Khas buat anak didik dan sahabat saya. Kuatkan semangat kamu semua. Jika kamu rasa kosong (Najwa Latif gitu) cuba muhasabah diri. Lihat di mana kelemahan, cuba perbaiki. Jadikan hari pertama ini sebagai hari permulaan untuk kamu menjadi manusia yang SUCCESS. Kerna hari ini adalah penentu kejayaan untuk hari esok. Biarlah kisah semalam hanya menjadi sejarah. Setiap manusia melakukan kesalahan, bohonglah jika kita tidak pernah membuat kesilapan. Tapi kekuatan untuk berubah itulah yang membezakan di antara kita dengan manusia yang GAGAL.
Mahukah kita dilabel menjadi manusia yang G.A.G.A.L? ataupun hanya menjadi manusia biasa-biasa sahaja? Tiada peningkatan atau perubahan yang dilakukan. Jika dulu tempat kita di belakang, jadi hari ini tempat kita sepatutnya di hadapan. Jika dulu kita berkira-kira untuk membantu, jadi hari ini masa untuk kita memberi pula. Tidak mustahil untuk berubah, asalkan kita bersedia untuk bertatih hingga mampu berlari laju kerna kuasa MAHU itu adalah pemangkin setiap perubahan.
Tapi ingat, kita sentiasa mengharapkan orang lain melakukan sepertimana yang kita inginkan. Tapi adakah kita sendiri bersedia untuk berubah? Berserahlah pada yang Maha Kuasa kerna DIA Maha Mendengar, lagi Maha memakbulkan segala permintaan. Jangan berharap pada manusia semata, kerna kita sedia maklum manusia itu adalah makhluk yang kejam, termasuk diri kita sendiri....
0 comments:
Post a Comment