Sunday, November 30, 2014

Ziarah Amal di Kemboja-part 1


[Ziarah Amal di Kemboja-part 1]

Assalamualaikum wbt

Perjalanan destinasi musafir kali ini agak asing bagi saya. Biarpun ianya telah dirancang awal, entah mengapa semakin menghampiri tarikh berlepas, terasa sedikit perasaan tidak keruan. Pertamanya mungkin kerana suami dan anak tidak turut serta. Keduanya, rasa agak gementar kerana saya bakal menaiki penerbangan MAS yang ‘agak hot’ dengan statusnya lately ini dan ketiganya adalah mungkin timbul rasa tertanya-tanya adakah kehadiran saya diterima, memandangkan saya akan mengikuti rombongan Global Peace Mission (GPM) yang saya sendiri pada masa itu masih tidak begitu pasti mengenainya..

MasyaALLAH, terasa auranya..Moga Kak Ina dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus meneruskan dakwah

Justeru lewat petang sehari sebelum penerbangan, barulah saya mula sibuk mengemas dan mengisi penuh beg trolley dengan pakaian dan tidak dilupai makanan asasi-meggi extra hot hahaa…Ramai yang bertanya mengapa saya memilih untuk mengikuti rombongan GPM? MasyaALLAH saya sendiri hilang jawapan. Aturcara program pun saya masih samar-samar, tetapi utamanya saya benar-benar ingin ‘meniru’ gaya hidup ibunda dan ayahnda Ahmad AMMAR yang telah mewakafkan hidup mereka untuk ummah.

Kematian Ahmad AMMAR benar-benar menghidupkan jiwa saya. Keinginan untuk mengenali keluarganya begitu kuat. Hinggakan suatu hari saya mendapat notifikasi di facebook dari Pn Azlina (ibunda Ahmad Ammar) mengenai ziarah ini. Saya yakin, ini bukanlah kebetulan, tetapi ianya telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta. Alhamdulillah, segala urusan sangat mudah termasuklah kelulusan permohonan ke luar Negara telah saya perolehi 2 bulan lebih awal (orang gomen kan :) )

Setibanya di KLIA pagi itu, tidak seorang pun saya kenal melainkan Pn. Azlina dan Tn Hj Azam hahaha..Selebihnya, ada yang datang satu keluarga, ada yang datang bersama teman rapat. Tetapi saya? MasyaALLAH rasa berdebar makin kuat, namun saya gagahi untuk mula berkenalan, kerna saya yakin ‘tidak kenal makanya tidak cinta’ dan saya pasti ahli rombongan ini sudah tentunya dipilih oleh ALLAH untuk bersama. Paling gembiranya, saya dapat merasai untuk bersalam dengan tangan yang membesarkan Ahmad Ammar (Pn Azlina). Terujanya!!!! (ehem..ehem cuba control, dalam hati rasa berbunga-bunga. Pn. Azlina a.k.a Kak Ina andai terbaca coretan ini, jangan gelak sakan ye hihi)


Bersama ahli rombongan Misi Rahmatan Lil'Alamin

Day 1 (23 Oktober 2014)

Dalam perjalanan dari Phnom Penh Intl Airport ke Hotel Holiday Villa, Tn Hj Azam memulakan taklimat ringkasnya mengenai aturcara program, atau sebenarnya lebih tepat saya nyatakan bahawa ianya seolah menyatukan semua ahli rombongan agar masing-masing mempunyai niat/objektif yang sama dalam Ziarah Ukhuwwah Fil ‘Amal’ (Zulfa) ini. Setiap bait-bait katanya sangat bermakna. ‘Program ini adalah Program jaminan pertolongan dari ALLAH agar tidak terputus,’’kata Tn Hj…. Ianya berdasarkan hadith:

"Allah akan membantu hambanya selagi hambanya menolong orang yang memerlukan" dan "Barangsiapa yang berjihad, jihad itu adalah untuk dirinya sendiri".

Ya, sudah tentu bantuan dari ALLAH datang dari pelbagai bentuk, kadang-kadang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Yang penting, kita perlu membantu dengan bersungguh-sunguh. Jika ingin menyumbang, berilah barang yang PALING kita sayang, bukan menyumbang barang yang kita sudah tidak mahu seperti pakaian lama.

Rasa kesungguhan sewaktu memberi /menyumbang akan dikira bila wujudnya perasaan seolah-olah kehilangan. Then, baru ianya dikira sebagai sumbangan yang bersungguh. MasyaALLAH, bertapa jauhnya saya dari beliau….Idealisme yang beliau tanam ini benar-benar menghidupkan jiwa saya untuk terus BERSUNGGUH memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. InsyaALLAH….

Duduk di sebelah roomate rupanya..Inilah dinamakan takdir yang telah Allah tetapkan.
-Nedia kenalan baru yang sentiasa dihati-

Di hadapan Sungai Mekong (Sungai terpanjang di Asia Tenggara)
Saya-Atiah-Nedia-Siti-

Muzium Tuol Sleng Genocide
Usai makan tengahari di restoran Titanic (berhadapan Sungai Mekong) kami di bawa ke muzium Tuol Sleng Genocide, Phenom Penh. Mempelajari selok belok sejarah negara luar adalah sangat menarik apatah lagi Cambodia merupakan antara negara jiran yang terhampir dengan Malaysia. Kisah penderitaan penduduk Cambodia termasuklah golongan ilmuwan dan bayi kecil yang turut dibunuh sewaktu zaman pemerintahan Pol Pot tanpa belas ihsan amat meruntun jiwa. Sekolah dijadikan penjara untuk menempatkan penduduk yang ditangkap. Tiada seorang pun yang terselamat melainkan 7 orang dan 2 orang daripada mereka masih hidup hingga kini…

Perjalanan ziarah diteruskan pada petang itu dengan melawat CMIA International School dan memberi sedikit saguhati kepada 136 orang murid. CMIA- Cambodia Muslim Intellectual Alliance, diasaskan oleh 3 orang anak muda Cambodia yang berpelajaran tinggi dan mempunyai wawasan ummatik untuk membangunkan anak-anak Muslim Cambodia. MasyaALLAH again, hati diruntun dengan seribu rasa insaf…Bertapa daifnya masyarakat Islam di sini. Tapak sekolah kelihatan seolah seperti rumah kedai (sangat kecil) ditengah-tengah sesak bangunan ibukota Phnom Penh tampak sudah tidak sesuai lagi untuk menampung bilangan anak-anak CMIA yang semakin bertambah.Tetapi mereka masih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di sini, bahkan pengambilan pelajar terpaksa dihadkan memandangkan tiada ruang lagi untuk mereka. Jauh sungguh keadaan di Malaysia, segala kemudahan sudah cukup tersedia malah berlebih-lebihan pula. Justeru, bersyukurlah! ALLAH berfirman “barangsiapa yang bersyukur, akan aku tambah lagi, tetapi barangsiapa yang kufur, maka amat pedihlah azabku”


Comel kan? anak murid sekolah CMIA
Bersama 136 murid. 
Sekolah CMIA

Pelan Kompleks Pendidikan Islam Kemboja..Bersama kita bangunkan!

Inilah antara misi GPM Cambodia-CMIA iaitu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Muslim Kemboja. Justeru, 1 perancangan jangka masa panjang telah diatur untuk membina CMIA Wakaf Kompleks Pendidikan Islam Kemboja yang melibatkan 3 fasa projek pembinaan..Salah satunya adalah pembinaan sekolah CMIA yang baru….Pembinaan bangunan sekolah ini yang masih berbaki 30% memerlukan komitmen kewangan daripada ramai pihak. Knowing yang tiada dana khas daripada kerajaan Cambodia untuk mereka, makanya adalah menjadi peranan kita untuk membantu. Maka saya ingin menyeru readers di luar sana untuk sama-sama menyumbang. InshaALLAH, ALLAH jamin 700 kali ganda untuk setiap kebaikan yang dilakukan.. Readers di luar sana boleh salurkan infaq ke akaun Global Peace Mission 564221625835 (Maybank) atau boleh hubungi talian 03-61883230 untuk sebarang pertanyaan.

Ok, kita sambung lagi untuk part 2, di lain masa dan ketika. Doakan saya sentiasa sihat untuk terus berkongsi segala pengalaman yang diperolehi agar ianya dapat memberi manfaat untuk reader sekalian. Salam sayang dari saya….
 
Sahabat baru dari kiri Siti, Nedia & Wan Fadh
Bersama Pn. Azlina & Kak Azie (rindunya!)
 
Macam Erma Fatimah kan? ucapkan salam kepada kenalan baru saya -Umi Syidah :)


Sunday, April 27, 2014

Penyusuan susu ibu-Part 1

Assalamualaikum w.b.t

MashaALLAH terpanggil untuk saya menulis entry dalam blog yang sudah sekian lama terbiar. Terima kasih kerana masih ada insan yang mengharapkan agar saya meneruskan minat dalam bidang penulisan supaya ada manfaat yang boleh dikongsi bersama. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat di luar sana yang sedang mencari resepi “Penyusuan susu ibu”. Maaf saya bukanlah pakar, malah bidang Master yang diambil baru-baru ini tidak sedikit pun berkait dengan penyusuan susu ibu, tetapi setiap apa yang dititipkan ini adalah hasil pengalaman sendiri serta perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Moga ALLAH redha...

Mungkin kerna menghidap penyakit athma (tahap pantauan harian) saban hari saya berdoa agar penyakit ini tidak diwarisi oleh anak-anak. Maka, terdetik di hati untuk mencari informasi mengenai kebaikan susu ibu. Subhanallah, ada di petik di dalam surah Al-Baqarah ayat 233 “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap”. Benar, ketahuilah setiap apa yang ALLAH kurniakan itu tidak akan menjadi sia-sia, malah ada pahala yang menanti bagi sang ibu yang menyusukan bayi mereka.

Memulakan persediaan sejak dari awal usia kandungan, saya mencari pump yang boleh membantu memudahkan urusan sewaktu bekerja nanti, syukur, suami sangat-sangat memahami malah memberi sokongan 300% (thanks to free-style Medela pump J) Misi, diteruskan lagi dengan membuat pembacaan di blog-blog dan again, alhamdulillah saya dikelilingi oleh rakan-rakan sepejabat yang memang tegar dalam penyusuan susu ibu. Berada dalam persekitaran yang sering bercerita kebaikan susu ibu, sedikit sebanyak menaikkan semangat kita untuk terus berjuang. Of course, pasti ada orang disekitar yang masih tidak dapat menerima mengapakah saya perlu bersusah payah untuk mengepam, sedangkan sudah sedia ada susu instant yang di jual dipasaran. Saya biarkan persoalan tersebut, kerna saya yakin, mereka masih kurang ilmu mengenai khasiat susu ibu.

Percaya atau tidak, atas kuasa Pencipta jua,selama tempoh penyusuan iaitu setahun tujuh bulan, Iman Khalish tidak pernah dijangkiti penyakit, Alhamdulillah. Dalam tempoh berpantang, rezeki susu melimpah ruah hinggakan beberapa kali saya mengalami bengkak susu. Baik, pasti ada yang tertanya-tanya apakah menu rahsia yang saya amalkan pada ketika ini. Sebahagian berpendapat, tempoh berpantang adalah tempoh untuk mengecilkan saiz ukur lilit perut yang menggunung akibat mengandung. Makanya, ibu-ibu ini sibuk untuk berdiet, hinggakan ada yang tidak mengambil nasi.

Bagi saya, tempoh berpantang adalah tempoh di mana 100% ditumpukan untuk penyusuan susu badan. Ada ibu yang khuatir mengapa susu terlalu sedikit di AWAL kelahiran. Nah, inilah jawapannya! Pada hari 1-5 kelahiran, ibu menghasilkan kolostrum iaitu susu berwarna kekuningan, dengan jumlah yang sangat sedikit dan agak pekat tetapi mempunyai kepekatan nutrient dan antibodi yang sangat tinggi dan dapat membantu penghadaman anak serta meningkatkan imunisasi (pertahanan) badan. Hebat bukan? Jadi ibu-ibu jangan menangis pula bila susu sedikit pada ketika ini, memang begitulah kejadiannya, jangan diharap AWAL kelahiran susu melimpah bagaikan juara, kerna sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi.
-susu still nampak kekuningan after 5 days kelahiran, nampak tak volume dah makin bertambah?alhamdulilah-
-kena perah sebab Khalish warded NICU disebabkan infection n jaundis waktu lahir

Why? Harus diingat pada ketika ini, perut bayi adalah sebesar guli, sebab itu, ALLAH kurniakan ibu kelebihan menghasilkan kolostrum pekat yang sudah cukup untuk mengenyangkan bayi kita. Tidak perlu untuk “top up with others”. Cumanya, bila penghadaman bayi menjadi baik, makanya bayi akan kerap membuang ayaq besar, jadi mereka akan kembali lapar. So, ibu perlu kerap menyusukan bayi. Gituw…..Remember, the good thing is selepas lahir bayi perlu membuang air besar bagi menyingkirkan mekonium which is najis/bahan melekit berwarna hitam yang sudah lama terkumpul dalam usus bayi sewaktu di dalam rahim lagi. So, kolostrum adalah the best solution (auww, banyak pulak term science ni, harap uolss paham ye!)

Then, after that susu akan mula bertambah volumenya sedikit demi sedikit. Ok, pada ketika ini ibu-ibu seharusnya perlu memperhebatkan semangat untuk terus makan dan kerap minum air SUAM (air suam ye, bukan air sejuk!!!!). Bayangkan kalau ibu tidak mengambil makanan yang secukupnya, agak-agak dari mana pembentukan susu yang banyak akan terhasil? Please, tidak perlu berdiet sakan, kerna, apabila mengamalkan penyusuan yang betul, bentuk badan ibu akan kembali menjadi ramping serampingnya. Believe me! Saya tidak perlu ke MayFa** untuk kembali kurus, malah, berat saya lebih ringan berbanding zaman bujang. Oh, tolonglah percaya hehhe (nanti saya kepilkan bersama gambar before and after ye J)

-6 months gagah ke bali mujur lepas naik flight :), gemukkan makcik hihii-
-berat melebihi 12kg, kena minum air gula okie :)-
-Alhamdulillah getting smaller, Iman Khalish waktu 3 mths. He look chubby right? Thanks to susu ibu :) -
-me, husband n Khalish, 5 mths-
Baik, saya kongsikan juga ANTARA makanan yang saya ambil sewaktu di dalam pantang. Ingat, jadual pemakanan perlu diatur, maknanya makan perlu tepat masa, perut ibu perlu sentiasa kenyang dan makanan yang diambil perlu dalam keadaan masih lagi panas dan berkuah especially makanan tengahari.

Pagi (7.30 am):
1-nasi goreng kampung + air milo
2-nasi lemak + air soya (jangan sejuk)
3-lempeng kelapa + air milo
4-roti canai + air teh tarik
*Horlick adalah antara minuman yang baik untuk menambahkan susu badan- saya mendapat info ini dari rakan sewaktu saya mengalami isu susu merudum diusia anak setahun lima bulan, jadi saya sangat syorkan ibu-ibu untuk mengambil minuman ini*

Tengahari (11.00 am):
1-nasi putih panas + sup lobak putih +ikan kembung bakar (ini kalau orang tak pantang pun baham sama haha)
2-nasi putih panas + sayur sawi masak air + ikan goreng
3-nasi putih panas + sayur bayam masak air + ayam goreng
4-nasi putih panas + sayur capcai campur + ikan bakar
5-nasi putih panas + sup ikan+ ulam

Petang (4.00 pm):
Biskut cicah milo pun boleh, karipap tembam goreng dan etc

Malam (7.00 pm):
*makan berat seperti tengahari, tambah dengan buah lagi bagusss..

Ok, sudah sentap semua makanan, makanya jangan lupa susukan bayi kita secukup-cukupnya. Kalau tidak, bye-bye saiz XS, come-come saiz XL heeheheh.
InshaALLAH kita bersambung lagi mengenai tips menambahkan susu ibu ,kelas penyusuan dan pelbagai lagi dalam entry akan datang. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Amin…


-Moga ALLAH redha-

Friday, January 10, 2014

2 Tips KAYA Dunia Akhirat

Assalamualaikum w.b.t

Jika diperhatikan, beliau bekerja makan gaji juga seperti saya, isterinya juga begitu. Tetapi, hidup mereka cukup, malah nampak barakahnya. Rumah dan kereta yang dimiliki mereka cukup selesa, bak kata orang gaya hidup nampak sempurna tetapi sederhana. Apa agaknya rahsia mereka, lama juga difikirkan, saya rasa ini jawapannya:

 1- Beliau sangat menjaga hati ibu dan bapa. Tidak pernah melihat beliau mengasari ibubapa, malah sering mendahulukan ibubapa daripada diri & keluarga sendiri. Hati ibu dipegang ketat-ketat, hingga tidak bisa sekelumit pun ibu rasa terluka. BENAR kata ustaz, Redha ALLAH terletak pada redha ibu. Hampir setiap hari, beliau bertanyakan khabar si ibubapa, kalau tidak melalui telefon, hujung minggu tertentu pasti pulang menjenguk. Maka, jagalah hati ibu, inshaALLAH hidup pasti bahagia, pasti kaya dunia akhirat, pasti tiada kebocoran wang. Itu PASTI. Tirulah hidup seperti beliau, nescaya rezeki kita juga bertambah. 

2- Beliau menyumbang tenaga, idea dan jiwa untuk aktiviti surau. MALAH solat berjemaah sudah menjadi darah dagingnya. Uish, jauhnya beliau dari saya. Cintanya pada agama sangat ikhlas. 

SIAPA Beliau? Alhamdulillah, beliau adalah abang saya Amirul Haffiz. Itu antara rahsia hidup beliau, yang saya fikir sangat bermanfaat untuk dikongsi dan dipraktik bersama.

Pesan ustaz, kongsilah ilmu yang bermanfaat atas niat untuk menambah nilai, bukan untuk riak & takbur. InshaALLAH... Moga hidup kita lebih diberkati dan kembali kepada Pencipta dalam keadaan diredhai.

Peace