Assalamualaikum w.b.t
Saya menangis melihat gambar dan video bayi yang dibalut seperti mayat di bawah jagaan sebuah taska ini. Hati sangat sebak, apabila bayi comel yang tidak mengerti apa-apa lagi diperlakukan sebegini atas sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Apa yang boleh saya labelkan kepada mereka? Manusia atau haiwan? Haiwan pun tahu memberi kasih sayang, inikan pula manusia yang ada akal fikiran. Ya ALLAH lindungi Iman Khalish daripada perbuatan manusia kejam yang hidup untuk kepentingan diri mereka sahaja.
Di waktu saya menulis entry ini, air mata masih lagi mencurah-curah, selebat air hujan yang sedang turun. Tidakkah mereka terfikir yang anak itu adalah amanah. Ibubapa mengamanahkan pengasuh untuk menjaga anak mereka sebaik mungkin, bukan PERCUMA tapi berbayar, malahan ratusan ringgit.
Sebagai seorang ibu yang sukar mendapat anak, saya seolah tidak dapat memaafkan perlakuan mereka ini. Betapa nikmatnya menjadi seorang ibu setelah 4 tahun menunggu. Hancur luluh sekiranya melihat anak-anak kecil diperlakukan begini, dibungkus seperti mayat, diplaster mulut agar tidak menangis. Bukankah menangis dan rasa ingin dibelai itu fitrah seorang bayi?
Moga ALLAH memberi balasan setimpalnya kepada manusia yang tidak layak dilabel sebagai manusia ini....
0 comments:
Post a Comment