Thursday, December 27, 2012

Alessya, si comel....

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa minggu lepas, lagi sekali kami diduga apabila litter star dimasukkan ke wad akibat viral pneumonia. 4 hari saya bermukim di HUKM, mujur kali ini suami dibenarkan untuk menunggu tapi hanya 2 malam, tetapi selepas itu nurse dah sound supaya saya seorang sahaja yang boleh menunggu. Adatlah bila masuk wad di hospital kerajaan memang takde maknanya nak jaga beramai-ramai (walaupun hakikatnya HUKM is a half private-government hospital).

Pagi sebelum iman dimasukkan ke wad, lebih kurang jam 1.15 pagi, kami terjaga dari tidur disebabkan Iman Khalish batuk kuat serta badanya terlalu panas akibat demam. Risau melarat lebih teruk, kami segera ke HUKM dan seperti dijangka, bahagian emergency seperti uptown, sungguh meriah dengan pesakit yang ramai. Pasrah dengan situasi begitu, sebab kami yakin di sini Iman akan dirawat sepenuhnya.

Iman Khalish ditempatkan di wad 4A, berbeza dengan keadaan di Pusrawi sebelum ini. Tiada bilik single, double atau triple, semuanya sama. Tetapi ruang antara katil ke katil sangat luas, dan dipisahkan oleh sebaris langsir. Okylah sebab boleh solat di situ, tidak perlu untuk ke surau. Walaupun sakit, alhamdulillah Iman tetap aktif. Di awal pagi, sudah satu wad Iman ronda dan terokai.

Tiba di satu sudut berhampiran dengan ruang menonton televisyen Iman terhenti disitu. Agaknya kagum melihat beberapa katil yang penuh dengan mainan kanak-kanak. Ada 4 katil yang penuh dengan mainan, seolah anak-anak itu sudah lama di sini. Hati tersentap bila saya terbaca satu nota ringkas yang digantung di katil salah seorang pesakit di situ, "hai, saya amat menghargai kehadiran anda di sini, silalah berkomunikasi dengan saya dengan melambaikan tangan ke arah saya"....Ya, anak-anak ini berbeza dengan yang lain kerna mereka adalah anak dari Rumah Kebajikan! Yang tiada ibubapa atau saudara mara. Allahurabbi, agaknya ini hikmah yang ALLAH ingin tunjukkan pada saya. Baru sedikit saya diduga, sudah mengeluh, menangis dan hampir putus asa. Tetapi anak ini, langsung tidak tahu dari mana asal usulnya masih tegar melawan kesakitan untuk meneruskan hidup.

Sedap nama yang diberi, Aleesya. 4 hari di sini, Iman sudah bersahabat baik dengannya. "Sha, Sha nak kut?, " kata Iman Khalish. (Kut= biskut). Anak-anak kecil bijak berkomunikasi, sekali sekala saya melambai ke arah anak ini dan dibalas kembali dengan lambaian kecil dan gelak ketawa. Sudah 7 bulan Aleesya dimasukkan ke wad akibat jangkitan pada paru-paru. Maknanya, hampir setahun anak ini membesar di dalam katil yang bersangkarkan besi. Tiada istilah playground dalam hidupnya, tiada bubur ayam yang dimasak enak, tiada pelukan mesra dari ibu bapa, yang ada hanyalah pelukan ihsan dari nurse yang merawat.

Mudah sungguh air mata saya mengalir, menangisi akan nasib anak ini. Insaf dengan hikmah yang ALLAH cuba tunjukkan supaya kita belajar dan bukan sahaja hanya melihat. Saya lupa, jika saya susah, masih ada lagi orang yang lebih..lebih...lebih susahnya. Jika Iman Khalish menangis akibat sakit, saya masih boleh mendukungnya, memujuknya, meletakkan minyak angin untuk melegakan sedikit batuk, tapi Aleesya, tangisnya tiada siapa yang pujuk dan akhirnya anak ini diam sendiri, tertidur akibat kepenatan menangis. Allah, moga anak ini segera sembuh dan lihatlah remaja di luar sana yang sedang berrmanja mesra dengan kekasih hati, anak ini dilahirkan akibat kerakusan kamu, ditinggalkan di dalam semak lalu dibesarkan di rumah Kebajikan. Betapa sakitnya melihat anak ini membesar atas dosa yang telah kamu lakukan.

Sekadar peringatan atas diri sendiri jua, ilmu yang saya ada dan kesenangan yang saya perolehi akan saya kongsi bersama mereka yang memerlukan. Dugaan yang ALLAH aturkan buat saya adalah untuk saya pelajari dan perbaiki. InsyALLAH, saya akan meneruskan perjalanan keretapi master saya dengan menjadikan kisah ini sebagai pembakar semangat dan jika ALLAH izinkan, saya akan terus membantu dan berkongsi nilai yang saya perolehi dengan anak-anak ini. InsyALLAH....


Wednesday, December 5, 2012

Ice-cream....

Assalamualaikum w.b.t

Saya masih setia di sini, mengukir janji untuk tetap berkongsi kisah di dalam blog yang penuh sawang. Cuba mencari sedikit waktu untuk menulis , namun hati tidak keruan apabila masih teringatkan lab report yang perlu disiapkan hehee....malam tadi saya dan suami mengambil peluang ke KLCC untuk menikmati ice-cream + waffle yang mula menjadi kegemaran saya. Memang best, cubalah...Naik escalator sampai aras 2 KLCC, di bahagian food court Signature, Milano nama kedainya.


Ice-cream memang sinonim dengan saya, oh satu kepuasan dapat makan ice-cream apatah lagi bila dimakan bersama roti dan waffle. Sebut pasal ice-cream roti teringat satu kisah  yang tidak akan dapat saya lupakan hingga kin. Kejadian ini berlaku sewaktu saya dan rakan sekuliah (kak fizah, Mai, Gee dan Nantha) makan tengahari di gerai belakang Istana Budaya (Gerai Along). Selesai makan, kelihatan sebuah motosikal menjual aiskrim parking betul-betul di hadapan gerai. Fuh, terujanya apabila melihat aiskrim, namun si penjual tidak pula kelihatan.

Sambil berjalan beriringan ke arah kereta rakan, saya kongsikan betapa sukanya saya pada ice-cream roti. Terbayang-bayang waktu itu, sekiranya saya dapat menikmatinya di tepi pantai, sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Syoknya! Pintu kereta saya buka sambil mulut tidak henti-henti berbicara. Mengambil tempat duduk di kerusi belakang, diberi sedikit laluan agar rakan saya lain dapat duduk bersama. "lambat betul diorang ni nak masuk kereta,''ngomel saya sendirian, dalam hati sedikit risau akan lambat masuk ke sesi kuliah berikutnya.

Tiba-tiba, salah seorang rakan  menjerit ke arah saya, "Shidah, ko salah masuk kereta!". Oh man! barulah saya perasan kenapa rakan-rakan yang lain tidak turut serta masuk bersama saya tadi. Tanpa berlengah saya keluar dan berlari ke arah kereta rakan saya yang rupanya hampir-hampir sama dengan kereta tadi. Malunya!!! hinggakan tidak sempat meminta maaf kepada pemilik kereta tersebut yang sedang menanti di luar dengan senyuman seolah-olah turut mentertawakan saya, hahaha. Apalagi, satu hari saya menjadi bahan gelak rakan-rakan kuliah. 

Oh, pastinya selepas ini, setiap kali hendak masuk kereta, saya akan lebih berhati-hati...ice-cream oh ice-cream, sebab dikaulah daku salah masuk kereta!!!

Waffle @ Milano


Monday, November 12, 2012

Signification in parenting

Assalamualaikum w.b.t

Memang sudah menjadi hobi saya dan suami untuk keluar berjalan pada hujung minggu. Paling tidak, keluar makan di kedai mamak berhampiran rumah pun sudah memadai untuk kami melepaskan gian berjalan. Iman Khalish sudah mula mengikut jejak langkah kami. Pandai mengambil tudung dan diberikan pada saya sambil mulut dimuncungkan ke arah pintu, tanda ingin keluar. Petah mulut menyebut 'umi, umi...nk lan" (lan= jalan) hihii...iman tahu, jika uminya mengenakan tudung, itu tandanya saya akan keluar rumah. Anak-anak kecil pun bijak menilai dan menginterpretasi apa yang dilihatnya.

Bukan salah anak-anak jika mereka berkelakuan sebegitu. Mereka persis mesin photostat atau scanner yang akan membuat 100 % salinan daripada salinan induk. Pada ketika ini, kita boleh lihat anak mampu menunjukkan tanda protes, meminta apa yang diinginkan, memahami arahan yang diberikan serta menyambung hujung doa dan lagu jika dipinta. Comelkan? Peranan ibu bapa harus terus menerus memberikan sokongan positif.

Jika anak tidak melakukan seperti yang disuruh jangan kerap mengugut. Oh, saya tidak gemar melihat ibubapa yang mengugut anak dengan tidak mahu memberi susu jika anak tidak mendengar kata. Ada banyak lagi perkara yang boleh diugut selain tidak mahu memberi atau menyediakan susu. Contohnya, jika anak tidak mahu mandi, boleh katakan bahawa "nanti badan kakak busuk, macamana hendak ikut mama pergi jalan" , instead of mengugut dengan tidak mahu memberi makan atau minum.

Kita kadangkala tidak adil menilai dan menghukum anak-anak. Meminta dan mengarah anak membuat sesuatu berulang kali sedangkan kita tahu yang anak itu sedang menonton cerita cartoon kegemarannya. Cuba jika anak meminta berulangkali membuat sesuatu, sedangkan kita sedang sibuk, apa jawapan kita agaknya? "cakap sekali boleh tak?tidak nampak ke yang mama tengah sibuk?". Wah, pandai pula meminta anak tidak mengulang arahan berkali-kali. Situasi anak pula bagaimana? Kalaulah mereka boleh menjawab pasti mereka pun akan berkata benda yang sama. "Cakap sekali boleh tak? Tidak nampak ke kakak sedang tengok cartoon kegemaran kakak?". Nah, lihat. Anak belajar dari persekitaran. Jika kita suka menangguh membuat kerja, jangan mimpikan anak kita membuat kerja dengan segera.

Menghukum atau mengugut anak jangan sampai keterlaluan. Perlu mencari waktu yang sesuai untuk memberi arahan supaya anak dapat mendengar dengan baik. Jika menurut pembacaan saya menerusi buku Prophetic Parenting- cara Nabi mendidik anak, ada 3 waktu yang sesuai memberi arahan atau nasihat iaitu ketika dalam perjalanan, ketika waktu makan dan ketika anak sedang sakit.

Memang benar, seingat saya dulu, abah seringkali menasihati saya supaya rajin belajar setiap kali dalam perjalanan pulang dari sekolah. Duduk membonceng di atas motosikal abah yang bunyi enjinnya satu jalan Mawar (jalan umah saya) boleh dengar, abah acap kali memberi nasihat agar saya menjadi manusia yang cemerlang. Pendidikan non-formal tapi boleh ditafsir dengan mudah dan diterima dengan hati yang terbuka.

Ilmu dalam mendidik anak perlu dicari, bukan sahaja sibuk mengumpul koleksi bilangan anak, tetapi kualiti yang perlu diserap pada mereka. Moga ALLAH menjadikan kita sebagai ibubapa yang berkualiti dan berpotensi membentuk anak yang soleh dan solehah. Ameen....

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tidak menjenguk laman bersawang saya ini. Menyusuri hari-hari sebagai siswazah bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara perlu dicari sendiri, library sudah menjadi lokasi wajib yang perlu saya kunjungi setiap hari. Assignment pula semakin hari semakin bertambah bilangannya. Kalau tidak disusun, boleh jadi bingung dibuatnya. Berbeza sewaktu undergraduate dulu, jarang-jarang pergi ke library, kalau pergi pun boleh dihitung berapa kali. Alhamdulillah, diberi peluang lagi sekali untuk meningkatkan diri. For the seek of knowledge, dugaan dan halangan perlu dilalui satu persatu. 

Dugaan kekurangan stok susu untuk Iman Khalish, dugaan ketiadaan babysitter untuk tempoh yang panjang akibat suami beliau yang baru menghadap Illahi, beserta keadaan rumah yang bagaikan merayu supaya dikawal selia kembali. Ditambah pula terpaksa menjadi penghuni setia selama 3 malam di Pusrawi akibat Iman Khalish mengalami bronkitis (jangkitan kuman di peparu) menjadikan saya hilang fokus. 

Dalam keadaan yang penuh stress, saya terpaksa menyiapkan assignment di atas katil hospital, di kala      Iman Khalish dan penghuni-penghuni lain sedang nyenyak tidur. Mujur Allah kirimkan pada saya sahabat yang banyak membantu, tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa beban yang ditanggung.

Ya, saya perlu meminimumkan alasan supaya kekal selari di atas landasan objektif yang betul. Tidak mahu menjadi pengamal tegar kepada peribahasa "hendak seribu daya, taknak sejuta dalih". Saya perlu berKORBAN dan memaksa diri untuk mencapai G.O.A.L yang telah diset dari awal. 

Moga ada sinar yang menanti saya di kemudian hari, membenarkan  saya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang manusia yang "extraordinary" di dunia dan akhirat. Ameen....

Selamat menyambut Aidiladha! Love uols :)


Thursday, September 27, 2012

Autumn in Korea

Assalamualaikum w.b.t

Kisah telenovela 'siswazah tua' bersambung untuk episod seterusnya. Melalui beberapa siri minggu pengkuliahan yang tidak terlalu padat pada awalnya, membolehkan saya menarik sedikit nafas lega apatah lagi pada beberapa minggu yang lepas saya terpaksa berulang alik dari fakulti ke rumah babysitter untuk menghantar susu perahan memandangkan stok susu beku sudah mencapai tahap zero. Minggu yang penuh emosi dan mencabar buat diri saya kerna lagi sekali mental saya diusik dengan kata-kata persis 'nasihat' supaya memberi anak saya susu formula. Allah sahaja yang tahu bertapa hati ini sangat sensitif bila berbicara mengenai susu ibu. Saya rela bangun malam untuk mengepam susu walaupun untuk 1oz dengan niat supaya Iman Khalish mendapat bekalan susu khasiat bagi meminimumkan risikonya mewarisi penyakit asthma saya. Pastinya, semua ini hanya dengan izin ALLAH. Saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik bagi amanah yang ALLAH kurniakan ini. Sebak..Oh maaf, saya teremosi seketika. Yes, this is the strong bonding and the true feeling when we breastfeed our own baby. Believe me! 

Okay, tidak mahu sedey-sedey lagi, kerna ia mampu menarik cas negatif semua orang ;) Entry kali ini, emosi bercampur aduk 2 in 1. Tidak sabar juga untuk saya sharekan pengalaman honeymoon bersama en. moon (suami) + little star beberapa minggu lepas. Dalam pada sibuk dengan kuliah, sempat juga pergi holiday hehe...Destinasi kali ini, perlu mengambil masa 6-7 jam perjalanan udara. Autumn di Korea. Ingatkan dapat berwinter sonata hehe...oh sebut pasal winter sonata, sangat seronok sebab berpeluang ke Nami Island, tempat di mana hero dan heroin drama bersiri winter sonata menaiki basikal dan bermain snowball. Auww, romantik gitu. Saya masih ingat, tayangan drama ini berjaya menaikkan rating peminat drama Korea hingga kini.


Sewaktu di Korea, ada banyak perkara yang saya amati. Rata-rata penduduk di sana mempunyai tahap kesihatan yang tinggi. Mungkin disebabkan pemakanan yang diamalkan. Mereka gemar memakan Kimchi (baik untuk lawas), ginseng dan makanan yang direbus. Susah untuk melihat orang yang mengalami obesiti, kebanyakanya bersaiz XS hingga M. Warga emas pula masih mampu menaiki bukit yang tinggi, berbeza dengan kita di sini. Ramai yang mengalami masalah obesiti dan osteoporosis apabila usia semakin meningkat. Masyarakat Korea percaya kesihatan lebih penting berbanding kekayaan. Betul kan? Kalau kita berduit, tetapi perlu melabur di hospital untuk merawat penyakit, bukankah nikmat kehidupan itu semakin berkurangan?

5 hari 4 malam di Korea memang puas. Hari kedua kami di bawa ke Theme Park terbesar di dunia iaitu Everland. Ada roller coster, safari world, 4 musim dan macam-macam lagi. Saya? Sempat juga menaiki kapalterbang untuk kanak-kanak, memasuki Halloween house (tak takut langsung hik2),  melihat tayangan circus-Madagascar. Memandangkan hero yang masih kecil, terpaksalah lepak di zon kanak-kanak sahaja (chewah, padahal gerun dengan roller coster). Alhamdulillah cuaca sangat baik dengan suhu sekitar 22-25C. Teruja juga pabila dibawa melawat Teddy Bear Park. Masyarakat Korea turut mempercayai beruang merupakan nenek moyang mereka, that's why di sana, ada beberapa lagi teddy bear park yang boleh dikunjungi.



4 season
-Everland-
Jumpa di Korea? komedian Mek Habsah
-Everland-
Madagascar
-Everland-

Kami juga di bawa ke Mount Seorak, difahamkan kebanyakan gunung/bukit di Korea dilitupi oleh granit. Memang sangat cantik pemandangan sewaktu berada di dalam cable car apatah lagi, autumn baru sahaja bermula. Daun-daun pokok mulai bertukar kepada kekuningan. SubhanAllah, sangat cantik. Kalau diikutkan setiap detik di sana hendak saya coretkan di dalam entry ini, kalau dibuat star rating, saya akan beri 5/5 star bagi percutian ini. Makanan halal? Oh, usah bimbang. Mudah untuk mendapat kan makanan halal di Korea. Even, lauk tomyam seafood pun ada di sana. But of course, makanan rutin seperti maggi perlu dibawa sebagai bekalan penghilang lapar di hotel nanti hihiii...

Hari ketiga kami berada di Seoul, melawat kawasan istana tertua iaitu Istana Gyeongbokgung. Menurut pemandu pelancong, (Gina- nama "melayu") , corak pada dinding istana adalah hasil penyatuan batu-bata yang disusun menjadi corak asli, kerna ia kelihatan seperti diukir atau dilukis. Memang unik!. Kami juga berpeluang melawat satu-satunya masjid di Seoul. Ketika ini rasa syukur kerna di Malaysia, mudah untuk mencari masjid.

Pernah lihat atau baca komik martial art? Oh, di sini pertama kali saya menonton Jump Show iaitu tayangan martial art versi komedi + action. Persis menonton teater, tetapi Jump Show ini lebih kepada pergerakan badan dan mimik muka. Memang terbaik dan nampak real!

Bagi yang belum ke Korea, jemputlah ke sini. Confirm rasa nak pergi lagi especially part shopping-mopping tu, i like! Hehee...ok, untuk next destination tidak pasti lagi, tetapi besar harapan agar kami dapat ke Makkah pula, ameen.








Monday, September 10, 2012

Easy as ABC: Bubur oat ayam

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Illahi, dalam pada kita sering leka dan lalai melaksanakan suruhanNYA, Maha Pencipta tetap memberi peluang untuk kita merasai dan meminjam nikmat yang bukan sedikit nilainya. Benar, kita tidak adil terhadap Pencipta. Saya pun kengkadang menunaikan solat di hujung-hujung waktu tetapi tetap tidak malu meminta macam-macam dari Yang Maha Esa. Moga Allah ampunkan saya, suami dan kita semua.

Hari ini bermula kisah telenovela "Siswazah tua" episod pertama yang boleh ditonton di layar perak Universiti Kebangsaan Malaysia hehe. Alhamdulillah, kini saya bergelar siswazah. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu saya lalui untuk menempah tiket ke stesen Konvokesyen dan memegang Sarjana. InsyALLAH, saya mohon dipermudahkan segala urusan dan mampu untuk GOT (Graduate On Time) plagiat@ciplak sikit terminologi dari Vice Canselor sewaktu taklimat pagi tadi hihiiii....

Hari yang agak meletihkan kerna di sebelah pagi saya berada di PPS (Pusat Pengurusan Siswazah) UKM Bangi dan dikala jam 12.30 tengahari saya bergegas pula ke UKM KL untuk sesi taklimat fakulti. But i have to take this as a challenge to become an extraordinary human. Auwww...

Rutin biasa, setiap petang perlu membawa hero lasak-Iman Khalish ke playground. Pulang ke rumah, badan sudah letih, tetapi perlu masak untuk Iman Khalish. Tetiba datang idea untuk mencipta resipi masakan yang cepat, iaitu bubur oat hasil modifikasi bubur ayam. Penyediaan bubur oat lebih cepat kerna hanya memerlukan masa 5 -7 minit berbanding bubur nasi. Jom cuba!

Bahan-bahan:
1- 3 genggam quaker oat
2- ayam dihiris halus
3- 1/4 potongan kiub ayam knorr
4- udang rencah (penambah rasa, takde pun takpe)
5- 1/4 bawang besar
6- halia (anggaran 1/4 jari kelingking)
7- Sedikit sayur bayam/sawi/carrot

Cara penyediaan:
1- Masak quaker oat
2- Masukkan bawang besar dan halia yang ditumbuk halus
3- Masukkan ayam dan udang beserta potongan kiub ayam knor
4- Biarkan hingga quaker oat kembang (lebih kurang 3-4 minit) dan masukkan sayur
5- Sedia untuk dihidang.

P/s: Jangan masukkan garam kerna kiub ayam telah siap sedia masinnya. Sambil suap anak, Ibu pun boleh tumpang sekaki, dua kaki, tiga kaki makan bubur oat ayam ini, sebab rasanya sedap! Hehe perasan gitu. Cubalah ek. Nanti saya upload gambar. 



Tuesday, August 28, 2012

Double line = Positive

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, sewaktu cuti berhari raya saya mendapat message daripada ex-student saya mengatakan beliau hamil. Gembira bila dapat membantu orang lain kerna saya sendiri pernah alami masalah sukar hamil setelah 4 tahun berkahwin [KLIK SINI]. Kali ini sudah 4 orang yang positif hamil setelah mengamalkan tips dan pengiraan ovulasi yang saya ajar (berbeza dengan apa yang kita pelajari di sekolah) [KLIK SINI]. Syukur Ya ALLAH, saya mohon agar semua wanita di luar sana dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan anak dari benih sendiri. Yang penting, perlu usaha dan ihktiar beserta tawakkal.

Jangan mudah mengaku kalah dan jadikan ayat 'takpelah', 'biarlah', 'tunggu dulu' sinonim di bibir kita. Selagi ada nyawa, teruskan berusaha. ALLAH hanya ingin menduga sejauh mana kita bersabar dan sejauh mana kita berusaha. Berdoa dan terus berdoa pada pencipta kerna hanya DIA yang mampu memakbulkan permintaan.

Saya bersyukur kerna ALLAH akhirnya memberi saya peluang memegang amanah sebagai seorang umi. Saya juga manusia biasa, pernah melalui episod kemurungan akibat tidak dikuriakan zuriat. Sebab itu saya harap agar tulisan saya ini mampu menaikkan semangat wanita di luar sana. Sepertimana entry saya sebelum ini dalam topik Dhuha [KLIK SINI] menyebut "Ada manusia, yang pabila berdoa pada ALLAH untuk mendapatkan sesuatu, ALLAH makbulkan,". "Ada juga manusia, yang pabila memohon sesuatu , ALLAH tidak makbulkan terus.  Tetapi ALLAH gantikan dengan yang lain sebagai jalan untuk dia mencapai apa yang dipohonnya itu".

Percayalah, setiap yang diaturkan untuk kita pasti ada hikmahnya! Bagi sang suami, jangan hanya menyalahkan isteri atau mengambil peluang untuk mencari pengganti jika isteri belum ada isi lagi, kerna soal kesuburan itu bergantung pada kedua-dua belah pihak iaitu suami-isteri.

p/s: Kalau ada yang ingin belajar pengiraan ovulasi boleh email saya : she_za2267@hotmail.com. Hanya untuk pasangan yang telah berkahwin sahaja ye! hehehe


Monday, August 27, 2012

Seronok ke?

Assalamualaikum w.b.t

Baru pulang dari Pusrawi membuat general medical check up. Boleh tahan harganya, cuma RM 66 termasuk konsultasi dari doktor perubatan, urin FEME (ujian air kencing) dan X-ray. Tidak perlu menunggu terlalu lama, kalau hendak dibandingkan dengan Hospital kerajaan. Sistem yang tersusun bagi mempermudahkan pelanggan/pesakit menerima rawatan atau perkhidmatan. Kakitangan yang mudah tersenyum dan ceria. Jatuh hati saya seketika dengan layanan yang diberikan.

Kenapa kakitangan di hospital kerajaan tidak seperti ini? Kalau hendak diikutkan, peranan masing-masing adalah sama. Cuma mungkin workload (bebanan tugas) yang sedikit tinggi di hospital atau klinik kerajaan menjadikan mereka kurang mesra pelanggan. Tetapi mereka bukannya bekerja secara PERCUMA, betul tak? Mereka tetap menerima gaji seperti orang swasta. Entah-entah lebih lumayan selepas dicampur dengan elaun.

Mmm, smuanya terletak pada diri masing-masing. Kita yang menjadikan hari kita lebih ceria atau sengsara. Bekerja kalau rasa terpaksa memang tidak menyeronokkan. Yup, saya juga kadangkala rasa tidak seronok bekerja, especially hari Isnin. Tapi jangan jadikan ketidakseronokan itu menganggu tugas hakiki dan membebankan orang lain. Bekerja sebagai pendidik sudah pasti banyak ragamnya. Andai saya terbawa-bawa perasaan tidak seronok itu sudah pastinya anak murid bakal menjadi mangsanya. Mungkin kesalahan kecil diperbesar-besarkan. Kan?

Sebab itu kita perlu sentiasa menyelidik diri. Kadang kala rasa sebak sewaktu saya membaca status facebook segelintir bekas student saya  yang rata-ratanya semua telah bekerja sebagai medical lab technologist. Ada yang menulis tentang tidak berpuas hati dengan pesakit yang banyak bertanya,  pesakit yang tidak memahami arahan dan pelbagai lagi. [p/s: tidak semua ex-student saya seperti ini, ramai yang ok :)]. Adakah mereka lupa bahawa pelanggan mereka itu adalah pesakit yang sedang sakit? Kita yang sihat ini pun kadang kala tidak memahami arahan, apatah lagi orang yang sakit. Betul tak? Jadi peranan kita sebagai kakitangan yang SIHAT untuk memberi penerangan yang jelas . Umpama guru mengajar anak murid yang lemah, kalau tidak diajar satu persatu, mana mungkin anak murid akan menjadi cemerlang. 

Semalam sewaktu mengepam susu, sempat saya membaca beberapa helaian buku motivasi H.M Tuah Iskandar yang dipinjam dari rakan. Tulisan yang ringkas dan sesuai dibaca. "Kita yang memilih untuk menjadikan hidup kita seronok ataupun tidak. Andai kita rasa tiada keseronokan dalam hidup, cepat-cepat cari pengubatnya".

Perbanyakkan berbicara dengan rakan atau orang yang positif mindsetnya. InsyALLAH kita juga akan positif. Ingat, what you give, is what u get back. 

Peace!

Monday, August 13, 2012

Family vs Technology

Assalamualaikum w.b.t

Ramadan bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi. Alhamdulillah diberi kesihatan dan kesempatan untuk melaluinya hingga ke saat ini. Menyusukan anak menjadikan saya lebih bertanggungjawab untuk bangun sahur. Walau terlewat macam mana pun saya akan pastikan air di minum beberapa gelas. Bimbang nanti produksi susu berkurangan akibat dehidrasi. Syukur, ALLAH kurniakan amanah pada saya- Iman Khalish supaya saya menjadi manusia yang lebih menyempurnakan suruhanNYA dan dapat menunaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Bangun malam bukanlah perkara yang mudah, apatah perlu bangun untuk memasak. Tetapi saya ambil sebagai cabaran dalam memperbaiki diri. Di awal Ramadan lagi, saya telah berniat untuk menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna. Moga ALLAH hitung segala amalan kita terutamanya bagi ibu-ibu yang terpaksa melalui beberapa siri bangun malam sebelum tiba waktu sahur kerana menyusukan anak. Saya yakin ada ganjaran yang menanti. Saya mohon juga agar ALLAH beri saya peluang untuk menyusukan Iman Khalish hingga usianya 2 tahun, bimbang juga kerana episod kekurangan stok susu ebm sedang melanda saya. Sebak!

Si hero semakin lasak. Pantang ada kemahuannya tidak diperolehi, mulalah bergolek satu rumah, tanda protes. Setahun tiga bulan adalah fasa di mana anak sedang menyerap segala apa yang dilihatnya. Kata suami, Iman kuat merajuk seperti uminya, tetapi cute macam abinya. Sabar jerlah. Tang baik semua serah pada orang lelaki kan? Heheh...tetapi saya tidak ambil hati, tahu yang suami hanya bergurau. 

Yang pastinya saya tidak sabar untuk membawa Iman pulang kampung menyambut Syawal. Sebut pasal sambutan Syawal, saya yakin abah antara orang yang paling sibuk ketika ini. Bawa nenek membeli daging dan barang keperluan. Kalau dulu, sewaktu usia saya masih angka single, saya pernah mengikut abah mencari kayu untuk dibuat kayu api buat memasak ketupat. Masa itu dapur gas sudah wujud, tetapi nenek masih memasak ketupat menggunakan kayu api. Seronoknya! Ada shift orang yang akan menjaga, bimbang nanti air rebusan ketupat kering. Sekarang ini teknologi telah merubah segalanya. Tiada lagi daun ketupat yang dianyam. Semuanya segera. Masak 10 minit sudah siap. Argh, langsung tidak meninggalkan sebarang pengalaman dan memori untuk generasi sekarang. Sebab itu ikatan kekeluargaan zaman dulu lebih utuh dan rapat. Dibandingkan sekarang, jauh panggang dari api. Ikatan sedara lebih utuh dengan iPad, Samsung galaxy, S2, S3 dan macam-macam lagi. 

Peranan ibubapa sangat penting dalam mendidik anak. Two thumbs up saya berikan buat abah dan mak kerana banyak mendidik saya erti nilai murni dan kekeluargaan. Tiada wang ringgit atau iPad diberikan kepada kami, tetapi bekalan ilmu dan nilai murni yang membezakan kami dengan yang lain. Masih saya ingat, abah akan pastikan apabila ada tetamu atau sedara mara yang datang ke rumah, WAJIB setiap dari kami bersalam dan duduk bersama. Tiada istilah duduk berkurung di dalam bilik atau di dapur. Biarlah kami tidak boleh mencelah perbualan mereka asalkan kami duduk dan mengenali tetamu. Ya, abah sangat mengalu-alukan tetamu yang datang. Walaupun kadang-kadang makanan yang ada cukup-cukup untuk kami anak beranak, tetapi abah akan dahulukan mereka. Abah kata, tidak mengapa tetamu datang membawa berkat. Pada ketika itu, saya tidak dapat memahami maksudnya, tetapi kini saya jelas. 

Saya akan menggunakan metodologi yang sama dalam mendidik anak-anak. Walaupun bersalaman itu tampak remeh, tetapi ia mampu memberi genjatan yang kuat dalam kekeluargaan, menjadikan anak hormat orang tua, sedara mengenali sepupunya, cucu mengenali atuknya, anak sedara mengenali pakcik makciknya (as long as muhrim) Bukan apa, disaat hari terakhir kita nanti, mereka-mereka inilah yang akan memenuhi ruang rumah dan berdoa untuk kita bukannya encik iPad dan puan Samsung itu.

Jadi untuk Syawal ini, HARAMKAN anak-anak menggunakannya, especially di malam dan pagi Syawal. Perbanyakkan bertakbir dan berziarah kaum keluarga. Perkenalkan anak-anak dengan sedara mara dan tetamu yang berkunjung. Moga hasilnya akan kembali pada kita jua insyALLAH


Wednesday, August 8, 2012

DHUHA

Assalamualaikum w.b.t

Masa yang ada terasa begitu singkat. Ramadan sudah menghampiri ke penghujungnya. Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, banyak perkara yang perlu dibuat secara adhoc. Perlu ada perancangan, perlu ada jadual penyenaraian which is important AND urgent dan which is important BUT not urgent. Kalau tidak, sudah tentu kerja yang dibuat tidak menepati piawaian, ibarat melepaskan batuk di tangga (huk- huk). Buatlah apa sahaja, asalkan bersungguh. Biarlah tiada manusia yang memuji, yang penting Maha Pencipta mengetahuinya.

Saya rindu untuk menulis. Tetapi saya perlu dahulukan perkara lain yang agak lebih penting.  Oh ya, saya ingin share tazkirah ringkas oleh Ustaz Amin yang saya dengar di siaran radio IKIM.FM. Kata beliau "Ada manusia, yang pabila berdoa pada ALLAH untuk mendapatkan sesuatu, ALLAH makbulkan,". "Ada juga manusia, yang pabila memohon sesuatu , ALLAH tidak makbulkan terus.  Tetapi ALLAH gantikan dengan yang lain sebagai jalan untuk dia mencapai apa yang dipohonnya itu". 

Misalnya, Si polan berdoa untuk mendapat calon isteri yang solehah. Tiba-tiba suatu hari beliau dilanggar oleh seorang mat rempit dan dimasukkan ke hospital. Hikmahnya, sewaktu dirawat di hospital,  ALLAH telah  temukan beliau dengan seorang doktor yang mempunyai ciri-ciri yang diidamkannya. Mungkin ALLAH ingin menguji sejauh mana manusia mensyukuri nikmatnya. Takut-takut nanti bila terlampau mudah memperolehi sesuatu, kita menjadi manusia yang kufur nikmat. 

Paling penting teruskan berdoa. Amalkan doa Dhuha supaya ALLAH murahkan rezeki dan limpahkan rahmat. Tidak percaya? Cubalah dengan yakin. InsyALLAH kita akan mendapat hasilnya.

Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha Itu Dhuhamu
Kecantikannya Kecantikanmu Keindahannya Keindahanmu
Kekuatannya Kekuatanmu Kekuasaannya Kekuasaanmu
Perlindungannya Perlindunganmu
Ya Allah Jika Rezeki Masih Dilangit Turunkanlah
Jika Dibumi Keluarkanlah
Jika Sukar Permudahkanlah
Jika Haram Sucikanlah
Jika Jauh Dekatkanlah
Berkat Waktu Dhuha Kecantikanmu
Keindahanmu Kekuatanmu
Kekuasaanmu
Limpahkan Kepadaku Segala Yang Engkau Telah Limpahkan
Kepada Hamba-Hambamu Yang Soleh


Tuesday, July 24, 2012

Easy as ABC: Makaroni goreng

Assalamualaikum w.b.t

Tamak pahala? Wah, term yang baru saya dengar. Biasanya, orang tamak pada harta dunia, pada pangkat dan darjat. Kisah ini lain pula. Ya, itu yang saya pelajari dari Prof Dr.Muhaya sewaktu mendengar tazkirah ringkas dari beliau. Tambahnya lagi, bila kita memberi dan berkongsi ilmu, dan sekiranya ilmu itu dipraktiskan oleh orang lain, maka sudah pasti ada award yang menanti iaitu pahala. Tidak kira ilmu itu datang dalam bentuk apa, yang pasti ia memberi manfaat dan kebaikan.

Makin bertambah perasaan membuak-buak untuk berkongsi ilmu di dalam blog ini kerna saya harap at least 10% yang saya sampaikan ada yang mengambil manfaatnya. Saya pun mahu menjadi seperti Prof Muhaya, tamakkan pahala hehe.

Mmm, kebetulan semalam saya berbuka dengan makaroni goreng. Jadi, saya hendak share bagaimana menyediakan menu ini. Of course menu yang saya pilih sangat mudah dibuat oleh Ibu-Ibu bekerjaya di luar sana. Sebab, diri ku ini jua tidak larat untuk menyediakan menu yang berat-berat pada hari bekerja heheh...

Bahan-bahan:
1- 3 cawan makaroni direbus
2- Daging cincang (banyak dipasaran yang sedia dicincang)
3- Bawang besar (sebiji setengah dipotong dadu)
4- Lada blender (4-5 sudu besar)
5- Kicap masin
6- Sos tomato
7- Bawang goreng
8- Daun sup

Cara penyediaan:
1- Panaskan minyak dan tumis lada blender
2- Masukkan daging cincang, kacau hingga rata
3- Tambah sedikit air (anggaran biar sedikit lembab)
4- Masukkan bawang yang dipotong dadu
5- Kacau hingga rata, masukkan sedikit garam
6- Tambah 2-3 sudu besar sos tomato
7- Masukkan sedikit kicap masin
8- Masukkan makaroni, kacau hingga rata.

Siap untuk dihidang! Mudah bukan? Mudah, jika lada blender telah anda sediakan awal hihi..Letakkan daun sup yang dipotong halus dan bawang goreng di atas hidangan untuk penambah rasa dan rupa. Jika rajin, boleh letakkan telur rebus yang dipotong sederhana di atas hidangan.

Tips: Bawang goreng sangat sedap jika digoreng sendiri instead of dibeli, sebab rasanya pun berbeza. Jangan masukkan garam terlampau banyak, kerna kicap yang digunakan telah siap sedia masinnya.

Selamat mencuba!

Monday, July 23, 2012

Easy as ABC: Sup Ikan merah

Assalamualaikum w.b.t

Seronok bila dapat berkongsi-kongsi cerita dengan rakan dan mengupdate menu yang hendak dimasak sewaktu berbuka nanti. Badan yang letih boleh menjadi bersemangat bila ada teman seperjuangan yang turut sama sibuk memikirkan menu yang hendak dimasak untuk keluarga. Tiada istilah ingin menunjuk-nunjuk siapa yang lebih hebat, kerana semua ibu di luar sana adalah HEBAT! Sekurang-kurangnya saya tidak sendirian untuk ke chow kit membeli barangan keperluan nanti heheh...(two thumbs up for mama Asmah Yunos hihi).

Satu kepuasan pabila dapat menyediakan masakan dengan air tangan sendiri. En. suami tidak pernah memaksa mahupun mengeluh jika saya tidak berupaya untuk memasak, tapi hati ini sangat berkobar-kobar untuk menjadikan bulan Ramadhan ini lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya. Sedap tidak sedap, belakang cerita, yang pasti hidup  perlu ada peningkatan dalam diri, lama-kelamaan tangan yang kekok pun mampu ditegakkan dek kerna berlatih setiap hari. Betul tak?

So menu ringkas untuk saya share pada entry kali ini adalah sup ikan merah. Sangat cepat dan mudah sebab hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Oh, maaf, jangan marah ye jika sejak kebelakangan ini saya asyik berbicara mengenai menu masakan. Bukannya apa, saya gemar berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana,  terutamanya ibu bekerjaya yang masih menyusukan anak, at least kita jadi lebih bersemangat untuk memasak walaupun tersangatlah penat. Chaiyok!

Bahan-bahan:
1. Ikan merah / ikan tenggiri/ ikan jenahak
2. Bawang besar dipotong kasar
3. Bawang putih dihiris halus
4. Halia (ukuran 1/3 jari kelingking)
5. Lada hitam (3-5 biji)
6. Daun sup

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis lada hitam.
2. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan air, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan merah
4. Masukkan halia yang telah diketuk sedikit (bukan ditumbuk lumat)
5. Tambah garam secukup rasa dan daun sup sebagai hiasan dan penambah rasa.

Sedia untuk dihidangkan semasa berbuka puasa! Mudah & cepat bukan? Sesuai juga dimasak semasa bersahur. 

Selamat mencuba!



Friday, July 20, 2012

Menu ringkas

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyambut Ramadhan bersama little star Iman Khalish. Seingat saya, tahun lepas, Ramadhan disambut ketika saya masih dalam tempoh berpantang. Jadi tahun ini, tidak pastilah bagaimana agaknya suasana ketika bersahur dan berbuka puasa. Lebih mudah untuk masak dan makan di rumah berbanding berbuka di kedai, memandangkan hero kami sudah semakin lasak. Di rumah hendak tonggang terbalik pun tidak mengapa. Tetapi saya haruskan fikirkan method yang hendak diaplikasikan supaya badan yang letih bekerja mampu menyediakan makanan dan mampu untuk bangun beribadah. Apatah lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak seperti saya.

Bila dipikirkan, saya perlu menyediakan menu yang mudah, cepat dan 'sedap' (sangat subjektif ye) setiap minggu hehehe....Bila menu sudah ada maka mudahlah untuk merangka cheklist barangan yang hendak di beli nanti. Saya mula membuat rehearsal seminggu sebelum Ramadhan dan alhamdulillah hasilnya 70% berjaya dilaksanakan. Baki 30% lagi, paham-paham le ye hihii.

Antara menu yang sangat mudah disediakan terutamanya bagi ibu yang bekerja:

Isnin:
Ikan kembung masak singgang + sayur kangkung goreng belacan + ikan kembung bakar

Selasa:
Sup ikan merah + kobis goreng

Rabu:
Kentang & ikan bilis goreng sambal + ikan cencaru goreng bersama kulit + sayur sawi bunga masak air

Khamis:
Ikan kembung goreng berlada + lobak putih masak air

Jumaat:
Daging goreng kunyit + terung kicap + ikan jenahak goreng

Sabtu:
Sup tulang + ikan terubuk masin + sambal belacan + kangkung goreng belacan (suami saya suka ye hehe) + ikan cencaru bakar

Ahad:
Nasi ayam special

Untuk merealisasikannya, menu ini perlu ditampal di fridge bersama fridge magnet anda yang sangat banyak itu hihiii....Menu hari sabtu dan ahad perlulah agak special sedikit berbanding hari bekerja, kerna ada lebih masa untuk penyediaannya.

Jadi hari ini, saya hendak share cara membuat daging goreng kunyit.

Bahan:
1. Daging
2. Kunyit hidup (1/3 daripada ukuran jari kelingking anda)
3. Halia (1/3 daripada ukuran jari kelingking anda)
4. 1/2 bawang besar
5. 1 ulas bawang putih
6. Lada hitam
7. Daun sup
8. Bawang besar dipotong kasar

Cara:
1. Tumbuk bahan 2-6 hingga lumat bersama sedikit garam.
2. Perapkan bahan tersebut pada daging (5 minit je)
3. Panaskan minyak dan masukkan daging yang telah diperap.
4. Biarkan rata dan masukkan air (tutup kuali dengan tudung periuk)
5. Biarkan sehingga daging empuk (jika air hampir kering, boleh tambah lagi)
6. Jika daging sudah empuk, masukkan bawang besar yang dipotong kasar dan daun sup yang dipotong halus
7. Sedia untuk hidangan berbuka puasa.

Note: Cara yang sama boleh digunakan untuk memasak daging kicap. Bila daging sudah empuk, masukkan kicap masin, tapi AWAS jangan masukkan garam kerna kicap tersebut memang telah sedia masinnya. Mudah dan cepat kan.

Selamat mencuba.

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Datang ke Barakah month

Assalamualaikum w.b.t

Selang sehari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan. Penuh post di muka buku-facebook dengan ucapan dan kata-kata untuk menyambut Ramadhan. Benarkah kita tertunggu-tunggu bulan ini? Benarkah kita rindu untuk melalui bulan barakah ini? Atau ia hanya mainan kata-kata manis supaya status kita di 'like' oleh si pembaca? Apa yang kita rindu dan tertunggu-tunggu? Bazar Ramadhan yang penuh dengan juadah makanan atau rindu untuk bersolat terawih?

Mengapa perlu menunggu bulan Ramadhan baru hendak berubah menjadi manusia 'baik'. Soalan ini saya tujukan buat diri saya sendiri. Jika ditakdirkan umur kita tidak dapat merasai bulan ini, apakah yang akan terjadi? Maka tidak sempatlah untuk kita berubah. Jika benar kita menanti bulan Ramadhan, adakah kita telah bersiap sedia dengan checklist amalan atau kita lebih bersedia dengan checklist kuih dan baju raya yang hendak dibeli? 

Sekadar peringatan bersama, kerna hati ini sangat risau dengan diri sendiri yang sedikit lalai dan tiada anjakan yang dibuat sewaktu Syaaban.

Monday, July 9, 2012

Honey+moon+star

Assalamualaikum w.b.t

Malam sudah menghampiri ke penghujungnya, tapi kami masih setia menanti flight Ak 5117 yang masih belum kunjung tiba. Sengaja mengambil flight terakhir kerna ingin mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan sakan. Bukannya selalu dapat berjalan, sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi perjalanan menaiki belon ini adalah pertama kali buat star kami Iman Khalish heheh. Kalau dulu sewaktu Iman masih di dalam kandungan, kerapkali juga kami bercuti. Agaknya, sebab itu jugalah Iman tidak kesah atau menangis sewaktu di dalam flight. Kaki jalan macam umi dan abi jugak agaknya. Tidak mengapa, yang penting, jauh berjalan, luas pemandangan. Mengenal dunia sambil berjalan, bukankah itu pembelajaran dua hala?

Iman sedang nyenyak tidur di bahu abi, keletihan berjalan dari siang ke malam. Percutian atau honey+moon+star ini telah setahun kami rancang. Kali ini Kota Kinabalu menjadi destinasi pilihan. Sememangnya suami dan saya sudah pernah menjejakkan kaki ke sini, tapi atas urusan kerja. Jadi, kali ini kami target hendak meronda sampai ke Gunung Kinabalu, chewah. Tapi mana mungkin honey+moon berjaya sampai ke puncak gunung kalau star ini masih lagi kecil haha. Jawabnya, kami berjaya juga sampai tetapi hanya di kaki gunung sahaja.

Kami memilih untuk duduk di Hotel Promenade memandangkan lokasinya agak strategik berhampiran dengan Philippines market iaitu syurga mutiara, kristal dan makanan laut. Kalau hendak lebih dekat, bolehlah duduk di Hotel Le Meridean, tapi bagi kami yang budget ciput-ciput ni, Promenade sudah memadai. Harga bilik superior 1 malam adalah rm 215 dapat katil twin dan breakfast untuk 2 orang. Yang syoknya, tang breakfastlah hihi..Memang senyum ke telinga kalau saya dapat breakfast di hotel.

Hari pertama di Kota Kinabalu, sesudah check in, kami menaiki teksi ke City Square untuk makan tengahari dan mencari sedikit makanan buat bekalan. Jarak dari hotel hanya 10 minit perjalanan, tetapi memandangkan hujan lebat terpaksalah kami mengeluarkan rm12 untuk tambang teksi. Nasib baik hujan berhenti seketika, kami ambil peluang untuk berjalan menyusuri jalan yang jem ke Philippines market untuk survey2 dulu. Fuh, ingatkan KayEL sahaja yang jem, rupanya di KK pun jem juga. Nasib baik kami ada membeli makanan yang agak sihat iaitu maggi hehe, jadi bolehlah kami menikmatinya sewaktu makan malam memandangkan Iman sudah tidur dan hujan lebat kembali. Sedih betul makan maggi di hotel huhuu..

Keesokannya selepas breakfast, kami bergerak ke gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu dengan menaiki kereta sewa. Harganya rm140 selama 24 jam untuk kereta proton saga-auto. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam memang menyeronokkan, kerna cuaca yang sejuk dan sedikit berkabus. Tapi malangnya sampai sahaja di Kinabalu Park (rm3 per head) hujan mulai turun. Entah mana satu puncak gunung pun kami tidak pasti, kabus sangat tebal. Confident sahaja Encik Moon saya mengambil gambar, rupanya tersilap gunung selepas ditegur oleh orang di situ, lawak betul hahaa.

Malam itu kami makan seafood di Philippines market. Harga untuk 1 ekor ikan + 3 ekor sotong, 1 ekor lobster + air kelapa adalah rm 81. Pada saya sangat berbaloi dengan rasanya yang sangat-sangat sedap. Walaupun keadaan di Philipines market ini ibarat pasar malam, tapi saya gemarkan tempat seperti ini. Suasana yang sangat meriah dan seronok melihat gelagat orang lain. Jika dibuat star rating saya boleh berikan 4 star pada percutian di Kota Kinabalu. Bayangkan saya turut membuat rawatan refleksologi di tempat yang agak selesa selama 1 jam dengan harga rm40 sahaja. Fuh, jika di KayEL pasti mencecah RM 50 ke atas.

Apa-apa pun, terpulang pada masing-masing untuk menjadikan percutian itu lebih bermakna dan menyeronokkan. Pada saya, jika dapat meluangkan masa bersama suami dan anak buatlah apa sahaja pun, pasti menyeronokkan. Enjoy your life, sebab kita tidak tahu berapa lama lagi kita berada di bumi ALLAH ini. We both agree that holiday is very important to make sure each second, brings us closer to our goal.

Tips percutian: Perlu membuat perancangan lebih awal terutama budget, masa dan aktiviti supaya boleh memaksimumkan percutian anda dan keluarga.

Monday, July 2, 2012

K.O.S.O.N.G

Assalamualaikum w.b.t

Khas buat anak didik dan sahabat saya. Kuatkan semangat kamu semua. Jika kamu rasa kosong (Najwa Latif gitu) cuba muhasabah diri. Lihat di mana kelemahan, cuba perbaiki. Jadikan hari pertama ini sebagai hari permulaan untuk kamu menjadi manusia yang SUCCESS. Kerna hari ini adalah penentu kejayaan untuk hari esok. Biarlah kisah semalam hanya menjadi sejarah. Setiap manusia melakukan kesalahan, bohonglah jika kita tidak pernah membuat kesilapan. Tapi kekuatan untuk berubah itulah yang membezakan di antara kita dengan manusia yang GAGAL.

Mahukah kita dilabel menjadi manusia yang G.A.G.A.L? ataupun hanya menjadi manusia biasa-biasa sahaja? Tiada peningkatan atau perubahan yang dilakukan. Jika dulu tempat kita di belakang, jadi hari ini tempat kita sepatutnya di hadapan. Jika dulu kita berkira-kira untuk membantu, jadi hari ini masa untuk kita memberi pula. Tidak mustahil untuk berubah, asalkan kita bersedia untuk bertatih hingga mampu berlari laju kerna kuasa MAHU itu adalah pemangkin setiap perubahan.

Tapi ingat, kita sentiasa mengharapkan  orang lain melakukan sepertimana yang kita inginkan. Tapi adakah kita sendiri bersedia untuk berubah? Berserahlah pada yang Maha Kuasa kerna DIA Maha Mendengar, lagi Maha memakbulkan segala permintaan. Jangan berharap pada manusia semata, kerna kita sedia maklum manusia itu adalah makhluk yang kejam, termasuk diri kita sendiri....

Ikhlas dari 'Saya yang sedang berubah'...



Thursday, June 28, 2012

Kisah Si Burung Helang

Assalamualaikum w.b.t

Kisah Si burung helang yang telah melakukan evolusi untuk meneruskan hidup sangat best untuk dikongsi. Kalau nak tahu, spesies burung helang ini mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu boleh mencecah hingga usia 70 tahun. Tetapi semakin meningkat usia, paruhnya semakin membengkok dan kukunya memanjang hingga menyukarkan helang untuk mencengkam dan mencari makanan. Si helang hanya ada 2 pilihan samada MATI atau melakukan sesuatu untuk meneruskan hidup. 

Jadi, si burung helang memilih untuk meneruskan hidup. Proses evolusi ini memerlukan helang untuk terbang ke puncak yang paling tinggi. Setiap hari, helang akan mematuk-matuk pada batu yang sangat keras supaya paruhnya yang bengkok itu patah bagi membolehkan paruh yang baru tumbuh. Kemudian, dengan paruh yang baru, si helang akan mencabut kukunya pula. Ush, perjalanan yang sungguh menyakitkan. Tapi dengan paruh dan kuku yang baru, burung helang ini mampu meneruskan hidup dan menakutkan semua mangsanya. Hebat kan!

Untuk melakukan perubahan memang terpaksa melalui saat-saat kesakitan dan kesukaran baru hasilnya sangat manis. Satu contoh evolusi yang boleh dijadikan iktibar buat kita bergelar manusia. Untuk menjadi orang yang success dunia dan akhirat, memang perlukan perubahan yang bukan sedikit nilainya.

Saya yakin, kita semua mempunyai GOAL, tapi jika tidak mahu bersusah-susah dahulu, mana mungkin di kemudian hari kita akan bersenang-lenang.  

Sunday, June 24, 2012

Burung yang Genius?

Assalamualaikum w.b.t

Misi untuk membawa Iman Khalish ke KL Bird Park ahkirnya berjaya. Rupanya ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh family di Kuala Lumpur instead of shopping mall. Saya percaya tempat-tempat sebegini sangat sesuai untuk proses tumbesaran anak kecil. Apa tidaknya, perkataan 'bird' disebut berulang kali oleh kami hinggakan Iman Khalish mampu menyebutnya walaupun tidak jelas, it's ok, yang penting matlamat kami untuk memperkenalkan spesies yang dinamakan burung ini kepada Iman tercapai.

Alhamdulillah Iman Khalish mampu membezakan di antara burung dengan ayam. Kebetulan pengasuh Iman ada membela ayam, jadi jika ditanya mana chicken? Terus jari halus itu menunjuk ke arah reban ayam. Tidak semestinya mereka perlu dihantar ke sekolah seawal usia kecil untuk belajar, hakikatnya pembelajaran  boleh dilakukan secara tidak formal. Menggunakan alat bantuan mengajar yang memang telah ada di luar atau di dalam rumah. Contohnya, sewaktu turun tangga, biasakan mengajar anak mengira 1, 2, 3...., berdasarkan jumlah anak tangga. 

Kerap ulangi perbuatan yang sama, hinggakan one day anak kita boleh menyebutnya sendiri walaupun tidak jelas. Jika menaiki kereta, apabila berhenti di lampu isyarat, tunjukkan warna merah, hijau dan kuning. Untuk permulaan hanya perkenalkan beberapa warna sahaja agar mudah untuk mereka membezakannya. Pembelajaran yang MUDAH dan percuma bukan!

Itu pendapat kami, mungkin pendapat ibu bapa lain berbeza-beza. Terpulang pada cara olahan masing-masing. Kami yakin anak kecil ini ada keistimewaan masing-masing. Tidak perlu paksaan untuk belajar sebab mereka mempunyai berbillion sel otak yang masih lagi baru untuk menyerap ilmu dengan mudah. Benar, jika setiap hari anak melihat ibu bapa menunaikan solat, secara tidak langsung mereka akan meniru perbuatan yang sama walaupun masih berumur setahun. 

Pabila melihat masjid, terus sahaja tangan kecil itu diletakkan ke telinga dan cuba melaungkan azan. Irama sudah ada cuma bunyinya tidak fasih. Okylah tu, what do we expect pada anak berusia setahun? Sedangkan budak sekolah rendah masih terangkak-rangkak, inikan pula anak kecil. Jadi peranan ibu bapa, tunjukkan sokongan. Sentiasa memberi pujian yang positif.

Pengalaman yang sama saya lihat sewaktu menonton persembahan di KL Bird Park. Bayangkan, binatang mampu mendengar arahan, mengira dengan betul, membezakan warna dan  bercakap apabila disuruh. Kali pertama saya melihatnya secara dekat. Kagum!

Tapi apa yang diamalkan oleh trainer tersebut? Ya, setiap kali burung itu melakukan perbuatan sepertimana yang diarahkan, trainer akan memberi upah (makanan) sambil memegang kepala burung sebagai tanda pujian. Fuh, binatang yang tiada akal pun boleh melakukannya inikan pula manusia. Saya yakin, setiap hari burung-burung ini dilatih dan diajar dengan sabar. Walaupun sukar, tapi hasilnya? Semua penonton rasa kagum. 

Burung itu tidak genius, tetapi cara bagaimana trainer mengajarnya perlu diambil pengajaran dan ditiru untuk diimplement dalam mendidik anak (bagi ibubapa) dan pelajar (bagi pendidik). Perlu lakukan perubahan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik? Pernah dengar kisah Si Burung Helang yang melakukan evolusi untuk teruskan hayatnya? Nanti saya sharekan dalam edisi bumper akan datang hehehe...Poyo gitu.

Kisah ini sekadar peringatan untuk diri sendiri dan moga memberi manfaat pada orang lain, sebab a success people always sowing seed to benefit others. Saya tiada wang untuk memberi, tetapi ada sedikit pengalaman dan passion yang boleh dikongsi.

Peace!

Thursday, June 21, 2012

Channel 91.5

Assalamualaikum w.b.t

Semalam sewaktu mendengar siaran radio IKIM.FM banyak perkara yang dapat diserap. Sangat akui, sekarang ini saya jarang dapat pergi ke majlis ilmu dan mendengar ceramah. Saya perlu mencari makanan hati agar tidak jauh dari landasan. Hati rasa kosong dan mudah rasa demotivated bila terlalu lama tidak dicas. Hati kita ibarat kereta juga, jika kerap digunakan tetapi tidak dihantar servis, lama-kelamaan boleh rosak.

Kebetulan Ustaz Dr.Zaharuddin menjadi tetamu jemputan. Topik yang dibincangkan adalah mengenai Islamic banking VS Conventional banking. Sangat memberi manfaat , kerna ilmu ini tidak pernah saya perolehi dari televisyen atau siaran radio lain. Ada peminjam tidak ambil kisah mengenai pilihan yang dibuat, mungkin disebabkan kurang ilmu atau sebaliknya. Tapi ternyata perkara ini perlu dipandang dengan teliti memandangkan duit yang dipinjam akan digunakan untuk urusan seharian, untuk beli rumah, untuk buat belanja keluarga, untuk beli kereta dan sebagainya. Apa yang terjadi jika asasnya sendiri tidak bersih.

Ada seorang pemanggil yang bertanyakan soalan kepada ustaz yg saya kira simboliknya kena pada batang hidung saya sendiri.

Pemanggil: Ustaz, kakak saya ada membuka sebuah kedai makan. Kalau dulu, dia ada menjual ROKOK di kedainya, tetapi selepas mendengar daripada Majlis Fatwa yang menjual rokok itu HARAM, maka kakak saya terus berhenti menjualnya. Namun, sejak dari itu, pelanggan semakin berkurangan dan kakak saya mengalami banyak kerugian. Apa pendapat ustaz.

Ustaz: Begini, kita kena yakin bahawa rezeki itu datang dari ALLAH, bukan dari manusia. Perancangan yang diaturkan pada kita sudah cantik. Mungkin kerugian itu diganti dengan kebaikan yang lain. Misalnya, ALLAH beri kesihatan kepada anak beliau, ataupun ALLAH selamatkan anaknya daripada diculik atau macam-macam lagi yang kita sendiri tidak perasan.

Teringat keluhan yang dilontarkan pada abang saya (Hafiz) tempoh hari. Saya tidak happy semasa bekerja. Kurang mendapat penghargaan dan terasa ingin mencari kerja lain. Jawapan abang saya, "Memang itu dirasai bila kita meletakkan penghargaan manusia itu satu kemestian, sedangkan manusia ini makhluk yang berlaku zalim. Ubahlah pengharapan kita kepada ALLAH sepenuhnya. Teruslah berbakti walaupun tidak dihargai kerana bakti yang sekelumit itu tidak sia-sia di sisi ALLAH Yang Maha Teliti lagi Maha Adil".

Ya memang benar apa yang ustaz dan abang saya jelaskan. Saya perlu cari kekuatan, ikhlaskan diri dan tidak menjadikan dunia sebagai tujuan hidup. Tapi hati dan iman mudah sangat diusik. Ibarat lalang, kalau ada angin kuat yang bertiup, pasti bergerak ikut arah tiupan angin. Begitu juga dengan diri saya. Jika hati terasa jauh dan demotivated, saya perlu mencari 'remedi'. Jadi sekarang ini, setiap pagi, apabila dalam perjalanan ke pejabat saya akan mendengar slot 'motivasi pagi' di radio IKIM.FM bermula 7.30 pagi. Walaupun ianya singkat, namun input yang diperolehi sangat-sangat bermanfaat. Setiap petang Khamis pula, saya akan mendengar slot "Islam AgamaKu". Satu slot yang memaparkan kisah mualaf yang memeluk agama Islam. Terasa malu apabila mereka ini lebih banyak ilmu berbanding kita yang memang telah dilahirkan dalam Islam.

Thanks to radio IKIM.FM sebab menyediakan ruang untuk saya mencari ilmu di waktu saya benar-benar memerlukannya.

Monday, June 18, 2012

Selamat Datang Syaaban & Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t

Sepanjang minggu  lepas saya sibuk berulang alik ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melawat kakak yang telah selamat melahirkan baby gurl. Baby kakak terpaksa ditahan di hospital selepas bersalin akibat mengalami masalah kesukaran bernafas dan jaundis.

Berada di wad pediatrik menjadikan saya lebih ihsan pada anak kecil. Memang saya suka pada kanak-kanak. Bak kata abah, saya adalah Pengerusi Kanan-Kanak Jalan Mawar (kampung saya). Dulu, setiap petang ada sahaja aktiviti yang saya rangka untuk mereka. Even, saya yang menangis jika anak jiran sebelah rumah dipukul. Hehe....

Macam-macam ragam kanak-kanak di PPUM yang saya jumpa. Ada yang satu badan penuh dengan tiub, ada yang masih kecil dan ditempatkan di dalam incubator. Yang menangis tak henti-henti, kesakitan. Entah apa agaknya penyakit yang mereka hadapi. Moga ALLAH sembuhkan mereka dan saya panjatkan rasa syukur kerna Iman Khalish dapat membesar dengan sihat.

Pabila kita bernafas dengan mudah, ada yang sedang sengsara, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup. Pabila kita sedang menikmati makanan, ada yang terpaksa menggunakan tiub untuk mengisi perut yang lapar. Pabila kita sedang bersuka-ria, ada yang sedang bertarung nyawa. Pabila kita sedang gembira bermain dengan anak, ada yang sedang menjadi penghuni tetap  hospital. Hakikatnya ALLAH mahu menjadikan kita manusia yang tahu bersyukur. Tapi adakah kita bersyukur? Ya, saya sendiri kadang-kadang terasa kufur nikmat. Hendak membaca Al-Quran setiap hari satu muka surat pun payah. Apatah lagi untuk melakukan ibadah sunat. Bergosip sudah menjadi perkara biasa.

ALLAH, moga kehadiran bulan istimewa ini Syaaban dan Ramadhan menjadikan titik permulaan untuk saya berubah. Perubahan sedikit demi sedikit, insyALLAH boleh menjadi 'bukit perubahan'. Mohon agar suami dan sahabat membantu saya.

Salam Syaaban dan Ramadhan! 

Monday, June 11, 2012

Pupusnya gen X & Y

Assalamualaikum w.b.t

Perbualan dengan teman rapat tempoh hari amat memberi manfaat. Walaupun tampak remeh, tapi hakikatnya itulah lumrah yang sedang berlaku sekarang. Teman saya bertanya adakah saya pernah bercinta sewaktu saya berada di tingkatan 5 dahulu? Saya jawab "masa di tingkatan 5, saya pakai baju kurung dengan tudung pun tidak sedondon, baju hijau bunga-bunga, tudung pula warna biru bercorak. Diri sendiri pun tidak terjaga, inikan pula hendak berboypren". Tergelak kawan saya mendengarnya.

Ya, memang benar. Sewaktu zaman saya dulu, istilah 'handphone' tidak pernah wujud dalam hidup. Apatah lagi muka buku (facebook), memang tidak ada. Jika ada rakan yang mempunyai handphone, pasti gempar satu sekolah asrama saya, dan orang itu sudah tentunya anak orang berada. Boleh dihitung dengan jari siapa yang bawa handphone ke sekolah, itupun nyorok-nyorok.

Kalau mahu berhubung dengan keluarga, terpaksalah menggunakan telefon awam. Beratur panjang menunggu giliran. Sampai giliran, telefon 'rosak' pula. Adoiii. Kematian moyang saya juga hanya diketahui selepas 2 minggu. Berita itu sampai daripada rakan sekampung. Tiada sms, tiada panggilan telefon. Zaman yang serba kekurangan, tetapi saya masih lagi mampu meneruskan kehidupan. Zaman sekarang ini, kalau tertinggal handphone di rumah, bagaikan tidak boleh hidup. Semua perkara jadi susah. Betul tak?

Sebab itulah, remaja sekarang agak 'lain macam'. Generasi yang bukan lagi Gen X dan Gen Y. Maaf jika ayat sedikit kasar, generasi ini agak degil berbanding generasi saya dulu. Jika dulu, ibubapa boleh menghukum anak-anak dengan memukul, tetapi jika generasi sekarang diajar sebegitu, confirm lari dari rumah. Zaman sekarang semuanya mudah. Telekomunikasi mudah dicapai di mana sahaja.

Teman saya tadi cuba menghukum dengan merampas handphone anaknya yang sedang mabuk bercinta. Saya katakan padanya, jika mereka tidak dapat berhubung melalui telefon, ada banyak cara lagi yang boleh mereka lakukan. Pergi sahaja cybercafe yang melambak-lambak sekarang ni, bukak facebook atau email, terus saja hantar message. Even, kalau hendak chat sambil nampak muka pun boleh menggunakan facebook, skype dan macam-macam lagi. Terdiam dia mendengar kuliah ringkas saya heheh...

"Habis akak hendak buat macam mana lagi?," soalnya. "Semalam akak sudah pukul dan rampas handphone dia, tapi macamana hasilnya?,''soal saya pula. Saya rasa, saya sudah ada jawapannya. Sudah pastilah anak gadisnya akan memberontak, berkurung seharian di dalam bilik, tanda protes dengan hukuman yang diterima.

Inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa zaman sekarang. Tidak patut menyalahkan 100% kepada anak-anak. Cuba lihat pada diri kita sendiri. Berapa banyak masa yang kita ada untuk bermesra dengan anak-anak? 8 jam berada di pejabat. Pagi sebelum mereka ke sekolah, di meja makan kita sudah membebel. Anak balik dari sekolah, kita masih lagi tersekat dalam kesesakan jalanraya. Sampai sahaja kita di rumah, terus sahaja membebel sebab lihat rumah bersepah. Lagi sekali anak dipersalahkan. Langsung tiada sapaan mesra pada anak-anak. Alasannya mudah. Ibubapa penat bekerja, cari duit untuk membesarkan mereka. Jadi peranan anak-anak WAJIB dengar cakap, ya! Jika ibu kata Hitam, maka Hitamlah jawapannya.

Pernah ke kita selidik atau kaji apa sebenarnya yang mereka mahukan? Bukan wang ringgit semata, tapi bagilah sedikit pujian, pelukan mesra agar mereka tahu bahawa mereka dihargai. Sebab itulah, anak-anak zaman sekarang cuba mencari hiburan di luar. Mula berjinak-jinak dengan boypren, kerna pada mereka, boypren lebih memahami, lebih menyayangi dan lebih mudah memberi 'pelukan mesra' berbanding ibu bapa. Kita rasa geli bila melihat couple muda ini, hakikatnya tepuk dada tanyalah selera. Cuba hitung berapa kali dalam sehari kita memeluk dan mencium anak sendiri. Bekerja siang malam untuk siapa? Bukan kah itu mereka? Untuk kebahagian mereka?Oh teremosi pula.

Percaya atau tidak, cubalah pergi ke Bukit Bintang pada hujung minggu. Pasti sakit mata melihat gelagat anak muda. Orang melayu sudah tidak nampak kemelayuannya. Yang perempuan mengenakan pakaian bagaikan hidup di zaman nomad, kurang kain, singkat bagaikan mahu tunjuk semua. Mengikut fesyen katanya. Yang bercouple pula tidak segan silu, berpeluk di khalayak ramai. Boleh saya jangka kebanyakan mereka yang duduk melepak ini masih lagi di awal-awal usia remaja dan bersekolah.

Sering saya dan suami berbicara dan mengeluh melihatkan gelagat anak muda zaman sekarang. Jelas, kami risau dengan apa yang bakal berlaku pada generasi anak kami. Sudah cukup ke bekalan Ilmu agama yang kami berikan kepadanya?Ya, kembali kepada agama, itulah jawapan akan permasalahan ini. Bekalan agama perlu kukuh, agar mereka dapat membezakan di antara baik dengan jahat, kotor dengan bersih, dosa dengan pahala, wajib dengan haram. Takutnya jika kami gagal mendidik waris dan amanah ALLAH ini. Peringatan untuk diri sendiri jua, perbaiki diri agar mampu menjadi ibu bapa berkualiti.  


Monday, May 28, 2012

Kampung ku

Assalamualaikum w.b.t

Kesempatan bercuti lama ni, saya dan suami mengambil peluang untuk berziarah ke kampung kami. Masa yang ada dibahagi rata. 2 hari di kampung saya dan 2 hari lagi di kampung suami. Melihat perubahan yang berlaku di bandar Mersing sungguh mengagumkan. Sudah banyak bangunan baru dibina. Namun, besar harapan saya agar perubahan ini tidak menjadikan tempat kelahiran saya sesibuk Bandaraya Kuala Lumpur. Oh maaf, saya bukanlah menolak pembangunan tetapi saya bimbang, ketenangan ini bakal dirampas oleh suara kesibukan. Di mana lagi saya mahu melarikan diri mencari ketenangan selepas ini?
Sekali sekala berehat di tepi pantai bandar mersing memang syok! Tidak perlu risaukan bagaimana untuk mencari tempat parking kereta, tidak perlu bersesak dalam jem untuk beriadah dengan keluarga, tidak perlu melalui jalan raya yang penuh dengan lampu isyarat. Perjalanan yang hanya memakan masa beberapa minit sangat menenangkan fikiran. Biarlah jika ada yang melabel saya sebagai "orang kampung", saya tidak ambil kisah. Jiwa saya memang cintakan kampung dan kedamaian. Di sini saya dilahirkan, dan saya harap di sini jua tempat saya akan disemadikan.
Kalau dulu, jarang melihat anak muda melepak di tepi jalan, tapi sekarang, sudah menjadi trend agaknya. Seingat saya, sewaktu zaman belajar, saya tidak berani untuk pergi merayap ke cybercafe, supermarket atau sebaliknya. Habis sahaja sesi persekolahan terus sahaja pulang ke rumah. Kalaupun ingin minum dengan rakan-rakan, pasti saya maklumkan terlebih dahulu pada mak. Tidak pernah terlintas untuk duduk melepak apatah lagi untuk ponteng sekolah.
Mmm, saya rindukan zaman itu. Pagi ke sekolah agama, petang ke sekolah menengah pula. Kenapa pada masa itu, langsung tidak pernah merasa letih. Jika hendak dibandingkan dengan sekarang. Jauh panggang dari api hehhe...masih saya ingat, di tepi sekolah agama ada sebuah rumah panjang yang menjual makanan ringan, keropok dan air. Saya gemar membeli makanan dari situ. Seronok! Banyak pilihan makanan dan minuman, yang sihat atau tidak, semua ada. Tapi kelmarin, sewaktu saya melalui kawasan itu, tiada lagi rumah panjang. Yang tinggal hanyalah kawasan rumah yang telah dirata. Bagaimana hendak saya ceritakan kisah saya pada anak-anak nanti, kalau semua telah diroboh. Bangunan sekolah juga telah banyak berubah, padang pun dinaikkan bangunan baru. Mungkin kapasiti pelajar yang semakin bertambah menyebabkan ruang tidak mencukupi.
Seawal pagi, saya dan suami keluar bersarapan di Tanjung. Kami memilih untuk minum di gerai kecil berhadapan jeti. Seronok sangat dapat merasa masakan kampung. Kalau di Kuala Lumpur sukar untuk mencari masakan yang benar-benar sedap. Bak kata abah,"orang KL, kalau masak kayu pun boleh laku, asalkan sedap," hehee. Memang benar, saya setuju dengan abah. Asalkan sedap saja, confirm orang beli, walaupun agak mahal. Itulah dia orang KayEL.
Nikmatnya pulang ke kampung halaman. Boleh menjadi terapi diri selepas penat bekerja. Di kala saya menulis, diri rasa sangat damai. Ya,damai tanpa hiruk pikuk Bandaraya yang serba moden dan cukup menyesakkan.