Wednesday, April 13, 2011

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum w.b.t


Semalam genap umur mak 61 tahun. Rasa syukur pada Illahi kerana dikurniakan 'ibu' macam mak. Seingat aku, sejak kecil lagi, tidak pernah aku ke sekolah tanpa bersarapan. Bangun-bangun pagi, bau masakan mak sudah menusuk ke dalam hidung. Hari minggu pun boleh terjaga dari tidur, sebab 'tidak tahan' dengan bau masakan mak yang bisa menyebabkan air liur aku adik beradik meleleh. Masakan mak memang tiada tandingan. Even, kalau mak masuk pertandingan "top chef', confirm mak menang hehe...

Hingga ke hari ini, mak tidak pernah jemu memasak untuk kami adik-beradik. Kalau datang ke rumah kami, mak jugalah yang akan jadi chef kami. Apatah lagi, kalau kami pulang ke kampung. Sebut sahaja, makanan apa yang kami hendak, semuanya mak pandai buat. Tapi of course lah masakan Asia ye. Mak memang tidak berapa gemar makan makanan western atau fast food. 

Masih aku ingat, suatu masa dahulu, kami berkunjung ke rumah saudara terdekat. Disebabkan tuan rumah agak urban, malam itu kami dijamu dengan m'cdonald. Semasa tuan rumah sibuk membuat pesanan,  aku tanya pada mak apa yang hendak dipesan. Mak jawab " Beli burger daging biasa saja, minta kurangkan mayonis dengan cheese ye"...Tergelak aku masa itu. Aku jawab " mak, m'cdonald tidak boleh ubah stail burger, tidak sama seperti gerai biasa". Sampai sekarang, kami akan tergelak besar bila bercerita mengenai insiden itu.

Mak, dikaulah segalanya. Aku tidak dapat bayangkan hidup tanpa mak. Setiap hari aku berdoa, agar Allah panjangkan umur mak dan abah. Kurniakan mereka kesihatan yang baik di dalam limpah rahmat-NYA.
Malam tadi aku bawa mak makan di Bangi. 'Wong Solo" kedai makanan kegemaran aku dan suami. Aku tahu, mak memang gemar makanan ala-ala jawa ni. Menu yang kami order, set nasi ayam penyet. Fuh, memang terangkatlah kalau makan di sini. Mak dan abah puji kedai ni. Layanan dan masakan memang sangat best. Ditambah pula dengan air buah yang 'fresh'. Pasti menjilat jari. Kalau ada readers di luar sana yang minat untuk mencuba, bolehlah jenguk-jenguk dekat Bangi, Seksyen 9 berhampiran dengan klinik Az-Zahrah dan Bangi Kopitiam. Selain Bangi, Wong Solo juga ada di Kampung Baru, berhadapan dengan Masjid Kampung Baru. Tapi tidak tahulah apa sebabnya, kami lebih gemar makan di Bangi.

Di awal kehamilan, Wong Solo menjadi tempat setia kunjungan kami. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu aku dan suami akan menjamu selera di situ. Cuma akhir-akhir ini saja, aku kurang ke sana. Mungkin, babyku sudah puas makan ayam penyet.  

Sebut pasal makanan memang syok. Tapi jangan lupa, kesihatan kenalah dijaga juga. Rajin-rajinlah buat screening kesihatan. Sekurang-kurangnya  1-2 bulan sekali ataupun 6 bulan sekali. Wah, tetap hendak buat promo produk kami ye heheh..Bak kata pepatah, 'sambil menyelam, sambil minum air'. Jadi, kami memudahkan anda di luar sana untuk membuat screening kesihatan. Tidak perlu beratur panjang untuk membuat screening kesihatan di klinik atau hospital. Hanya beli produk kami dan DIY (Do It Yourself)

Pada mak, saya doakan agar ALLAH panjang usia mak, dengan kesihatan yang baik dan dalam limpah rahmat keberkatan-NYA. Tiada 'ibu' lain sehebat mak. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami adik beradik.

“Love Your Life” 

With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508



2 comments:

mamamuaz said...

wah, korang wat bisnes eh skang? bagusnyer! =)

livedotlife said...

wah, smenjak kak An jadik Jusa C ni jarang ketemu hik2...kami buat biz kecil-kecilan je..so jemputlah window shopping kat products hub kami + membeli-belah :)