Tuesday, February 28, 2012

Kejamnya manusia

Assalamualaikum w.b.t

Saya menangis melihat gambar dan video bayi yang dibalut seperti mayat di bawah jagaan sebuah taska ini. Hati sangat sebak, apabila bayi comel yang tidak mengerti apa-apa lagi diperlakukan sebegini atas sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Apa yang boleh saya labelkan kepada mereka? Manusia atau haiwan? Haiwan pun tahu memberi kasih sayang, inikan pula manusia yang ada akal fikiran. Ya ALLAH  lindungi Iman Khalish daripada perbuatan manusia kejam yang hidup untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Di waktu saya menulis entry ini, air mata masih lagi mencurah-curah, selebat air hujan yang sedang turun. Tidakkah mereka terfikir yang anak itu adalah amanah. Ibubapa mengamanahkan pengasuh untuk menjaga anak mereka sebaik mungkin, bukan PERCUMA tapi berbayar, malahan ratusan ringgit.

Sebagai seorang ibu yang sukar mendapat anak, saya seolah tidak dapat memaafkan perlakuan mereka ini. Betapa nikmatnya menjadi seorang ibu setelah 4 tahun menunggu. Hancur luluh sekiranya melihat anak-anak kecil diperlakukan begini, dibungkus seperti mayat, diplaster mulut agar tidak menangis. Bukankah menangis dan rasa ingin dibelai itu fitrah seorang bayi?

Moga ALLAH memberi balasan setimpalnya kepada manusia yang tidak layak dilabel sebagai manusia ini....

Monday, February 27, 2012

Kahwin suka atau duka

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pengantin baru kepada rakan-rakan, sedara-mara& bekas student saya yang bakal atau telah melangsungkan perkahwinan. Sudah pastinya ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac ini, memandangkan cuti sekolah bakal bermula.

Tahun ini, genap 5 tahun usia perkahwinan kami, alhamdulillah. Perkahwinan bukan sekadar menjemput orang datang ke kenduri kita, malahan ada banyak lagi yang perlu difikirkan. Ia bukan sekadar hari untuk bakal pengantin melaram sakan, bertukar-tukar baju (seronok kan?) heheee, bergambar outdoor dan indoor. Ia adalah hari permulaan bagi si pengantin menentukan halatuju selepas ini.

Penting bagi orang perempuan memilih bakal suami yang boleh menjadi imam keluarga. Sebab mereka yang akan memimpin kita golongan yang sangat lemah ini. Kerana itulah, sewaktu hendak mula mengenali seseorang, tapislah sebaik mungkin. Bukan main tangkap muat- yang penting Ada pasangan. Yer ker? Bercinta bukan main lama lagi, tapi di mana penghujungnya? Zaman sekarang, ramai yang menjadikan couple sebagai trend. Sebenarnya, bercinta selepas kahwin lagi indah. Lepas kahwin hendak tengok wayang berdua, nak jalan berkepit, nak makan suap-suapan, nak beriba-riban smuanya takde hal, sebab kita dah jadi suami isteri yang halal. Sweetkan?

Agaknya kita terlalu obses dengan artis, hingga menjadikan mereka sebagai idola. Ada juga yang siap ambil gambar pre-wedding, bergambar bagaikan sudah bernikah. Aduh, dah hilang manisnya nanti, semua perkara sudah ditunjuk kepada bakal suami. Habis, apa saja yang tinggal?

Harap kita saling mengingati, tidak salah untuk berseronok asalkan tidak terkeluar dari batas kita sebagai Muslim. Perjalanan sebuah perkahwinan itu masih lagi panjang, untuk kita sama-sama perindahkan.

Moga ALLAH berkati saya dan suami.

Sunday, February 26, 2012

MPH full house?

Assalamualaikum w.b.t

Sepetang sabtu bersama suami dan khalish di Midvalley. Tujuan ke sana kali ini lebih fokus, iaitu kami ingin ke MPH. Akhirnya tercapai jua hasrat kami ke sana walapun sudah beberapa minggu tertangguh. Saya ingin menambah koleksi bacaan untuk personal development.

Sepertimana yang pernah saya share sebelum ini, buku tulisan Dale Carnegie "How to win friends and influence people" banyak membantu saya menghadapi pelbagai ragam manusia, merubah saya menjadi orang yang bukan sekadar tahu menerima, tetapi tahu juga memberi. Pernah rakan menegur sewaktu saya membaca buku ini, "shidah baca buku ni, sebab ada masalah dengan kawan ke?,"....Saya jawab "Masalah? Tak juga. Saya baca sebab perlukan sesuatu sebagai makanan jiwa. Kalau tak, saya Akan rasa kosong, mudah stress dan yang paling seronok, saya boleh praktiskan di tempat kerja, apabila mengajar dan di dalam rumahtangga.

Buku ini turut mengajar beberapa prinsip untuk menjadi orang yang disukai bukan dibenci. Prinsip yang memang telah diajar oleh nabi junjungan kita dan Al-Quran. ALLAH, terlalu jauh rupanya saya dari prinsip yang diberi. Saya perlu berusaha untuk berubah, agar bila saya tiada nanti, saya akan diingati bukan dibenci. Moga ALLAH membantu saya.

Kembali kepada kisah di MPH tadi..Ramai sungguh orang, memang full house. Teruja bila melihat setiap ruangan bacaan penuh. Masing-masing membawa bakul untuk mengisi buku yang hendak dibeli. Saya? Alhamdulillah dapat jua membeli sebuah buku yang berkenan di hati. Your Road Map For Success, hasil tulisan John C.Maxwell. insyAllAH, jika ada peluang, saya akan sharekan nanti....

Saya yang ingin berubah menjadi manusia luar biasa.......

Thursday, February 23, 2012

Multitask

Assalamualaikum w.b.t

Ambil sedikit masa yang ada untuk share sesuatu di dalam blog. Multitask, sambil pam susu sambil tulis blog. Tak percaya? Betul. Sebab saya guna medela freestyle double pump. Tidak perlu pegang dengan tangan, sebab ia freestyle. Memang agak mahal, tapi rasanya lagi berbaloi klau dibandingkan dengan terpaksa membeli susu formula di supermarket setiap bulan. Dengan membeli Pam ni, saya hanya perlu invest sekali sahaja. InsyALLAH boleh digunakan untuk anak berikutnya.

Freestyle pump ini membolehkan saya mengepam susu setiap kali memandu pulang dari tempat kerja. Alhamdulillah rezeki Iman Khalish untuk dapat minum susu Ibu hingga sekarang. Lucu setiap kali teringat sewaktu hendak membeli Pam ini. Sukarnya hendak beri penjelasan pada suami. Sudah pastinya orang lelaki ni, lagi murah lagi mereka suka. Parah!!! Hehe...Rm 1699, memanglah satu jumlah yang tinggi. Saya jelaskan pada suami mengapa saya tetap mahukan pam freestyle ini. Walaupun akhirnya dia setuju untuk membeli, tapi saya tahu dia masih rasa ragu-ragu hehe...

Maka, bermulalah episod mengepam sejak dalam pantang lagi. Suami menunjukkan rasa kagum melihat hasilnya. Anak pula mendapat banyak khasiat. Free antibody. Jarang mendapat sakit. Betul! Sebab sejak bayi dilahirkan hingga usia 3-4 bulan, sistem imun mereka belum dapat menghasilkan antibodi untuk pertahanan badan. Jadi mereka hanya dapat bekalan antibodi percuma dari ibu. Dalam sains, kita panggil sebagai passive immunity. Dalam erti kata yang mudah, antibodi ini diperlukan bagi melindungi tubuh badan daripada serangan penyakit. Sebagai lecturer yang mengajar subjek imun, sudah pastilah saya akan praktiskan ilmu yang ada.

Berkat nekad yang konsisten, akhirnya suami benar-benar bersetuju dengan saya. Kini, dia adalah antara orang yang banyak memberi sokongan, malah di pejabatnya, dia akan mengesyorkan kepada rakan-rakan supaya membelikan Pam ini untuk isteri mereka. Hebat bukan? Tidak salah mencuba, yang penting perlu Ada nekad untuk melakukan sesuatu.

Bagi Ibu-Ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi mereka sendiri, tidak mengapa, pasti ada alasannya. Yang penting tanamkan azam untuk menyusukan sejak bayi dalam kandungan lagi. Istilah "susu tidak cukup", "susu kurang" sebenarnya tidak boleh wujud dalam fikiran sebab susu dihasilkan berdasarkan konsep supply and demand. Setiap kali, breast dikosongkan, setiap Kali itu juga, susu Akan dihasilkan. Ianya bermula dengan mindset yang positif. Believe me! Badan yang berisi akibat mengandung Akan kembali langsing apabila menyusukan bayi kita. Pengalaman saya sendiri, berat badan sebelum mengandung 48kg, semasa mengandung 58kg, selepas bersalin dalam tempoh berpantang berat saya menjadi 44kg. Sekarang,maintain 45kg.

Saya sokong kumpulan Ibu-Ibu yang menyusukan bayi mereka!

Wednesday, February 22, 2012

Kagum...

Assalamualaikum w.b.t

Kagum dengan pasangan adik beradik ni. Kelmarin sewaktu saya dan husband sedang menjamu selera di gerai makan favourite kami, si abg (dlm lingkungan 20 tahun) hanya order 1 jenis makanan Dan 1 jenis minuman sahaja. Kuey teow goreng & air sirap. Si abg, tolong tiup2 kan mknan utk kurangkan rasa panas Dan suapkan ke mulut adik (lingkungan 9 tahun), terdengar sekali sekala adik bersorak gembira apabila menyuapkan makanan. Rupanya, apabila saya amati, adiknya bisu. Patutlah, sepanjang saya perhatikan mereka, tidak langsung saya dengar abang-adik ini berbual.

Suasana sepi seketika, si abang sedang menghabiskan sisa baki makanan adik yang tinggal. Dalam hati saya bertanya, kenyangkah dia? Abang bangun untuk mengambil tisu di atas sudut meja di hadapan kami dan dilapkan mulut adik yang sedikit comot. Ternyata dari raut wajah si abang, dia nampak keletihan. Mungkin baru pulang Dari kerja. Pakaian agak lusuh, dengan hujung kasut sedikit koyak. ALLAH....

Hati saya meruntun hiba. Saya cuba bandingkan dengan situasi lain yang pernah saya lihat. Ada sebuah keluarga yang agak mewah, tinggal di dalam sebuah bungalow, Tapi isi rumah dalamnya tidak bahagia. Adik beradik bergaduh sakan, mencemuh sesama sendiri, anak tidak hormatkan Ibu bapa. Malah untuk makan semeja mungkin jauh sekali.

Jauh saya mengelamun, sampaikan suami menegur saya. Saya kongsi rasa hati pada suami. Saya pegang kepala khalish(anak saya), saya mohon agar Khalish dibesarkan dalam keadaan bersyukur Dan jika Ada rezeki untuk Khalish mendapat adik, saya berdoa agar mereka dapat membesar dengan penuh rasa sayang, Cinta Dan tanggungjawab.

Pada saya, kemewahan semata bukan pakej untuk bina sebuah keluarga bahagia. Yang penting, hidup perlu bersyukur berlandaskan agama....

Makan malam itu saya tambah nilainya dengan turut membayar makanan adik beradik itu. Moga ALLAH sentiasa memberikan rasa ihsan dalam diri saya apabila melihat orang yang lebih susah. Semoga saya sentiasa muhasabah diri saya...