Saturday, January 14, 2012

G.O.A.L & manusia biasa

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak update blog. Rasanya tempoh hibernasi perlu disingkatkan supaya saya tidak berada dalam zon selesa lagi. Saya tidak mahu sekadar menjadi manusia biasa , tetapi saya mahu mejadi manusia yang luar biasa, kerana ALlAH telah mengurniakan saya pelbagai nikmat supaya dapat digunakan seoptimum mungkin. Oh, serius, semenjak memegang title sorang Umi saya amat jarang melakukan sesi muhasabah diri. Mungkin akibat sangat teruja mengulit amanah yang paling berharga dalam hidup. Tapi semua itu bukan alasan bagi saya untuk menjadi manusia yang leka. Saya teruskan juga matlamat saya untuk menjadi manusia luar biasa dengan mengaplikasikan dalam tugas sebagai seorang Ibu dan kerjaya.

Saya harus bersemangat, tidak boleh menjadi seorang Ibu yang cepat letih, tidak bertenaga, mudah putus semangat, sebab saya mahu mendidik iman khalish untuk menjadi khalifah ALLAH. Itulah juga G.O.A.L saya Dan suami. Saya nekad untuk beri hanya yang terbaik untuk anak saya. Kerana itu lah saya amat protective. Saya mahu anak saya dapat rasakan sepenuh kasih sayang daripada saya dan suami. Saya yakin kunci sebuah kejayaan untuk membentuk seorang khalifah adalah bermula Dari rumah yang penuh nilai sayang serta didikan agama.

Rasa syukur saya makin menebal kerana ALLAH menyukarkan saya pada mulanya untuk mendapat zuriat. Ya, hikmah itu mula saya nampak setelah apa yang saya harapkan telah diperolehi. Jika tidak, mungkin saya sentiasa bersangka buruk dengan pencipta, sedangkan telah diaturkan sesuatu yang lebih baik untuk saya. Benar, jika urusan saya selama ini dimudahkan maka saya akan menjadi manusia biasa yang tidak menghargai.

Alhamdulillah, iman khalish dapat merasai susu badan saya sendiri. Itu antara G.O.A.L yang telah saya tanamkan semenjak saya mengandung. Anak saya tidak akan minum atau makan selain daripada susu Ibu sehingga berusia 6 bulan. Sekarang iman sudah 8 bulan dan masih minum susu Ibu walaupun telah diperkenalkan dengan bubur nasi. Saya akan terus menyusukan iman sehingga dia berusia 2 tahun. Saya bersyukur kerana dikelilingi dengan sahabat yang turut menyusukan. Jika tidak, saya tentu akan sedikit goyah dengan keupayaan saya sendiri. Oh ya, iman juga ada Ibu Susuan. Saya akan ceritakan mengenai Ibu Susuan pada entry Akan datang.

Pagi tadi saya bersarapan dengan suami, ala-ala dating di tasik titiwangsa hehehe. Iman saya tinggalkan sebentar dengan mak di rumah kakak. Saya Dan suami mengambil masa yang Ada untuk menghabiskan goal setting kami bagi tahun 2012. Sepatutnya G.O.A.L setting ini telah disiapkan sebelum awal tahun bermula. Memang menjadi kelaziman bagi kami untuk duduk bersama bagi update goal masing-masing setiap hujung tahun.

Itu lah yang saya pelajari daripada suami saya "hidup mesti ada matlamat supaya kita ada hala tuju Dan tidak menjadi manusia biasa"...G.O.A.L kami? InsyAllah nnti Akan saya sharekan di sini

1 comments:

livedotlife said...

Alhamdulillah syukur. Moga terus ko sister dalam melakukan perubahan.