Monday, November 25, 2013

As Easy As ABC: Sup Tulang with Garlic Bread

Assalamualaikum w.b.t

Zaman digital ini agak-agak dalam tempoh 365 hari ini, berapa hari dapur kita berasap agaknya? Mungkin 363 hari dapur restaurant yang berasap, dapur kat umah dalam setahun berasap 2 hari agaknya heheh. Saya akui pengalaman sebagai isteri dan ibu yang berkerjaya memang sangat-sangat meletihkan. Tetapi mak pesan, orang perempuan mesti rajin dan MAHU ke dapur. TAHU sahaja tidak cukup, mesti beserta dengan MAHU. Betul tak? 

Mmm, bimbang nanti, bila anak-anak sudah dewasa, persoalan yang timbul, "kedai mana paling best?" Bukan lagi "masakan mak paling best!". Paling tragis kalau suami sendiri lebih suka makan di luar berbanding di rumah sebab sudah terbiasa dididik makan di luar sejak berkahwin. Oh itu tidak bisa. Makanya, walau tinggi langit pun kita belajar, ilmu dalam memasak pun perlu diambil TAHU dan MAHU dipraktiskan. Sedap ke tak sedap, tolak ke tepi. Yang penting practice make perfect.

Orite agak-agak kurang idea nak masak apa sempena cuti sekolah ini, boleh cuba resipi sup tulang. Sedap dimakan dengan nasi. Kalau agak-agak nak tambah creative atau nak tambah kerja bolehlah try with garlic bread hihii...


Bahan-bahan Sup Tulang
1. 1/2 biji bawang besar
2. 1 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4.  2 biji kentang
5. 1/2 biji lobak merah
6. 3 biji cengkih, 3 biji bunga lawang, 1 ketul kulit kayu manis
7. 10-15 biji lada hitam
8. Garam
9. 3-4 biji bawang kecil
10. Daun sup

Cara penyediaan
1. Tumbuk lumat bahan 1-3
2. Rebus tulang sehingga isinya hampir empuk
3. Masukkan kentang dan lobak merah yang telah dipotong kecil
4. Masukkan bahan 1-3 yang telah ditumbuk lumat
5. Masukkan bahan 6
6. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat. Boleh kurangkan bilangan jika tidak mahu pedas
7. Masukkan garam secukup rasa. Pastikan kentang dan lobak merah telah empuk.
8. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa tabur dengan bawang kecil yang digoreng (bawang goreng) dan daun
    sup yang dipotong kasar.


Bahan-bahan Garlic Bread
1. 3 ulas bawang putih
2. 5 sudu marjerin
3. Daun sup
4. Roti baguette/roti perancis

Cara Penyediaan
1. Bakar bawang putih atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan
2. Tumbuk bawang putih dan campurkan bersama marjerin
3. Masukkan bersama daun sup yang telah dipotong kasar
4. Gaul dan sapukan pada roti
5. Bakar roti 100-120 degree, 10-15 minit (tertakluk pada jenis oven heheh)

Ok sedia untuk dimakan bersama keluarga. Kalau hendak makan sup tulang bersama nasi, sertakan bersama sambal belacan dan ikan kembung goreng garing, memang terbaik!

Selamat mencuba! Ilmu yang berguna adalah imu yang banyak memberi manfaat. Moga readers di luar sana bahagia dunia & akhirat.

Nak resipi STew pulak? Ops, yang tu kena orderlah ye 0169083017 (promote ckit huhuu)