Sepanjang minggu lepas saya sibuk berulang alik ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melawat kakak yang telah selamat melahirkan baby gurl. Baby kakak terpaksa ditahan di hospital selepas bersalin akibat mengalami masalah kesukaran bernafas dan jaundis.
Berada di wad pediatrik menjadikan saya lebih ihsan pada anak kecil. Memang saya suka pada kanak-kanak. Bak kata abah, saya adalah Pengerusi Kanan-Kanak Jalan Mawar (kampung saya). Dulu, setiap petang ada sahaja aktiviti yang saya rangka untuk mereka. Even, saya yang menangis jika anak jiran sebelah rumah dipukul. Hehe....
Macam-macam ragam kanak-kanak di PPUM yang saya jumpa. Ada yang satu badan penuh dengan tiub, ada yang masih kecil dan ditempatkan di dalam incubator. Yang menangis tak henti-henti, kesakitan. Entah apa agaknya penyakit yang mereka hadapi. Moga ALLAH sembuhkan mereka dan saya panjatkan rasa syukur kerna Iman Khalish dapat membesar dengan sihat.
Pabila kita bernafas dengan mudah, ada yang sedang sengsara, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup. Pabila kita sedang menikmati makanan, ada yang terpaksa menggunakan tiub untuk mengisi perut yang lapar. Pabila kita sedang bersuka-ria, ada yang sedang bertarung nyawa. Pabila kita sedang gembira bermain dengan anak, ada yang sedang menjadi penghuni tetap hospital. Hakikatnya ALLAH mahu menjadikan kita manusia yang tahu bersyukur. Tapi adakah kita bersyukur? Ya, saya sendiri kadang-kadang terasa kufur nikmat. Hendak membaca Al-Quran setiap hari satu muka surat pun payah. Apatah lagi untuk melakukan ibadah sunat. Bergosip sudah menjadi perkara biasa.
ALLAH, moga kehadiran bulan istimewa ini Syaaban dan Ramadhan menjadikan titik permulaan untuk saya berubah. Perubahan sedikit demi sedikit, insyALLAH boleh menjadi 'bukit perubahan'. Mohon agar suami dan sahabat membantu saya.
Salam Syaaban dan Ramadhan!
ALLAH, moga kehadiran bulan istimewa ini Syaaban dan Ramadhan menjadikan titik permulaan untuk saya berubah. Perubahan sedikit demi sedikit, insyALLAH boleh menjadi 'bukit perubahan'. Mohon agar suami dan sahabat membantu saya.
Salam Syaaban dan Ramadhan!
0 comments:
Post a Comment