Assalamualaikum w.b.t
MashaALLAH terpanggil untuk saya
menulis entry dalam blog yang sudah
sekian lama terbiar. Terima kasih kerana masih ada insan yang mengharapkan agar
saya meneruskan minat dalam bidang penulisan supaya ada manfaat yang boleh
dikongsi bersama. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat
di luar sana yang sedang mencari resepi “Penyusuan susu ibu”. Maaf saya
bukanlah pakar, malah bidang Master yang diambil baru-baru ini tidak sedikit
pun berkait dengan penyusuan susu ibu, tetapi setiap apa yang dititipkan ini
adalah hasil pengalaman sendiri serta perkongsian dari sahabat-sahabat yang
lain. Moga ALLAH redha...
Memulakan persediaan sejak dari awal
usia kandungan, saya mencari pump
yang boleh membantu memudahkan urusan sewaktu bekerja nanti, syukur, suami
sangat-sangat memahami malah memberi sokongan 300% (thanks to free-style Medela pump J)
Misi, diteruskan lagi dengan membuat pembacaan di blog-blog dan again, alhamdulillah
saya dikelilingi oleh rakan-rakan sepejabat yang memang tegar dalam penyusuan
susu ibu. Berada dalam persekitaran yang sering bercerita kebaikan susu ibu,
sedikit sebanyak menaikkan semangat kita untuk terus berjuang. Of course, pasti ada orang disekitar
yang masih tidak dapat menerima mengapakah saya perlu bersusah payah untuk
mengepam, sedangkan sudah sedia ada susu instant
yang di jual dipasaran. Saya biarkan persoalan tersebut, kerna saya yakin,
mereka masih kurang ilmu mengenai khasiat susu ibu.
Percaya atau tidak, atas kuasa
Pencipta jua,selama tempoh penyusuan iaitu setahun tujuh bulan, Iman Khalish
tidak pernah dijangkiti penyakit, Alhamdulillah. Dalam tempoh berpantang,
rezeki susu melimpah ruah hinggakan beberapa kali saya mengalami bengkak susu.
Baik, pasti ada yang tertanya-tanya apakah menu rahsia yang saya amalkan pada
ketika ini. Sebahagian berpendapat, tempoh berpantang adalah tempoh untuk
mengecilkan saiz ukur lilit perut yang menggunung akibat mengandung. Makanya,
ibu-ibu ini sibuk untuk berdiet, hinggakan ada yang tidak mengambil nasi.
Bagi saya, tempoh berpantang
adalah tempoh di mana 100% ditumpukan untuk penyusuan susu badan. Ada ibu yang
khuatir mengapa susu terlalu sedikit di AWAL kelahiran. Nah, inilah jawapannya!
Pada hari 1-5 kelahiran, ibu menghasilkan kolostrum iaitu susu berwarna
kekuningan, dengan jumlah yang sangat sedikit dan agak pekat tetapi mempunyai
kepekatan nutrient dan antibodi yang sangat tinggi dan dapat membantu
penghadaman anak serta meningkatkan imunisasi (pertahanan) badan. Hebat bukan? Jadi
ibu-ibu jangan menangis pula bila susu sedikit pada ketika ini, memang
begitulah kejadiannya, jangan diharap AWAL kelahiran susu melimpah bagaikan
juara, kerna sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi.
![]() |
-susu still nampak kekuningan after 5 days kelahiran, nampak tak volume dah makin bertambah?alhamdulilah- -kena perah sebab Khalish warded NICU disebabkan infection n jaundis waktu lahir |
Why? Harus diingat pada ketika ini, perut bayi adalah sebesar guli,
sebab itu, ALLAH kurniakan ibu kelebihan menghasilkan kolostrum pekat yang
sudah cukup untuk mengenyangkan bayi kita. Tidak perlu untuk “top up with others”. Cumanya, bila
penghadaman bayi menjadi baik, makanya bayi akan kerap membuang ayaq besar,
jadi mereka akan kembali lapar. So, ibu perlu kerap menyusukan bayi. Gituw…..Remember, the good thing is selepas
lahir bayi perlu membuang air besar bagi menyingkirkan mekonium which is najis/bahan melekit berwarna
hitam yang sudah lama terkumpul dalam usus bayi sewaktu di dalam rahim lagi.
So, kolostrum adalah the best solution
(auww, banyak pulak term science ni,
harap uolss paham ye!)
Then, after that susu
akan mula bertambah volumenya sedikit
demi sedikit. Ok, pada ketika ini ibu-ibu seharusnya perlu memperhebatkan
semangat untuk terus makan dan kerap minum air SUAM (air suam ye, bukan air
sejuk!!!!). Bayangkan kalau ibu tidak mengambil makanan yang secukupnya,
agak-agak dari mana pembentukan susu yang banyak akan terhasil? Please, tidak
perlu berdiet sakan, kerna, apabila mengamalkan penyusuan yang betul, bentuk
badan ibu akan kembali menjadi ramping serampingnya. Believe me! Saya tidak perlu ke MayFa** untuk kembali kurus, malah,
berat saya lebih ringan berbanding zaman bujang. Oh, tolonglah percaya hehhe
(nanti saya kepilkan bersama gambar before and after ye J)
![]() |
-6 months gagah ke bali mujur lepas naik flight :), gemukkan makcik hihii- |
![]() |
-berat melebihi 12kg, kena minum air gula okie :)- |
![]() |
-Alhamdulillah getting smaller, Iman Khalish waktu 3 mths. He look chubby right? Thanks to susu ibu :) - |
![]() |
-me, husband n Khalish, 5 mths- |
Baik, saya kongsikan juga ANTARA makanan
yang saya ambil sewaktu di dalam pantang. Ingat, jadual pemakanan perlu diatur,
maknanya makan perlu tepat masa, perut ibu perlu sentiasa kenyang dan makanan
yang diambil perlu dalam keadaan masih lagi panas dan berkuah especially makanan tengahari.
Pagi (7.30 am):
1-nasi goreng kampung + air milo
2-nasi lemak + air soya (jangan
sejuk)
3-lempeng kelapa + air milo
4-roti canai + air teh tarik
*Horlick adalah antara minuman
yang baik untuk menambahkan susu badan- saya mendapat info ini dari rakan
sewaktu saya mengalami isu susu merudum diusia anak setahun lima bulan, jadi
saya sangat syorkan ibu-ibu untuk mengambil minuman ini*
Tengahari (11.00 am):
1-nasi putih panas + sup lobak
putih +ikan kembung bakar (ini kalau orang tak pantang pun baham sama haha)
2-nasi putih panas + sayur sawi
masak air + ikan goreng
3-nasi putih panas + sayur bayam
masak air + ayam goreng
4-nasi putih panas + sayur capcai
campur + ikan bakar
5-nasi putih panas + sup ikan+
ulam
Petang (4.00 pm):
Biskut cicah milo pun boleh,
karipap tembam goreng dan etc
Malam (7.00 pm):
*makan berat seperti tengahari,
tambah dengan buah lagi bagusss..
Ok, sudah sentap semua makanan,
makanya jangan lupa susukan bayi kita secukup-cukupnya. Kalau tidak, bye-bye
saiz XS, come-come saiz XL heeheheh.
InshaALLAH kita bersambung lagi
mengenai tips menambahkan susu ibu ,kelas penyusuan dan pelbagai lagi dalam
entry akan datang. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Amin…
-Moga ALLAH redha-