Misi untuk membawa Iman Khalish ke KL Bird Park ahkirnya berjaya. Rupanya ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh family di Kuala Lumpur instead of shopping mall. Saya percaya tempat-tempat sebegini sangat sesuai untuk proses tumbesaran anak kecil. Apa tidaknya, perkataan 'bird' disebut berulang kali oleh kami hinggakan Iman Khalish mampu menyebutnya walaupun tidak jelas, it's ok, yang penting matlamat kami untuk memperkenalkan spesies yang dinamakan burung ini kepada Iman tercapai.
Alhamdulillah Iman Khalish mampu membezakan di antara burung dengan ayam. Kebetulan pengasuh Iman ada membela ayam, jadi jika ditanya mana chicken? Terus jari halus itu menunjuk ke arah reban ayam. Tidak semestinya mereka perlu dihantar ke sekolah seawal usia kecil untuk belajar, hakikatnya pembelajaran boleh dilakukan secara tidak formal. Menggunakan alat bantuan mengajar yang memang telah ada di luar atau di dalam rumah. Contohnya, sewaktu turun tangga, biasakan mengajar anak mengira 1, 2, 3...., berdasarkan jumlah anak tangga.
Kerap ulangi perbuatan yang sama, hinggakan one day anak kita boleh menyebutnya sendiri walaupun tidak jelas. Jika menaiki kereta, apabila berhenti di lampu isyarat, tunjukkan warna merah, hijau dan kuning. Untuk permulaan hanya perkenalkan beberapa warna sahaja agar mudah untuk mereka membezakannya. Pembelajaran yang MUDAH dan percuma bukan!
Itu pendapat kami, mungkin pendapat ibu bapa lain berbeza-beza. Terpulang pada cara olahan masing-masing. Kami yakin anak kecil ini ada keistimewaan masing-masing. Tidak perlu paksaan untuk belajar sebab mereka mempunyai berbillion sel otak yang masih lagi baru untuk menyerap ilmu dengan mudah. Benar, jika setiap hari anak melihat ibu bapa menunaikan solat, secara tidak langsung mereka akan meniru perbuatan yang sama walaupun masih berumur setahun.
Pabila melihat masjid, terus sahaja tangan kecil itu diletakkan ke telinga dan cuba melaungkan azan. Irama sudah ada cuma bunyinya tidak fasih. Okylah tu, what do we expect pada anak berusia setahun? Sedangkan budak sekolah rendah masih terangkak-rangkak, inikan pula anak kecil. Jadi peranan ibu bapa, tunjukkan sokongan. Sentiasa memberi pujian yang positif.
Pengalaman yang sama saya lihat sewaktu menonton persembahan di KL Bird Park. Bayangkan, binatang mampu mendengar arahan, mengira dengan betul, membezakan warna dan bercakap apabila disuruh. Kali pertama saya melihatnya secara dekat. Kagum!
Tapi apa yang diamalkan oleh trainer tersebut? Ya, setiap kali burung itu melakukan perbuatan sepertimana yang diarahkan, trainer akan memberi upah (makanan) sambil memegang kepala burung sebagai tanda pujian. Fuh, binatang yang tiada akal pun boleh melakukannya inikan pula manusia. Saya yakin, setiap hari burung-burung ini dilatih dan diajar dengan sabar. Walaupun sukar, tapi hasilnya? Semua penonton rasa kagum.
Burung itu tidak genius, tetapi cara bagaimana trainer mengajarnya perlu diambil pengajaran dan ditiru untuk diimplement dalam mendidik anak (bagi ibubapa) dan pelajar (bagi pendidik). Perlu lakukan perubahan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik? Pernah dengar kisah Si Burung Helang yang melakukan evolusi untuk teruskan hayatnya? Nanti saya sharekan dalam edisi bumper akan datang hehehe...Poyo gitu.
Kisah ini sekadar peringatan untuk diri sendiri dan moga memberi manfaat pada orang lain, sebab a success people always sowing seed to benefit others. Saya tiada wang untuk memberi, tetapi ada sedikit pengalaman dan passion yang boleh dikongsi.
Peace!
0 comments:
Post a Comment