Friday, January 10, 2014

2 Tips KAYA Dunia Akhirat

Assalamualaikum w.b.t

Jika diperhatikan, beliau bekerja makan gaji juga seperti saya, isterinya juga begitu. Tetapi, hidup mereka cukup, malah nampak barakahnya. Rumah dan kereta yang dimiliki mereka cukup selesa, bak kata orang gaya hidup nampak sempurna tetapi sederhana. Apa agaknya rahsia mereka, lama juga difikirkan, saya rasa ini jawapannya:

 1- Beliau sangat menjaga hati ibu dan bapa. Tidak pernah melihat beliau mengasari ibubapa, malah sering mendahulukan ibubapa daripada diri & keluarga sendiri. Hati ibu dipegang ketat-ketat, hingga tidak bisa sekelumit pun ibu rasa terluka. BENAR kata ustaz, Redha ALLAH terletak pada redha ibu. Hampir setiap hari, beliau bertanyakan khabar si ibubapa, kalau tidak melalui telefon, hujung minggu tertentu pasti pulang menjenguk. Maka, jagalah hati ibu, inshaALLAH hidup pasti bahagia, pasti kaya dunia akhirat, pasti tiada kebocoran wang. Itu PASTI. Tirulah hidup seperti beliau, nescaya rezeki kita juga bertambah. 

2- Beliau menyumbang tenaga, idea dan jiwa untuk aktiviti surau. MALAH solat berjemaah sudah menjadi darah dagingnya. Uish, jauhnya beliau dari saya. Cintanya pada agama sangat ikhlas. 

SIAPA Beliau? Alhamdulillah, beliau adalah abang saya Amirul Haffiz. Itu antara rahsia hidup beliau, yang saya fikir sangat bermanfaat untuk dikongsi dan dipraktik bersama.

Pesan ustaz, kongsilah ilmu yang bermanfaat atas niat untuk menambah nilai, bukan untuk riak & takbur. InshaALLAH... Moga hidup kita lebih diberkati dan kembali kepada Pencipta dalam keadaan diredhai.

Peace