Monday, February 27, 2012

Kahwin suka atau duka

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pengantin baru kepada rakan-rakan, sedara-mara& bekas student saya yang bakal atau telah melangsungkan perkahwinan. Sudah pastinya ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac ini, memandangkan cuti sekolah bakal bermula.

Tahun ini, genap 5 tahun usia perkahwinan kami, alhamdulillah. Perkahwinan bukan sekadar menjemput orang datang ke kenduri kita, malahan ada banyak lagi yang perlu difikirkan. Ia bukan sekadar hari untuk bakal pengantin melaram sakan, bertukar-tukar baju (seronok kan?) heheee, bergambar outdoor dan indoor. Ia adalah hari permulaan bagi si pengantin menentukan halatuju selepas ini.

Penting bagi orang perempuan memilih bakal suami yang boleh menjadi imam keluarga. Sebab mereka yang akan memimpin kita golongan yang sangat lemah ini. Kerana itulah, sewaktu hendak mula mengenali seseorang, tapislah sebaik mungkin. Bukan main tangkap muat- yang penting Ada pasangan. Yer ker? Bercinta bukan main lama lagi, tapi di mana penghujungnya? Zaman sekarang, ramai yang menjadikan couple sebagai trend. Sebenarnya, bercinta selepas kahwin lagi indah. Lepas kahwin hendak tengok wayang berdua, nak jalan berkepit, nak makan suap-suapan, nak beriba-riban smuanya takde hal, sebab kita dah jadi suami isteri yang halal. Sweetkan?

Agaknya kita terlalu obses dengan artis, hingga menjadikan mereka sebagai idola. Ada juga yang siap ambil gambar pre-wedding, bergambar bagaikan sudah bernikah. Aduh, dah hilang manisnya nanti, semua perkara sudah ditunjuk kepada bakal suami. Habis, apa saja yang tinggal?

Harap kita saling mengingati, tidak salah untuk berseronok asalkan tidak terkeluar dari batas kita sebagai Muslim. Perjalanan sebuah perkahwinan itu masih lagi panjang, untuk kita sama-sama perindahkan.

Moga ALLAH berkati saya dan suami.