA. Tiada 'ibu' lain sehebat mak. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami adik beradik.

“Love Your Life” 

With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508



Friday, April 1, 2011

Tahukah anda


Kesan Kolustrum susu lembu terhadap  pesakit diabetes : Mengurangkan gula dalam darah, dan kolestrol 
Kim J.H et.al 2008. Journal of Nutrional Biochemistry 20 (2009): 298-303.

Artikel ini diambil dari journal of Nutrional Biochemistry 2009, penyelidikan dari Korea Universiti mengenai kesan kolustrum susu lembu terhadap pesakit diabetes. Semoga dengan artikel saintifik seperti ini dapat menambahkan ilmu kita mengenai penyakit kencing manis yang semakin bertambah di negara ini.

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang dicirikan dengan peningkatan gula dalam darah disebabkan masalah kerosakan kelenjar insulin, dan juga kerosakan pada insulin itu sendiri. Penyakit Diabetes  jenis II merupakan penyakit diabetes yang sangat rumit yang  disebabkan oleh banyak faktor seperti genetik, persekitaran, cara hidup, keabnormalan pada insulin, peningkatan penghasilan glukos dalam hati, peningkatan proses pemecahan lemak dan kemungkinan lain adalah masalah perembesan hormon dari usus. Terlalu saintifik pula untuk dikongsi. Tapi paling utama adalah cara hidup kita iaitu samada kita ini mengamalkan cara hidup yang malas (tanpa senaman dan pergerakan) atau mengalami obesiti. Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bahawa amalan diet yang sihat  dan senaman dapat mengurangkan pesakit diabetes. Paling menakutkan apabila pesakit diabetes berkemungkinan  cenderung mengalami penyakit kardiovaskular  2 sehingga 3 kali ganda dari mereka yang sihat. 

Kolustrum susu lembu atau (Bovine colustrum) merupakan susu awal lembu yang dikeluarkan beberapa hari selepas lembu melahirkan anak seperti susu awal ibu. Tetapi sudah pastilah jika dibandingkan dengan susu ibu sangat jauh perbezaannya. Susu awal lembu seperti susu awal ibu mengandungi banyak antibodi, hormon pertumbuhan serta memberi keimunan terhadap tubuh badan.

Kajian terkini mengenai kolustrum susu lembu adalah ia dapat membantu mengurangkan glukos dalam darah dan meningkatkan kesensitifan insulin untuk berfungsi seperti normal. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kolestrol dalam darah seterusnya mengurangkan penyakit kardiovaskular.

 
Komposisi nutrient dalam susu awal lembu
Jenis Nutrien
Peratus Komposisi
Protein
56.60
Lemak
19.50
Laktose 12.00
12.00
IgG 26.00
45.90 daripada protein
Jumlah  immunoglobulin 31.20 (55.10% of protein)

31.20 daripada protein

Kajian menunjukkan bahawa pesakit diabetes yang diberikan susu awal lembu dapat mengurangkan glukos, kolestrol dan lemak dalam darah secara signifikan dalam masa tidak sampai sehari selama 4 minggu. Ini menunjukkan keberkesanan susu awal ibu dalam mengawal kuantiti glukos dalam darah. Pesakit diabetes juga disarankan mengambil susu tanpa lemak atau susu rendah laktos tanpa lemak.

Pesakit diabetes yang tidak mengawal pengambilan gula, berkemungkinan mengalami komplikasi lain seperti penyakit jantung, maslah penglihatan dan kerosakan buah pinggang. Pandangan  kami ialah cuba kawal kandungan gula dalam makanan dan cuba amalkan susu awal lembu untuk menurunkan gula dan kolestrol dalam darah. Di pasaran terdapat banyak susu awal lembu yang dijual. Selamat mencuba.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami artikel ini, sila rujuk ‘Health-promoting effects of bovine colostrum in Type 2 diabetic patients can reduce blood glucose, cholesterol, triglyceride and ketones’ dari Kim et.al. 

“Love Your Life” 

With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508

Thursday, March 31, 2011

Selamat Menyambut Hari Wanita

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut Hari Wanita!  
Walaupun sudah terlewat beberapa hari, tapi saya tetap nak ucapkan selamat menyambut Hari Wanita Anyway, as a women, memang banyak sangat cabaran yang terpaksa kita hadapi. Bagi yang sudah bekeluarga, wah cabaran tu lagilah besar. Bangun seawal pagi- siapkan diri - siapkan anak2 -sediakan sarapan pagi -then start enjin kereta trus desyuuummm pecut kereta ke tempat kerja.

Adoi, sampai tempat kerja lain pulak ceritanya, memang tidak habislah cerita pasal pengorbanan seorang wanita. Tapi, sebenarnya kita memang anugerah Illahi yang Sangat Hebat! Wanita adalah insan yang Allah ciptakan untuk menjadi peneman kaum adam, penyejuk mata buat sang suami dan 'penjaga' sesebuah institusi keluarga.

Betul kata pepatah, 'tangan wanita bisa mengoncang dunia'. Sebab dek terlalu letih dengan tugasan harian, kita kadang-kadang terlupa menjaga kesihatan sendiri. Iyalah, mana ada masa untuk membuat SPA, apatah lagi hendak ke klinik untuk membuat screening kesihatan. Tup-Tap-Tup-Tap, tiba-tiba jatuh sakit. Then, masa itulah baru kita tersedar yang selama ini kita telah mengabaikan kesihatan diri kita sendiri. 

Justeru, saya telah mengambil satu langkah untuk membantu kaum wanita di luar sana untuk menjaga kesihatan. Saya menyediakan perkhidmatan online menjual produk home screening care seperti produk untuk menyaring aras glukosa (gula) dalam darah ,produk untuk menyaring tekanan darah (blood pressure) dan produk untuk kes emergency 1st aid kit...Tidak perlu beratur panjang di hospital untuk membuat screening, kita boleh buat sendiri di rumah. Bak kata orang DIY (Do It Yourself). Malahan, kita boleh jadi 'jururawat' dalam keluarga, sebab produk ini boleh digunakan oleh semua orang. Jomlah, kita jaga kesihatan! Pinjam sekejap lagu iklan Vitagen ' Sayangi Hidup Anda Setiap Hari'

Click kat Education Room untuk share ilmu + tips dan Products Hub untuk maklumat lanjut mengenai produk home screening care kami.           

“Love Your Life” 
 
With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017
 
Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508
 

Monday, March 14, 2011

Hargai Mereka Yang Tersayang

Assalamualaikum w.b.t

Menarik bukan, apabila kita sering meluahkan rasa sayang pada seseorang. Tapi sejauh mana, rasa sayang itu dapat ditunjukkan? Umpamanya, setiap kali menyambut hari istimewa "Yang Tersayang", apakah hadiah yang kita sering berikan? Ops, "Yang Tersayang" itu, bukan hanya ditujukan kepada kekasih sahaja. Ibu, bapa, suami, isteri, adik-beradik, pakcik, makcik kita pun adalah dalam kategori "Yang Tersayang" juga.

Jadi, sudah pastinya kek yang manis menjadi menu utama semasa menyambut hari istimewa mereka. Ush, bukan ke lebih baik kita menyediakan mereka sesuatu yang lebih baik dan sihat? Justeru, kami mencadangkan agar anda menjadikan produk kami sebagai salah satu hadiah atau 'menu utama' untuk mereka.

Anda boleh membeli produk daripada kami dan menjadikan ia sebagai hadiah 'surprise'. Kami akan sertakan bersama kad ucapan istimewa yang akan dihantar terus kepada mereka kerana perkhidmatan kami adalah Home-to-Home basis.

Bukankah ia satu kelainan? Jadi tunjukkanlah rasa sayang anda dengan bantuan kami! Jom lihat produk yang kami sediakan di products hub dan pesanlah sekarang.

GlucoDr Supersensor antara pek permulaan yang menjadi pilihan pelanggan kami

“Love Your Life” 
 
With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017
 
Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508
 







Saturday, March 12, 2011

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Datang ke LiveDotLife!

LiveDotLife merupakan sebuah blog yang berorientasikan kepada home screening care. Idea ini bermula apabila melihat kebanyakan teman serta saudara terdekat mengalami komplikasi pelbagai penyakit disebabkan tiada pencegahan awal.

Walaupun terminalogi “Prevention is Better than Cure” sering kita gunakan, tapi sejauh manakah kita mengaplikasikan dalam kehidupan. Justeru itu, kami menyediakan ruangan Education Room untuk pembaca meneliti dan berkongsi bagaimana cara untuk mencegah atau mengawal penyakit KENCING MANIS yang dikategorikan sebagai punca utama penyebab kematian ke-5 tertinggi di dunia.
"Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang”….hmetro.com.my
Anda juga dialu-alukan untuk singgah ke Online Hub untuk melihat produk home screening care yang kami tawarkan dengan harga yang amat berpatutan serta diiktiraf oleh FDA. Anda tidak perlu lagi menjalani ujian saringan penyakit @ screening test di hospital atau di klinik kesihatan.Ini sekaligus mengurangkan masa dan tenaga untuk anda beratur, menunggu giliran atau mencari parkir lot kerana kami membantu anda menyediakan perkhidmatan & penghantaran Home-to-Home .

Saya doakan agar anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat disamping keluarga. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. “Love Your Life”

With Love,

Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508