Tuesday, January 22, 2013

Vaksin buat si kecil

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan saya hendak share kebaikan vaksin pneumococcal especially pada mommies kat luar sana, yang belum jadi mummy pun boleh belajar atas niat mencari ilmu. Last month ketika umur little star setahun lapan bulan, saya dan suami memberikannya hadiah istimewa iaitu suntikan vaksin huhu... Sudah lama kami mencari maklumat mengenai vaksin ini, dan sudah lama jugalah kami bertangguh hinggakan dua kali Iman dimasukkan ke hospital akibat jangkitan peparu (pneumonia) barulah kami mendapat wake up call.

Actually ada 2 jenis vaksin pneumococcal iaitu PCV 10 untuk melindungi anak-anak daripada 10 jenis bakteria pneumocccal dan PCV 13 untuk melindungi anak daripada 13 jenis bakteria pneumococcal. Kami memilih PCV 13 dengan harga RM 248 di klinik pakar kanak-kanak Az-Zahrah Bangi. Mungkin ramai yang tidak jelas apa tujuan vaksin diberikan kepada anak-anak. Meh sini mokcik yang mengajar imunologi ini ceritakan.

Vaksin bertujuan memberi perlindungan awal terhadap tubuh badan. Suntikan vaksin mengandungi antigen spesifik yang telah dilemahkan (inactivate) terhadap sesuatu penyakit, then bila antigen ini dimasukkan maka tubuh badan kita akan memberi respon dengan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut. Menjadikan tubuh badan kita telah bersiap sedia sekiranya jangkitan aktif datang menyerang!!! Tetapi potensi untuk mendapat penyakit atau jangkitan masih lagi ada, cuma risikonya lebih rendah. Bukankah dalam Islam kita diminta berusaha kemudian barulah bertawakal. Kan?

Bakteria pneumococcus ini biasanya boleh ditemui di dalam saluran pernafasan anak-anak kecil dan mudah merebak melalui batuk serta bersin. Sebab itulah, anak-anak mudah dijangkiti, terutamanya mereka yang dihantar ke taska dan pusat asuhan kanak-kanak. Siapa lagi yang digalakkan mengambil vaksin ini? Anak-anak di bawah usia 5 tahun dan anak-anak yang mempunyai sistem imun rendah (sistem perlindungan lemah).

Seawal usia 2 bulan anak kita boleh diberi suntikan ini. Bagi anak di bawah usia setahun, 3 dos (3 kali) perlu diberikan, bawah 2 tahun - 2 dos dan 2 tahun hingga 5 tahun satu dos sahaja. Penting ke? Of courselah, sebab bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan yang serius iaitu kerosakan otak, kehilangan pendengaran dan kematian. Zaman dahulu memang tiada vaksin ini, sebabnya kalau dulu kita tidak dihantar ke taska, rata-ratanya mak yang jaga dirumah kan? Zaman sekarang ini, anak membesar dalam Taska dengan bilangan anak-anak yang dijaga ramai bangat. Semakin urban maka semakin banyaklah penyakit yang muncul dan kebanyakan antigen (bakteria, virus) sekarang ini sudah pergi sekolah, pandai untuk mengubah genetik, lebih bijak dari manusia yang malas mencari ilmu (jangan mare).

So, ilmu sudah dkongsi terpulang pada ibu bapa untuk bertindak. Usah jadi seperti kami, bertangguh hinggakan anak menjadi mangsa, dimasukkan ke hospital, kena cucuk sana sini, ambil darah, ambil nebulizer setiap 4 jam. Fuh, memang seksa, kita pun letih. Hendak tunggu free?memang tidak dapatlah, kerajaan TIDAK akan bagi free kerna vaksin ini memang mahal. Alah, tudung fareeda bertingkat-tingkat macam KLCC boleh beli, ini kan pula vaksin untuk kesihatan anak-anak kita.

Ok, moga kita dan anak-anak sentiasa sihat dan boleh bangun untuk meneruskan ibadah kepada Pencipta. Ameen....

Sunday, January 20, 2013

Easy as ABC: donut lembut


Assalamualaikum w.b.t

Alo, i"m in the house huhu....setelah letih melalui minggu peperiksaan, kali ini saya nekad untuk mengasapkan kembali dapur rumah yang sudah agak lama tidak berasap. Petang tadi mulalah operasi membuat donut yang sudah sekian lama tertangguh. Jom saya share cara mudah membuat donut yang lembut lagi sedap hehee..(perasan gitu). 

Bahan-bahan
1-tepung gandum :2 cawan kecil
2-susu tepung       :2 sudu
3-gula                   :1 sudu
4-telur                   :1 biji
5-yis                     :2 sudu (larutkan dengan air terlebih dahulu)
6-butter                :2 sudu (saya guna buttercup)
7-air 
8-gula                  :(dikisar halus)

Cara penyediaan:
1- masukkan dan gaul bersama bahan 1 hingga 6
2- tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut 
    (jangan terlalu lembut, nanti susah untuk dibentuk)
3- biarkan sehingga adunan naik (10 minit)
4- bentukkan adunan donut tersebut
5- goreng dengan minyak sederhana panas. 

Siap untuk dimakan bersama gula yang dikisar halus. Mommies yang rajin bolehlah hias donut dengan coklat cair ala-ala big apple gitu huhuu

Tuesday, January 8, 2013

Kurang ilmu...

Assalamualaikum w.b.t

Wah, ada baby baru dalam rumah pengasuh Iman Khalish. Masuk ni 9 oranglah anak-anak yang dijaga oleh mama (panggilan untuk pengasuh Khalish) Saya sedikit tidak berpuas hati kerna pada pikiran saya mampukah untuk dia menjaga kesemua mereka seorang diri? Memang anak sulungnya rajin membantu, tapi sejauh mana anak Bujang tahan duduk di rumah sepanjang hari? Fikir punya fikir, akhirnya redha jerlah mungkin jika saya yang berada di situasi dia, saya pun akan menjaga ramai budak dek kerna itulah satu-satunya sumber pendapatan "mama" disebabkan beliau baru kehilangan suami Oktober 2012. 

Baby baru berusia 2 bulan, kecilnya. "Mama" dengan bersemangat memberitahu yang baby ini telah diberi makan NESTUM...gulp, dengan bersemangatnya pula saya mencelah, "bahayanya mama, perut baby 2 bulan masih tidak kuat untuk menerima makanan!," . Of course jawapan mama standard jawapan orang-orang veteran yang saya pernah dengar dulu. "Eh, Along (panggilan anak bujangnya) dulu, seminggu mama sudah bagi NESTUM, gemuk jer sampai sekarang!," jelas mama dengan yakin. Adoi, gemuk itu sihat ke? Saya cuba menahan diri daripada terus berbahas. Maaf, tidak bermaksud untuk saya bercakap mengenai fizikal seseorang, tetapi jika mama mengatakan yang gemuk itu sihat, memang saya sangkal 150%. 

Pada saya ibubapa yang bersalah. Menjadi ibubapa tanpa ILMU umpama menjadikan anak sebagai bahan eksperimen. Perut bayi seusia beberapa hari hanyalah sebesar guli, 2 hingga 3 bulan perutnya hanya sebesar bola ping pong. Even, enzim-enzim dalam perut masih belum dapat berfungsi dengan baik untuk mencerna makanan. Sebab itulah kita disuruh memberi SUSU IBU kerna ia SUPERMUDAH dicerna oleh perut kecil itu. Zaman dahulu memang maklumat kurang, tetapi Zaman sekarang, ilmu di hujung jari sahaja, tinggal hendak atau tidak untuk mengamalkannya. 

Saya melempiaskan rasa tidak puas hati lagi pada suami sepanjang perjalanan pulang dari rumah mama. Suami menambah, sebab tiada ilmu, akhirnya nanti, pengasuh turut dipersalahkan. Kes seperti tersedak susu, juga disebabkan memberi NESTUM di dalam botol bayi. Seumpama memberi makan kepada bayi tetapi diolah pemberian itu dalam botol susu. 

Marahnya saya jika amanah yang ALLAH kurniakan ini yang bukan setiap orang dapat merasanya dipersiakan oleh ibubapa yang kurang ilmu. Menjadi ibubapa bukan sekadar perlu menyediakan barangan dan keperluan semata, tetapi nilai hidup perlu ditambah dengan pencarian ilmu dan dimanfaatkan. Oh kesiannya jika anak kecil dilahirkan dalam keadaan ibu bapa masih muda dan tidak bersedia yang katanya tereksiden penghasilannya sewaktu sakan berbulan madu. 

Please, please. Pasangan yang hendak berkahwin atau yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, jangan hanya berfikir keseronokan sahaja, penuhkan diri dengan ILMU barulah bersedia untuk memegang amanah ALLAH ini. Ingat, jika matinya anak kecil ini, tempatnya sudah tentu di SYURGA, tetapi jika mati kita yang penuh dengan maksiat dan dosa ini belum tentu di mana tempatnya.