Stress dan saya tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata orang "macam irama dan lagu". Pantang silap sikit, pasti mudah terusik. Serius, mereka yang tidak pernah mengalami situasi seperti ini pasti menganggap saya terlalu sensitif. Bak kata penulis Dale Carnegie "walaupun kita cuba memakai kasut orang lain, tapi kita tidak akan dapat merasai bagaimana selesa ataupun tidak memakainya sepertimana yang dirasai oleh tuannya sendiri." Suami dan saya bersepakat untuk pindah ke Desa Petaling bagi mengurangkan sedikit tekanan yang saya alami. Tekanan untuk mendapatkan anak, tekanan menghadapi jalanraya yang sesak setiap kali pergi dan balik dari tempat kerja dan pelbagai lagi apabila disatukan pasti menjadi satu tekanan yang besar untuk saya.
Saya mula mencari tempat untuk berkongsi masalah. Berkongsi rasa dengan rakan yang mengalami masalah yang sama menjadikan saya lebih tenang. Ya ini antara terapi diri yang saya lakukan, setiap hari saya akan melayari sebuah forum di internet. Ia seperti satu kumpulan sokongan untuk memberi semangat kepada mereka yang sukar hamil, bertukar pendapat dan saling memahami antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ia dapat meringankan beban yang saya hadapi. Rupanya, bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah ini.
Saya disarankan oleh teman untuk mencuba satu produk kesuburan iaitu Biodex. Beliau sudah berkahwin hampir 7 tahun dan alhamdulillah, apabila menggunakan produk ini beliau telah disahkan hamil. Sangat teruja mendengar kisahnya, saya dan suami nekad untuk mencuba. Kami mengamalkan set lengkap Biodex untuk suami isteri. Rasa syukur sebab suami tidak pernah mengeluh, apatah lagi untuk menyalahkan satu sama lain, tidak sama sekali. Suami sentiasa bersama. Tidak membiarkan saya keseorangan untuk berusaha. Dialah teman rapat tempat saya berkongsi rasa, dia jugalah suami yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih Ya ALLAH kerna mengurniakan suami yang hebat sepertinya.
Hampir terlupa, dalam masa yang sama, saya juga turut melakukan rawatan secara tradisional iaitu berurut. Tapi sebelum berurut, pastikan tukang urut memang benar-benar arif, sebab zaman sekarang ini ramai sangat yang 'palsu', berlakon menjadi tukang urut hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Saya berurut dengan seorang bekas jururawat (bidan) yang saya panggil Mak Long di Shah Alam. Rakan yang mengesyorkannya.
November 2009
Satu set biodex telah kami amalkan , namun masih tiada tanda-tanda. Tapi terus berusaha dan percaya pasti ada rezeki untuk kami. Set biodex sudah masuk yang kedua. Dalam masa yang sama, tidak henti-henti bersolat hajat, berdoa moga ALLAH beri saya peluang untuk merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak dari benih kami sendiri. Untuk mengambil anak angkat belum masanya lagi, selagi masih ada kudrat, selagi itu saya akan berusaha. Saya juga belajar satu perkara baru mengenai jadual ovulasi. Kebetulan saya ditugaskan ke Sarawak pada bulan lepas, rakan di sana yang mengajarnya. Pengiraan tempoh ovulasi ini tidak sama seperti yang kita belajar dalam subjek sains dahulu. It's totally different. Agak panjang untuk saya terangkan di sini bagaimana pengiraannya. Kalau ada yang ingin belajar, bolehlah tanya pada saya. InsyALLAH, saya memang sangat suka berkongsi. Chewah, macam pakar kesuburanlah pulak hehehe...
Disember 2009
Kehidupan diteruskan seperti biasa. Cuma agak tenang sedikit sebab perjalanan ke tempat kerja lebih mudah dan jaraknya yang lebih dekat berbanding sewaktu tinggal di Puncak Jalil. Pukul 7.20 pagi bertolak ke tempat kerja dan sampai 7.45 pagi, tidak perlu tergesa-gesa seperti dulu. Pada ketika ini, saya mulai rasa perubahan pada diri. Kerap rasa pedih perut dan suka tidur lepas balik dari kerja. Aduh, teruk betul heheh...Yang pastinya, saya sudah lewat 2 minggu datang 'bulan'. Dalam hati berdoa, moga-moga kali ini ada rezeki untuk kami bergelar "umi" & "abi". Buat ujian UPT (pregnancy test)? oh, tunggu dulu. Saya tidak mahu kecewa lagi sekiranya mendapat keputusan sebaliknya.
Januari 2010
Masih saya ingat tarikh ini 1 Januari 2010 (cuti umum), sebelum solat asar, saya sembunyi-sembunyi membuat ujian UPT di rumah. 1 minit menunggu dalam debaran. Allahuakbar! ada doubleline yang muncul pada strip UPT. Selama 3 tahun, saya tidak pernah mendapat keputusan double line. Saya POSITIF hamil! Syukur Ya ALLAH. Saya tunjuk pada suami, kami menangis, tanda syukur pada kekuasaannya. Solat Asar pada petang itu, amat indah. Terasa damainya. Terima Kasih Ya ALLAH!
Saya khabarkan berita kehamilan ini pada keluarga dan rakan. Semua gembira, rezeki tahun baru kata mereka. 15 Januari 2010, saya mengalami sedikit bleeding. Doktor scan, saya nampak baby saya sangat kecil seperti guli. Doktor nasihat agar saya tidak membuat kerja-kerja berat.
Februari 2010
Saya tidak mengalami alahan yang teruk, muntah pun tidak. Dalam hati bersyukur sebab dipermudahkan. 20 Januari, saya ambil cuti untuk buka rekod mengandung dan membuat rutin check up . Seronoknya! Doktor membuat scan. Tetapi, agak lama kali ini., sehinggakan saya discan oleh 2 orang doktor. Dari raut wajah mereka, seolah ada sesuatu kebimbangan. "Puan, saya minta maaf, saya tidak nampak denyutan jantung anak puan,"kata doktor. "Sepatutnya, puan sudah 11 minggu hamil dan denyutan jantung boleh dilihat. Dari apa yang kami lihat, bayi puan sudah berhenti berkembang sejak usia 7 minggu lagi,"sambung doktor yang lagi satu. ALLAH, saya sebak. Air mata mula mengalir tidak henti-henti. Apalagi dugaan yang perlu saya hadapi kali ini. Diberikan saya merasai saat-saat gembira, kemudian diambilnya kembali. Baby saya sudah tiada nyawa. Patutlah saya tidak pernah rasa loya atau muntah sepanjang kehamilan seperti orang lain. Rupanya, ia adalah tanda yang anak saya telah tiada. Saya meraung, menangis, menyesali dengan apa yang berlaku. 25 Februari, akhirnya bayi saya keluar dengan sendirinya, saya nekad tidak mahu menjalani D&C (cuci rahim), biar saya merasai sendiri kesakitan itu. Walaupun, sudah tidak bernyawa, saya tidak mahu baby ini turut merasai kesakitan sekiranya saya melakukan D&C. Ya, memang sakit. 8 jam saya bertarung kesakitan, seolah rasa sakit bersalin. Moga ALLAH ampunkan saya, sepertimana ALLAH ampunkan dosa ibu yang melahirkan. Saya redha.
Mac-April-Mei-Jun 2010
Julai 2010
Set biodex saya amalkan kembali. Ikutkan rasa hati, sudah tidak larat untuk saya menelan bancuhan produk biodex ini setiap hari, namun saya masih meletakkan keyakinan yang satu hari nanti ALLAH pasti memberi saya peluang lagi. Tidak lupa juga, kami turut mengamalkan ayat 38, surah Ali-Imran "Wahai Tuhanku kurniakan kepadaku zuriat keturunan yang baik-baik, sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa". Juga surah Al-Anbiya ayat 89, "Wahai Tuhanku, jangan lah Engkau biarkan daku sendirian lagi tanpa zuriat, dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi".
Ogos 2010
Memang hobi kami berdua makan angin. Pantang hari minggu, pasti ada sahaja rancangan kami. Projek kali ini pergi melancong ke Jakarta dan Bandung-family trip. Sangat seronok sebab pergi satu keluarga, ala-ala rombongan Cik Kiah gitu hehe...ramai sungguh orang pada masa ini, mungkin sebab mengambil peluang bercuti sebelum bulan Ramadhan agaknya. Bercuti juga menjadi antara terapi diri bagi menghilangkan stress. Tak percaya? Cubalah :)
Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, peluang untuk mencari keberkatan, membersihkan jiwa yang kotor dan memohon agar segala doa dimakbulkan. Hari demi hari, Ramadhan sudah hampir ke penghujung. Alhamdulillah saya berjaya berpuasa penuh bulan itu. Jeng..jeng..jeng, saya masih belum datang "bulan" lagi! Adakah???Allah, kami serahkan segalanya kepada-Mu. Moga engkau makbulkan permintaan kami suami isteri. Ameen...
ALLAH Maha Besar, sekali lagi diberikan saya peluang untuk merasai nikmat itu. Ya, nikmat untuk bergelar seorang umi. Ramadhan yang cukup bermakna buat kami. Syukur Ya ALLAH, saya disahkan hamil lagi sekali!!!kami menangis, tangisan yang penuh pengharapan. Moga bayi ini membesar dengan rahmat, sihat dan sempurna hingga saya dapat melahirkannya pada 9 bulan yang akan datang.
Saya ringkaskan antara amalan-amalan yang saya amalkan sebelum disahkan hamil selain bersolat hajat:
1- amalkan doa dari surah yang saya berikan tadi setiap hari
2- pengambilan set biodex (suami-isteri)yang konsisten serta disiplin
3- penjagaan pemakanan iaitu saya tidak mengambil langsung minuman yang berkafein seperti kopi, nescaya dan teh
4- saya beri suami makan 2 biji half boil egg setiap pagi (sekarang suami sudah tidak lalu untuk makan) hehe
5- berurut dengan tukang urut yang sepatutnya
6- pengambilan asid folik setiap hari
7- bergi melancong atau lakukan aktiviti luar untuk kurangkan tekanan
Bagi readers yang sedang berusaha tetapi masih lagi tidak menunjukkan hasil, jangan bersedih dan berputus asa, sentiasa bersangka baik dengan pencipta, kerna setiap sesuatu yang diaturkan pasti ada hikmahnya. Percayalah, kepayahan yang diaturkan ini menjadikan saya seorang ibu yang lebih menghargai dan bersyukur dengan pemberianNYA...
