Friday, April 1, 2011

Tahukah anda


Kesan Kolustrum susu lembu terhadap  pesakit diabetes : Mengurangkan gula dalam darah, dan kolestrol 
Kim J.H et.al 2008. Journal of Nutrional Biochemistry 20 (2009): 298-303.

Artikel ini diambil dari journal of Nutrional Biochemistry 2009, penyelidikan dari Korea Universiti mengenai kesan kolustrum susu lembu terhadap pesakit diabetes. Semoga dengan artikel saintifik seperti ini dapat menambahkan ilmu kita mengenai penyakit kencing manis yang semakin bertambah di negara ini.

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang dicirikan dengan peningkatan gula dalam darah disebabkan masalah kerosakan kelenjar insulin, dan juga kerosakan pada insulin itu sendiri. Penyakit Diabetes  jenis II merupakan penyakit diabetes yang sangat rumit yang  disebabkan oleh banyak faktor seperti genetik, persekitaran, cara hidup, keabnormalan pada insulin, peningkatan penghasilan glukos dalam hati, peningkatan proses pemecahan lemak dan kemungkinan lain adalah masalah perembesan hormon dari usus. Terlalu saintifik pula untuk dikongsi. Tapi paling utama adalah cara hidup kita iaitu samada kita ini mengamalkan cara hidup yang malas (tanpa senaman dan pergerakan) atau mengalami obesiti. Banyak kajian sebelum ini menunjukkan bahawa amalan diet yang sihat  dan senaman dapat mengurangkan pesakit diabetes. Paling menakutkan apabila pesakit diabetes berkemungkinan  cenderung mengalami penyakit kardiovaskular  2 sehingga 3 kali ganda dari mereka yang sihat. 

Kolustrum susu lembu atau (Bovine colustrum) merupakan susu awal lembu yang dikeluarkan beberapa hari selepas lembu melahirkan anak seperti susu awal ibu. Tetapi sudah pastilah jika dibandingkan dengan susu ibu sangat jauh perbezaannya. Susu awal lembu seperti susu awal ibu mengandungi banyak antibodi, hormon pertumbuhan serta memberi keimunan terhadap tubuh badan.

Kajian terkini mengenai kolustrum susu lembu adalah ia dapat membantu mengurangkan glukos dalam darah dan meningkatkan kesensitifan insulin untuk berfungsi seperti normal. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kolestrol dalam darah seterusnya mengurangkan penyakit kardiovaskular.

 
Komposisi nutrient dalam susu awal lembu
Jenis Nutrien
Peratus Komposisi
Protein
56.60
Lemak
19.50
Laktose 12.00
12.00
IgG 26.00
45.90 daripada protein
Jumlah  immunoglobulin 31.20 (55.10% of protein)

31.20 daripada protein

Kajian menunjukkan bahawa pesakit diabetes yang diberikan susu awal lembu dapat mengurangkan glukos, kolestrol dan lemak dalam darah secara signifikan dalam masa tidak sampai sehari selama 4 minggu. Ini menunjukkan keberkesanan susu awal ibu dalam mengawal kuantiti glukos dalam darah. Pesakit diabetes juga disarankan mengambil susu tanpa lemak atau susu rendah laktos tanpa lemak.

Pesakit diabetes yang tidak mengawal pengambilan gula, berkemungkinan mengalami komplikasi lain seperti penyakit jantung, maslah penglihatan dan kerosakan buah pinggang. Pandangan  kami ialah cuba kawal kandungan gula dalam makanan dan cuba amalkan susu awal lembu untuk menurunkan gula dan kolestrol dalam darah. Di pasaran terdapat banyak susu awal lembu yang dijual. Selamat mencuba.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami artikel ini, sila rujuk ‘Health-promoting effects of bovine colostrum in Type 2 diabetic patients can reduce blood glucose, cholesterol, triglyceride and ketones’ dari Kim et.al. 

“Love Your Life” 

With Love,
Puan Roshidah Alwi
B.BiomedicalSc (Hons) , UKM
Hotline: +6 016 908 3017

Puan Fida Ahmad
B.BiomedicalSc (Hons), UKM
Hotline: +6 013 738 7508

1 comments:

livedotlife said...

Two thumbs up untuk Pn.Fida kerana sudi share journal ni