Friday, February 1, 2013

Sembelit dan Rahsia minyak Zaitun

Assalamualaikum w.b.t

Kebelakangan ini Iman Khalish kerap sembelit, kadang-kadang sehingga 2-3 hari. Risau dengan keadaan ini, takut-takut luka teruk sekiranya Iman struggle meneran. Pernah satu ketika, najisnya bercampur sedikit darah dan Iman seakan trauma jika hendak membuang air besar. Duduk di sudut terpencil, marah jika diganggu sebab cuba konsentrasi untuk melawan sembelit. Kesian anak umi.

Puas saya memberinya pisang, prune dan buah-buahan lain, namun masih tidak berhasil dan saya terpaksa menggunakan pump (seperti belon boleh dapat di farmasi) sebagai langkah terakhir. Saya yakin pengunaan pump ini memang memberi hasil yang segera, tetapi kesan panjang pula mungkin boleh menyebabkan otot usus Iman malas untuk bekerja sendiri. 

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui penawar yang paling berkesan untuk sembelit. Minyak Zaitun!. Ya, mungkin ramai yang ragu-ragu mengenai kesannya begitu juga saya pada awalnya. Saya harus berterima kasih kepada Kak Lang (sis in law) sebab memberi saya satu ilmu yang baru. Sewaktu pulang bercuti di kampung sempena Maulidur Rasul, Iman sekali lagi mengalami masalah sembelit. Sudah 3 hari tidak membuang air besar dan perutnya tampak sedikit keras. Lalu saya diajar untuk memberi sesudu minyak Zaitun (kebetulan baru beli untuk masak spaghetti huhu).

Keesokan harinya, Iman dapat membuang dengan mudah. Syukur! Bayangkan hasil yang keluar selepas tersimpan selama 3 hari, memang baunya satu rumah boleh hidu haha...saya mula membuat rujukan mengenai khasiat minyak Zaitun ini, wah memang selama ini saya TIDAK tahu bahawa Rasulullah sendiri pernah bersabda diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a supaya "Minumlah minyak Zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati". Di dalam riwayat lain turut menjelaskan bahawa Rasulullah juga pernah bersabda "Barangsiapa mengosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya"

Even di dalam Al-Quran ada juga menyebut mengenai keistimewaan minyak Zaitun, surah An-Nur ayat 35. Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon ZAITUN yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

Hebatnya ciptaan ALLAH, jujurnya telah 30 tahun saya hidup, tetapi saya sendiri TIDAK mengkaji mengenai keistimewaannya dan TIDAK pernah cuba untuk ambil tahu hinggalah ALLAH uji anak saya dengan kesukaran untuk membuang air besar, barulah saya nampak hikmahnya. Ya, sekarang ini setiap hari saya akan memberi Iman Khalish sesudu minyak Zaitun dan alhamdulillah setiap hari jugalah Iman akan membuang. Begitu juga saya dan suami, turut mengamalkannya. InsyALLAH selain baik sebagai pelawas, ia juga baik untuk mengurangkan kolesterol, mencantikkan  kulit (kerna mengandungi Vitamin E), kalau hendak hilangkan parut pun boleh dan ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser. InsyALLAH kita hanya berusaha, menggunakan segala hikmah dan keistimewaan yang telah diturunkan oleh pencipta. Moga ALAH bantu. . 

Ok, moga perkongsian ini boleh membantu reader-reader di luar sana. Jom kita amalkan penggunaan minyak Zaitun dalam kehidupan samada sebagai minyak masak atau minuman. Mudah untuk diperolehi walaupun harganya sedikit mahal tetapi ianya selamat digunakan berbanding produk-produk kecantikan lain yang belum tentu selamat kandungan bahan kimianya.