Sunday, November 30, 2014

Ziarah Amal di Kemboja-part 1


[Ziarah Amal di Kemboja-part 1]

Assalamualaikum wbt

Perjalanan destinasi musafir kali ini agak asing bagi saya. Biarpun ianya telah dirancang awal, entah mengapa semakin menghampiri tarikh berlepas, terasa sedikit perasaan tidak keruan. Pertamanya mungkin kerana suami dan anak tidak turut serta. Keduanya, rasa agak gementar kerana saya bakal menaiki penerbangan MAS yang ‘agak hot’ dengan statusnya lately ini dan ketiganya adalah mungkin timbul rasa tertanya-tanya adakah kehadiran saya diterima, memandangkan saya akan mengikuti rombongan Global Peace Mission (GPM) yang saya sendiri pada masa itu masih tidak begitu pasti mengenainya..

MasyaALLAH, terasa auranya..Moga Kak Ina dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus meneruskan dakwah

Justeru lewat petang sehari sebelum penerbangan, barulah saya mula sibuk mengemas dan mengisi penuh beg trolley dengan pakaian dan tidak dilupai makanan asasi-meggi extra hot hahaa…Ramai yang bertanya mengapa saya memilih untuk mengikuti rombongan GPM? MasyaALLAH saya sendiri hilang jawapan. Aturcara program pun saya masih samar-samar, tetapi utamanya saya benar-benar ingin ‘meniru’ gaya hidup ibunda dan ayahnda Ahmad AMMAR yang telah mewakafkan hidup mereka untuk ummah.

Kematian Ahmad AMMAR benar-benar menghidupkan jiwa saya. Keinginan untuk mengenali keluarganya begitu kuat. Hinggakan suatu hari saya mendapat notifikasi di facebook dari Pn Azlina (ibunda Ahmad Ammar) mengenai ziarah ini. Saya yakin, ini bukanlah kebetulan, tetapi ianya telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta. Alhamdulillah, segala urusan sangat mudah termasuklah kelulusan permohonan ke luar Negara telah saya perolehi 2 bulan lebih awal (orang gomen kan :) )

Setibanya di KLIA pagi itu, tidak seorang pun saya kenal melainkan Pn. Azlina dan Tn Hj Azam hahaha..Selebihnya, ada yang datang satu keluarga, ada yang datang bersama teman rapat. Tetapi saya? MasyaALLAH rasa berdebar makin kuat, namun saya gagahi untuk mula berkenalan, kerna saya yakin ‘tidak kenal makanya tidak cinta’ dan saya pasti ahli rombongan ini sudah tentunya dipilih oleh ALLAH untuk bersama. Paling gembiranya, saya dapat merasai untuk bersalam dengan tangan yang membesarkan Ahmad Ammar (Pn Azlina). Terujanya!!!! (ehem..ehem cuba control, dalam hati rasa berbunga-bunga. Pn. Azlina a.k.a Kak Ina andai terbaca coretan ini, jangan gelak sakan ye hihi)


Bersama ahli rombongan Misi Rahmatan Lil'Alamin

Day 1 (23 Oktober 2014)

Dalam perjalanan dari Phnom Penh Intl Airport ke Hotel Holiday Villa, Tn Hj Azam memulakan taklimat ringkasnya mengenai aturcara program, atau sebenarnya lebih tepat saya nyatakan bahawa ianya seolah menyatukan semua ahli rombongan agar masing-masing mempunyai niat/objektif yang sama dalam Ziarah Ukhuwwah Fil ‘Amal’ (Zulfa) ini. Setiap bait-bait katanya sangat bermakna. ‘Program ini adalah Program jaminan pertolongan dari ALLAH agar tidak terputus,’’kata Tn Hj…. Ianya berdasarkan hadith:

"Allah akan membantu hambanya selagi hambanya menolong orang yang memerlukan" dan "Barangsiapa yang berjihad, jihad itu adalah untuk dirinya sendiri".

Ya, sudah tentu bantuan dari ALLAH datang dari pelbagai bentuk, kadang-kadang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Yang penting, kita perlu membantu dengan bersungguh-sunguh. Jika ingin menyumbang, berilah barang yang PALING kita sayang, bukan menyumbang barang yang kita sudah tidak mahu seperti pakaian lama.

Rasa kesungguhan sewaktu memberi /menyumbang akan dikira bila wujudnya perasaan seolah-olah kehilangan. Then, baru ianya dikira sebagai sumbangan yang bersungguh. MasyaALLAH, bertapa jauhnya saya dari beliau….Idealisme yang beliau tanam ini benar-benar menghidupkan jiwa saya untuk terus BERSUNGGUH memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. InsyaALLAH….

Duduk di sebelah roomate rupanya..Inilah dinamakan takdir yang telah Allah tetapkan.
-Nedia kenalan baru yang sentiasa dihati-

Di hadapan Sungai Mekong (Sungai terpanjang di Asia Tenggara)
Saya-Atiah-Nedia-Siti-

Muzium Tuol Sleng Genocide
Usai makan tengahari di restoran Titanic (berhadapan Sungai Mekong) kami di bawa ke muzium Tuol Sleng Genocide, Phenom Penh. Mempelajari selok belok sejarah negara luar adalah sangat menarik apatah lagi Cambodia merupakan antara negara jiran yang terhampir dengan Malaysia. Kisah penderitaan penduduk Cambodia termasuklah golongan ilmuwan dan bayi kecil yang turut dibunuh sewaktu zaman pemerintahan Pol Pot tanpa belas ihsan amat meruntun jiwa. Sekolah dijadikan penjara untuk menempatkan penduduk yang ditangkap. Tiada seorang pun yang terselamat melainkan 7 orang dan 2 orang daripada mereka masih hidup hingga kini…

Perjalanan ziarah diteruskan pada petang itu dengan melawat CMIA International School dan memberi sedikit saguhati kepada 136 orang murid. CMIA- Cambodia Muslim Intellectual Alliance, diasaskan oleh 3 orang anak muda Cambodia yang berpelajaran tinggi dan mempunyai wawasan ummatik untuk membangunkan anak-anak Muslim Cambodia. MasyaALLAH again, hati diruntun dengan seribu rasa insaf…Bertapa daifnya masyarakat Islam di sini. Tapak sekolah kelihatan seolah seperti rumah kedai (sangat kecil) ditengah-tengah sesak bangunan ibukota Phnom Penh tampak sudah tidak sesuai lagi untuk menampung bilangan anak-anak CMIA yang semakin bertambah.Tetapi mereka masih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di sini, bahkan pengambilan pelajar terpaksa dihadkan memandangkan tiada ruang lagi untuk mereka. Jauh sungguh keadaan di Malaysia, segala kemudahan sudah cukup tersedia malah berlebih-lebihan pula. Justeru, bersyukurlah! ALLAH berfirman “barangsiapa yang bersyukur, akan aku tambah lagi, tetapi barangsiapa yang kufur, maka amat pedihlah azabku”


Comel kan? anak murid sekolah CMIA
Bersama 136 murid. 
Sekolah CMIA

Pelan Kompleks Pendidikan Islam Kemboja..Bersama kita bangunkan!

Inilah antara misi GPM Cambodia-CMIA iaitu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Muslim Kemboja. Justeru, 1 perancangan jangka masa panjang telah diatur untuk membina CMIA Wakaf Kompleks Pendidikan Islam Kemboja yang melibatkan 3 fasa projek pembinaan..Salah satunya adalah pembinaan sekolah CMIA yang baru….Pembinaan bangunan sekolah ini yang masih berbaki 30% memerlukan komitmen kewangan daripada ramai pihak. Knowing yang tiada dana khas daripada kerajaan Cambodia untuk mereka, makanya adalah menjadi peranan kita untuk membantu. Maka saya ingin menyeru readers di luar sana untuk sama-sama menyumbang. InshaALLAH, ALLAH jamin 700 kali ganda untuk setiap kebaikan yang dilakukan.. Readers di luar sana boleh salurkan infaq ke akaun Global Peace Mission 564221625835 (Maybank) atau boleh hubungi talian 03-61883230 untuk sebarang pertanyaan.

Ok, kita sambung lagi untuk part 2, di lain masa dan ketika. Doakan saya sentiasa sihat untuk terus berkongsi segala pengalaman yang diperolehi agar ianya dapat memberi manfaat untuk reader sekalian. Salam sayang dari saya….
 
Sahabat baru dari kiri Siti, Nedia & Wan Fadh
Bersama Pn. Azlina & Kak Azie (rindunya!)
 
Macam Erma Fatimah kan? ucapkan salam kepada kenalan baru saya -Umi Syidah :)