Assalamualaikum w.b.t
Ambil sedikit masa yang ada untuk share sesuatu di dalam blog. Multitask, sambil pam susu sambil tulis blog. Tak percaya? Betul. Sebab saya guna medela freestyle double pump. Tidak perlu pegang dengan tangan, sebab ia freestyle. Memang agak mahal, tapi rasanya lagi berbaloi klau dibandingkan dengan terpaksa membeli susu formula di supermarket setiap bulan. Dengan membeli Pam ni, saya hanya perlu invest sekali sahaja. InsyALLAH boleh digunakan untuk anak berikutnya.
Freestyle pump ini membolehkan saya mengepam susu setiap kali memandu pulang dari tempat kerja. Alhamdulillah rezeki Iman Khalish untuk dapat minum susu Ibu hingga sekarang. Lucu setiap kali teringat sewaktu hendak membeli Pam ini. Sukarnya hendak beri penjelasan pada suami. Sudah pastinya orang lelaki ni, lagi murah lagi mereka suka. Parah!!! Hehe...Rm 1699, memanglah satu jumlah yang tinggi. Saya jelaskan pada suami mengapa saya tetap mahukan pam freestyle ini. Walaupun akhirnya dia setuju untuk membeli, tapi saya tahu dia masih rasa ragu-ragu hehe...
Maka, bermulalah episod mengepam sejak dalam pantang lagi. Suami menunjukkan rasa kagum melihat hasilnya. Anak pula mendapat banyak khasiat. Free antibody. Jarang mendapat sakit. Betul! Sebab sejak bayi dilahirkan hingga usia 3-4 bulan, sistem imun mereka belum dapat menghasilkan antibodi untuk pertahanan badan. Jadi mereka hanya dapat bekalan antibodi percuma dari ibu. Dalam sains, kita panggil sebagai passive immunity. Dalam erti kata yang mudah, antibodi ini diperlukan bagi melindungi tubuh badan daripada serangan penyakit. Sebagai lecturer yang mengajar subjek imun, sudah pastilah saya akan praktiskan ilmu yang ada.
Berkat nekad yang konsisten, akhirnya suami benar-benar bersetuju dengan saya. Kini, dia adalah antara orang yang banyak memberi sokongan, malah di pejabatnya, dia akan mengesyorkan kepada rakan-rakan supaya membelikan Pam ini untuk isteri mereka. Hebat bukan? Tidak salah mencuba, yang penting perlu Ada nekad untuk melakukan sesuatu.
Bagi Ibu-Ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi mereka sendiri, tidak mengapa, pasti ada alasannya. Yang penting tanamkan azam untuk menyusukan sejak bayi dalam kandungan lagi. Istilah "susu tidak cukup", "susu kurang" sebenarnya tidak boleh wujud dalam fikiran sebab susu dihasilkan berdasarkan konsep supply and demand. Setiap kali, breast dikosongkan, setiap Kali itu juga, susu Akan dihasilkan. Ianya bermula dengan mindset yang positif. Believe me! Badan yang berisi akibat mengandung Akan kembali langsing apabila menyusukan bayi kita. Pengalaman saya sendiri, berat badan sebelum mengandung 48kg, semasa mengandung 58kg, selepas bersalin dalam tempoh berpantang berat saya menjadi 44kg. Sekarang,maintain 45kg.
Saya sokong kumpulan Ibu-Ibu yang menyusukan bayi mereka!
1 comments:
Tahniah Idah....
Post a Comment