Seronok bila dapat berkongsi-kongsi cerita dengan rakan dan mengupdate menu yang hendak dimasak sewaktu berbuka nanti. Badan yang letih boleh menjadi bersemangat bila ada teman seperjuangan yang turut sama sibuk memikirkan menu yang hendak dimasak untuk keluarga. Tiada istilah ingin menunjuk-nunjuk siapa yang lebih hebat, kerana semua ibu di luar sana adalah HEBAT! Sekurang-kurangnya saya tidak sendirian untuk ke chow kit membeli barangan keperluan nanti heheh...(two thumbs up for mama Asmah Yunos hihi).
Satu kepuasan pabila dapat menyediakan masakan dengan air tangan sendiri. En. suami tidak pernah memaksa mahupun mengeluh jika saya tidak berupaya untuk memasak, tapi hati ini sangat berkobar-kobar untuk menjadikan bulan Ramadhan ini lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya. Sedap tidak sedap, belakang cerita, yang pasti hidup perlu ada peningkatan dalam diri, lama-kelamaan tangan yang kekok pun mampu ditegakkan dek kerna berlatih setiap hari. Betul tak?
So menu ringkas untuk saya share pada entry kali ini adalah sup ikan merah. Sangat cepat dan mudah sebab hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Oh, maaf, jangan marah ye jika sejak kebelakangan ini saya asyik berbicara mengenai menu masakan. Bukannya apa, saya gemar berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana, terutamanya ibu bekerjaya yang masih menyusukan anak, at least kita jadi lebih bersemangat untuk memasak walaupun tersangatlah penat. Chaiyok!
Bahan-bahan:
1. Ikan merah / ikan tenggiri/ ikan jenahak
2. Bawang besar dipotong kasar
3. Bawang putih dihiris halus
4. Halia (ukuran 1/3 jari kelingking)
5. Lada hitam (3-5 biji)
6. Daun sup
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis lada hitam.
2. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan air, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan merah
4. Masukkan halia yang telah diketuk sedikit (bukan ditumbuk lumat)
5. Tambah garam secukup rasa dan daun sup sebagai hiasan dan penambah rasa.
Sedia untuk dihidangkan semasa berbuka puasa! Mudah & cepat bukan? Sesuai juga dimasak semasa bersahur.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment