[Ziarah Amal di Kemboja-part 2]
Assalamualaikum wbt
Pantas jari mencatat setiap butir
bicara yang keluar dari mulut empunya diri sewaktu dalam perjalanan ke Kampung
Wami, Cambodia. Bukan mudah untuk bertemu insan istimewa ini, justeru setiap satu mutiara katanya saya catat
rapi-rapi di atas skrin telefon bimbit. Aduih, ini masalahnya. Sering kali lupa
untuk membawa buku nota kecil. Moden macamana pun, saya masih gemar menulis
menggunakan pena, lebih dekat dengan hati berbanding mencatat di atas skrin
telefon, itu pendapat saya, tidak pasti orang lain pula bagaimana.
Suara dan raut wajahnya sungguh
tenang membuka bicara. Saya memang ternanti-nanti saat ini, bahkan pasti akan
merindui mendengar tazkirah ringkas dari beliau selepas tamat ziarah ini. Ya, Tn Hj Azam, abah kepada
Ahmad Ammar, seorang insan yang baru saya kenali, tetapi terasa kuat benar
sinar auranya. Mampu menarik banyak hati untuk belajar mencari apa sebenarnya
tujuan hidup. Ideanya cukup jelas, hidup mewakafkan diri untuk ummah, membantu
memberi manfaat pada semua orang tanpa mengharapkan penghargaan manusia.
Keyakinannya pada Kuasa Illahi mengatasi segalanya. Benteng takwa dan redhanya
cukup teguh, hinggakan walau diuji dengan kehilangan permata hati, beliau tetap
redha. MasyaALLAH, adalagi manusia sehebat ini di zaman yang semakin materialistik.
Mendengar kisah Ali bin Muwaffaq ,
akhirnya kami tewas dalam linangan air mata, apatahlagi apabila melihat ‘si pencerita’ menyusun kata dalam sebak, beliau
jelas mengambil ibrah melalui kisah ini. ALLAH! ALLAH!
![]() |
Tn Hj Azam, Alfin serta penduduk Kampung Wami- Alhamdulillah, lebih 20 penduduk Kampung Wami disyahadahkan sewaktu kami tiba |
Diceritakan suatu ketika dahulu
ada seorang pembesar iaitu Abdullah bin al-Mubarak bermimpi selepas beliau
menunaikan ibadah haji melihat 2 malaikat sedang berbicara.
“Ada berapa ramai Jemaah yang datang mengerjakan haji pada
tahun ini?”, tanya malaikat kepada malaikat yang lain.
“600,000,” jawab malaikat.
“Berapa banyak dari mereka yang ibadah hajinya diterima?” tanya
malaikat itu lagi.
“Tidak satu pun..melainkan hanya ibadah haji seorang tukang
kasut di Damaskus yang dipanggil Ali bin Muwaffaq yang diterima, bahkan berkat
dialah ibadah seluruh jemaah diterima oleh ALLAH,jawab malaikat tadi.
Terjaga dari tidur, Abdullah ibnu Mubarak terus mencari siapakah gerangan Ali bin Muwaffaq yang diceritakan dalam mimpinya. Akhirnya beliau berjaya menemui Ali setelah lama mencari. Justeru beliau menjelaskan mimpinya dan bertanya apakah amalan beliau hinggakan hajinya diterima, tetapi tidak pada haji jemaah yang lain.
Mendengar kata-kata Abdullah ibnu Mubarak, Ali bin Muwaffaq sangat terkejut lantas menjawab bahawa beliau tidak pergi menunaikan ibadah haji pada tahun itu. Setelah 40 tahun mengumpul wang hasil kerja tukang kasut, memang Ali memutuskan untuk ke Mekkah, tetapi ditakdirkan suatu hari isterinya yang sedang sarat mengandung terbau masakan yang harum dari rumah jiran berhampiran lalu menyuruh Ali bin Muwaffaq memintanya walau sedikit dari jirannya akibat terlalu ingin merasanya. Sewaktu beliau menjelaskan hasrat isterinya kepada jiran tersebut, tiba-tiba jiranya terus menangis kemudian menjawab “Makanan ini halal bagiku, tetapi haram bagimu. Sudah 3 hari anak ku tidak makan apa-apa, tetapi hari ini aku melihat ada bangkai seekor keldai yang mati dihadapan rumah, lalu aku mengambil dan memasaknya,’’kata wanita itu dalam tangisan.
Sebak Ali mengetahui kisah itu, beliau kemudiannya kembali ke rumahnya dan terus mengambil wang yang telah disimpan lama untuk ke Mekah lalu diserahkan semuanya kepada wanita tersebut.
“Belanjakan wang ini untuk anakmu”, kata Ali. “Inilah perjalanan hajiku,”bisik hatinya.
Memang jelas dan nyata benar mimpiku kata Abdullah ibnu
Mubarak setelah mengetahui kisah Ali.
Kisah yang sesuai dijadikan ibrah buat kita semua. Pertolongan yang benar-benar ikhlas hinggakan terasa kehilangannya, itu baru pertolongan yang diterima oleh ALLAH. Sangat terkesan dengan perkongsian Tn Hj Azam sebentar tadi. Persoalan yang hingga kini tiada jawapan “Adakah sudah cukup sumbangan saya kepada manusia lain sepanjang hidup ini?”Apakah sudah cukup ikhlas saya memberi? Takutnya jika tidak ada satu pun ibadah yang dilakukan dipandang oleh ALLAH. Moga diampunkan dosa saya.
Ikhlas harus dibentuk, inshaALLAH lama-kelamaan akan sebati jua. Justeru saya harus membina hubungan ukhuwah dengan mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat. Ya, kita adalah siapa rakan yang disekeliling. Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat pada kematian.
Wallahualam…
Doakan saya agar dapat bertemu dengan
Ahmad Ammar dan berkumpul bersama Nabi junjungan Muhammad s.a.w di dalam Syurga bersama
keluarga dan sahabat-sahabat ukhuwah saya. Amin...
Kak NorD (orang kuat GPM-Cambodia) & Wan Fad menyantuni anak-anak Kampung Wami.. Alamak mana gambar Kak Azie & Najidah? -jgn mare ye, nanti saya gali dalam album :) |
Bersama Pn Nur Azlina- tidak melepaskan peluang yang ado merakamkan memori bersamanya heheh. Moga melekat sikit auranya pada saya. Boleh kan Kak Ina? :) |
Rumah penduduk Kampung Wami |
Im, Hasanah & Siti bersama anak-anak Kampung Wami. Terima kasih sahabat kerna hadir dalam hidup saya :) |
Nedia dan 'adik angkatnya' :) Jumpa lagi Ned untu misi akan datang..InshaALLAH |
1 comments:
Alhamdulillah... Amin... Tahniah Kak Roshi.. Insaf seketika saya bila baca penulisan akk.. Ya Allah, terasa byk btul kekurangan diri ini.. Moga akk dn keluarga dilimpahi rahmat Allah ats hasil penulisan akk ni..
Post a Comment