Wednesday, February 22, 2012

Kagum...

Assalamualaikum w.b.t

Kagum dengan pasangan adik beradik ni. Kelmarin sewaktu saya dan husband sedang menjamu selera di gerai makan favourite kami, si abg (dlm lingkungan 20 tahun) hanya order 1 jenis makanan Dan 1 jenis minuman sahaja. Kuey teow goreng & air sirap. Si abg, tolong tiup2 kan mknan utk kurangkan rasa panas Dan suapkan ke mulut adik (lingkungan 9 tahun), terdengar sekali sekala adik bersorak gembira apabila menyuapkan makanan. Rupanya, apabila saya amati, adiknya bisu. Patutlah, sepanjang saya perhatikan mereka, tidak langsung saya dengar abang-adik ini berbual.

Suasana sepi seketika, si abang sedang menghabiskan sisa baki makanan adik yang tinggal. Dalam hati saya bertanya, kenyangkah dia? Abang bangun untuk mengambil tisu di atas sudut meja di hadapan kami dan dilapkan mulut adik yang sedikit comot. Ternyata dari raut wajah si abang, dia nampak keletihan. Mungkin baru pulang Dari kerja. Pakaian agak lusuh, dengan hujung kasut sedikit koyak. ALLAH....

Hati saya meruntun hiba. Saya cuba bandingkan dengan situasi lain yang pernah saya lihat. Ada sebuah keluarga yang agak mewah, tinggal di dalam sebuah bungalow, Tapi isi rumah dalamnya tidak bahagia. Adik beradik bergaduh sakan, mencemuh sesama sendiri, anak tidak hormatkan Ibu bapa. Malah untuk makan semeja mungkin jauh sekali.

Jauh saya mengelamun, sampaikan suami menegur saya. Saya kongsi rasa hati pada suami. Saya pegang kepala khalish(anak saya), saya mohon agar Khalish dibesarkan dalam keadaan bersyukur Dan jika Ada rezeki untuk Khalish mendapat adik, saya berdoa agar mereka dapat membesar dengan penuh rasa sayang, Cinta Dan tanggungjawab.

Pada saya, kemewahan semata bukan pakej untuk bina sebuah keluarga bahagia. Yang penting, hidup perlu bersyukur berlandaskan agama....

Makan malam itu saya tambah nilainya dengan turut membayar makanan adik beradik itu. Moga ALLAH sentiasa memberikan rasa ihsan dalam diri saya apabila melihat orang yang lebih susah. Semoga saya sentiasa muhasabah diri saya...

5 comments:

Umar said...

Nice story! Tersentuh jap. Thanks for sharing

livedotlife said...

Umar, moga kita jadi orang yang bersyukur

Umar said...

InsyaAllah :D

Pena Kayu said...

kiter hanya tahu bersyukur jika kiter mahu melihat... dan mendengar... bukan memekak kan telinga dan membutakan mata... moga hati2kiter semua terus dipelihara oleh Allah... supaya ianya lembut dan mudah menerima nur dan hidayah-Nya...

livedotlife said...

Pena kayu: Yer, betul tu