[Ziarah Amal di Kemboja-part 1]
Assalamualaikum wbt
Perjalanan
destinasi musafir kali ini agak asing bagi saya. Biarpun ianya telah dirancang
awal, entah mengapa semakin menghampiri tarikh berlepas, terasa sedikit
perasaan tidak keruan. Pertamanya mungkin kerana suami dan anak tidak turut serta.
Keduanya, rasa agak gementar kerana saya bakal menaiki penerbangan MAS yang
‘agak hot’ dengan statusnya lately ini
dan ketiganya adalah mungkin timbul rasa tertanya-tanya adakah kehadiran saya diterima,
memandangkan saya akan mengikuti rombongan Global Peace Mission (GPM) yang saya
sendiri pada masa itu masih tidak begitu pasti mengenainya..
![]() |
MasyaALLAH, terasa auranya..Moga Kak Ina dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus meneruskan dakwah |
Justeru lewat
petang sehari sebelum penerbangan, barulah saya mula sibuk mengemas dan mengisi
penuh beg trolley dengan pakaian dan tidak dilupai makanan asasi-meggi extra
hot hahaa…Ramai yang bertanya mengapa saya memilih untuk mengikuti rombongan
GPM? MasyaALLAH saya sendiri hilang jawapan. Aturcara program pun saya masih
samar-samar, tetapi utamanya saya benar-benar ingin ‘meniru’ gaya hidup ibunda
dan ayahnda Ahmad AMMAR yang telah mewakafkan hidup mereka untuk ummah.
Kematian Ahmad
AMMAR benar-benar menghidupkan jiwa saya. Keinginan untuk mengenali keluarganya
begitu kuat. Hinggakan suatu hari saya mendapat notifikasi di facebook dari Pn
Azlina (ibunda Ahmad Ammar) mengenai ziarah ini. Saya yakin, ini bukanlah
kebetulan, tetapi ianya telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta. Alhamdulillah,
segala urusan sangat mudah termasuklah kelulusan permohonan ke luar Negara telah
saya perolehi 2 bulan lebih awal (orang gomen kan :) )
Setibanya di
KLIA pagi itu, tidak seorang pun saya kenal melainkan Pn. Azlina dan Tn Hj Azam
hahaha..Selebihnya, ada yang datang satu keluarga, ada yang datang bersama
teman rapat. Tetapi saya? MasyaALLAH rasa berdebar makin kuat, namun saya
gagahi untuk mula berkenalan, kerna saya yakin ‘tidak kenal makanya tidak
cinta’ dan saya pasti ahli rombongan ini sudah tentunya dipilih oleh ALLAH
untuk bersama. Paling gembiranya, saya dapat merasai untuk bersalam dengan
tangan yang membesarkan Ahmad Ammar (Pn Azlina). Terujanya!!!! (ehem..ehem cuba
control, dalam hati rasa berbunga-bunga. Pn. Azlina a.k.a Kak Ina andai terbaca coretan ini, jangan gelak sakan ye hihi)
![]() |
Bersama ahli rombongan Misi Rahmatan Lil'Alamin |
Day 1 (23 Oktober 2014)
Dalam perjalanan dari Phnom Penh
Intl Airport ke Hotel Holiday Villa, Tn Hj Azam memulakan taklimat ringkasnya
mengenai aturcara program, atau sebenarnya lebih tepat saya nyatakan bahawa
ianya seolah menyatukan semua ahli rombongan agar masing-masing mempunyai niat/objektif
yang sama dalam Ziarah Ukhuwwah Fil ‘Amal’ (Zulfa) ini. Setiap bait-bait
katanya sangat bermakna. ‘Program ini adalah Program jaminan pertolongan dari ALLAH agar tidak terputus,’’kata
Tn Hj…. Ianya berdasarkan hadith:
"Allah akan membantu hambanya selagi hambanya menolong orang yang memerlukan" dan "Barangsiapa yang berjihad, jihad itu adalah untuk dirinya sendiri".
Ya, sudah
tentu bantuan dari ALLAH datang dari pelbagai bentuk, kadang-kadang dalam
keadaan yang tidak disangka-sangka. Yang penting, kita perlu membantu dengan
bersungguh-sunguh. Jika ingin menyumbang, berilah barang yang PALING kita sayang, bukan menyumbang
barang yang kita sudah tidak mahu seperti pakaian lama.
Rasa
kesungguhan sewaktu memberi /menyumbang akan dikira bila wujudnya perasaan
seolah-olah kehilangan. Then, baru ianya dikira sebagai sumbangan yang bersungguh.
MasyaALLAH, bertapa jauhnya saya dari beliau….Idealisme yang beliau tanam ini
benar-benar menghidupkan jiwa saya untuk terus BERSUNGGUH memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
InsyaALLAH….
![]() |
Duduk di sebelah roomate rupanya..Inilah dinamakan takdir yang telah Allah tetapkan. -Nedia kenalan baru yang sentiasa dihati- |
![]() |
Di hadapan Sungai Mekong (Sungai terpanjang di Asia Tenggara) Saya-Atiah-Nedia-Siti- |
![]() |
Muzium Tuol Sleng Genocide |
Perjalanan ziarah diteruskan pada petang itu dengan melawat CMIA International School dan memberi sedikit saguhati kepada 136 orang murid. CMIA- Cambodia Muslim Intellectual Alliance, diasaskan oleh 3 orang anak muda Cambodia yang berpelajaran tinggi dan mempunyai wawasan ummatik untuk membangunkan anak-anak Muslim Cambodia. MasyaALLAH again, hati diruntun dengan seribu rasa insaf…Bertapa daifnya masyarakat Islam di sini. Tapak sekolah kelihatan seolah seperti rumah kedai (sangat kecil) ditengah-tengah sesak bangunan ibukota Phnom Penh tampak sudah tidak sesuai lagi untuk menampung bilangan anak-anak CMIA yang semakin bertambah.Tetapi mereka masih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di sini, bahkan pengambilan pelajar terpaksa dihadkan memandangkan tiada ruang lagi untuk mereka. Jauh sungguh keadaan di Malaysia, segala kemudahan sudah cukup tersedia malah berlebih-lebihan pula. Justeru, bersyukurlah! ALLAH berfirman “barangsiapa yang bersyukur, akan aku tambah lagi, tetapi barangsiapa yang kufur, maka amat pedihlah azabku”
![]() |
Comel kan? anak murid sekolah CMIA |
![]() |
Bersama 136 murid. |
![]() |
Sekolah CMIA |
![]() |
Pelan Kompleks Pendidikan Islam Kemboja..Bersama kita bangunkan! |
Inilah antara
misi GPM Cambodia-CMIA iaitu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Muslim
Kemboja. Justeru, 1 perancangan jangka masa panjang telah diatur untuk membina
CMIA Wakaf Kompleks Pendidikan Islam Kemboja yang melibatkan 3 fasa projek
pembinaan..Salah satunya adalah pembinaan sekolah CMIA yang baru….Pembinaan
bangunan sekolah ini yang masih berbaki 30% memerlukan komitmen kewangan daripada
ramai pihak. Knowing yang tiada dana khas daripada kerajaan Cambodia untuk
mereka, makanya adalah menjadi peranan kita untuk membantu. Maka saya ingin
menyeru readers di luar sana untuk sama-sama menyumbang. InshaALLAH, ALLAH
jamin 700 kali ganda untuk setiap kebaikan yang dilakukan.. Readers di luar
sana boleh salurkan infaq ke akaun Global
Peace Mission 564221625835 (Maybank) atau boleh hubungi talian 03-61883230
untuk sebarang pertanyaan.
Ok, kita
sambung lagi untuk part 2, di lain masa dan ketika. Doakan saya sentiasa sihat untuk terus
berkongsi segala pengalaman yang diperolehi agar ianya dapat memberi manfaat
untuk reader sekalian. Salam sayang dari saya….
![]() |
Bersama Pn. Azlina & Kak Azie (rindunya!) |