Assalamualaikum w.b.t
Klau ditanyakan pada semua golongan wanita tentang kecantikan pasti majoriti mengatakan mereka suka nampak cantik, mungkin Ada juga kelompok minoriti yang biasa-biasa saja pendapatnya tentang kecantikan. Saya? Sudah tentulah saya sangat mencintai kecantikan. Cantik maknanya memang sangat subjektif, terpulang pada definisi masing-masing.
Bagi saya yang telah bersuami, sudah tentulah saya amat-amat mementingkan ketrampilan diri. Bukan untuk oranglain, tetapi untuk suami Dan kepuasan diri. Bayangkan, setahun Ada 365 hari, takkanlah penampilan kita hari-hari sama sahaja. Misalnya, kita boleh mengubah stail potongan rambut, supaya nampak berbeza. Nah, mudahkan? Janganlah terlampau statik dengan penampilan diri.
Ambillah juga sedikit masa untuk pergi ke spa atau mengurut. Ini antara aktiviti yang sangat saya suka heheh. Suami,garu kepalalah sebab kena keluarkan duit. Percayalah, jika badan kita sentiasa dimanjakan, insyALLAH kita jarang mendapat tekanan atau stress. Maka, kuranglah sikit rasa hendak "naik hangin" dek akibat letih dengan urusan kerja+rumahtangga. Hati pun rasa gembira. Kan?
Jangan asyik memakai kain batik Dan t-shirt lusuh apabila berada di rumah. Sekali sekala ubahlah cara berpakaian. Oles sedikit lipstick Dan blusher biar nampak segar, hanya ambil beberapa saat sahaja untuk bersiap. Tak perlulah memakai bulu mata palsu, kang suami kata buang tabiat pulak hehe. Pakailah skirt, seluar atau apa sahaja, asalkan bukan kain batik ye. Pakai baju sedikit "seksi" pun tidak mengapa asalkan tidak keterlaluan sehingga anak anda pun rasa pelik.
Boleh juga pakai aksesori seperti subang telinga untuk nampak lain. Sekarang ni, banyak subang telinga yang dijual murah. Jadi bolehlah beli borong dan hari-hari boleh tukar. Bagi yang mempunyai anak kecil, janganlah pakai subang telinga yang berjurai bagai, takut-takut kena rentap, lainlah pulak ceritanya. Saya suka yang simple asalkan nampak cute bila dipakai.
Tips yang saya tulis ini memang saya amalkan dan setakat ini suami amat menyokong dengan apa yang saya lakukan asalkan tidak keterlaluan sekiranya berada di hadapan "public". Oh ya, saya juga takkan lupakan impian untuk membuka saloon khas untuk muslimah. InsyALLAh kami sedang usahakan. Ameen...
Wanita di luar sana, tidak salah untuk nampak cantik, sebab kecantikan akan menjadikan kita lebih bersemangat dan mensyukuri akan nikmat yang ALLAH kurniakan
0 comments:
Post a Comment