Friday, January 10, 2014

2 Tips KAYA Dunia Akhirat

Assalamualaikum w.b.t

Jika diperhatikan, beliau bekerja makan gaji juga seperti saya, isterinya juga begitu. Tetapi, hidup mereka cukup, malah nampak barakahnya. Rumah dan kereta yang dimiliki mereka cukup selesa, bak kata orang gaya hidup nampak sempurna tetapi sederhana. Apa agaknya rahsia mereka, lama juga difikirkan, saya rasa ini jawapannya:

 1- Beliau sangat menjaga hati ibu dan bapa. Tidak pernah melihat beliau mengasari ibubapa, malah sering mendahulukan ibubapa daripada diri & keluarga sendiri. Hati ibu dipegang ketat-ketat, hingga tidak bisa sekelumit pun ibu rasa terluka. BENAR kata ustaz, Redha ALLAH terletak pada redha ibu. Hampir setiap hari, beliau bertanyakan khabar si ibubapa, kalau tidak melalui telefon, hujung minggu tertentu pasti pulang menjenguk. Maka, jagalah hati ibu, inshaALLAH hidup pasti bahagia, pasti kaya dunia akhirat, pasti tiada kebocoran wang. Itu PASTI. Tirulah hidup seperti beliau, nescaya rezeki kita juga bertambah. 

2- Beliau menyumbang tenaga, idea dan jiwa untuk aktiviti surau. MALAH solat berjemaah sudah menjadi darah dagingnya. Uish, jauhnya beliau dari saya. Cintanya pada agama sangat ikhlas. 

SIAPA Beliau? Alhamdulillah, beliau adalah abang saya Amirul Haffiz. Itu antara rahsia hidup beliau, yang saya fikir sangat bermanfaat untuk dikongsi dan dipraktik bersama.

Pesan ustaz, kongsilah ilmu yang bermanfaat atas niat untuk menambah nilai, bukan untuk riak & takbur. InshaALLAH... Moga hidup kita lebih diberkati dan kembali kepada Pencipta dalam keadaan diredhai.

Peace

Monday, November 25, 2013

As Easy As ABC: Sup Tulang with Garlic Bread

Assalamualaikum w.b.t

Zaman digital ini agak-agak dalam tempoh 365 hari ini, berapa hari dapur kita berasap agaknya? Mungkin 363 hari dapur restaurant yang berasap, dapur kat umah dalam setahun berasap 2 hari agaknya heheh. Saya akui pengalaman sebagai isteri dan ibu yang berkerjaya memang sangat-sangat meletihkan. Tetapi mak pesan, orang perempuan mesti rajin dan MAHU ke dapur. TAHU sahaja tidak cukup, mesti beserta dengan MAHU. Betul tak? 

Mmm, bimbang nanti, bila anak-anak sudah dewasa, persoalan yang timbul, "kedai mana paling best?" Bukan lagi "masakan mak paling best!". Paling tragis kalau suami sendiri lebih suka makan di luar berbanding di rumah sebab sudah terbiasa dididik makan di luar sejak berkahwin. Oh itu tidak bisa. Makanya, walau tinggi langit pun kita belajar, ilmu dalam memasak pun perlu diambil TAHU dan MAHU dipraktiskan. Sedap ke tak sedap, tolak ke tepi. Yang penting practice make perfect.

Orite agak-agak kurang idea nak masak apa sempena cuti sekolah ini, boleh cuba resipi sup tulang. Sedap dimakan dengan nasi. Kalau agak-agak nak tambah creative atau nak tambah kerja bolehlah try with garlic bread hihii...


Bahan-bahan Sup Tulang
1. 1/2 biji bawang besar
2. 1 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4.  2 biji kentang
5. 1/2 biji lobak merah
6. 3 biji cengkih, 3 biji bunga lawang, 1 ketul kulit kayu manis
7. 10-15 biji lada hitam
8. Garam
9. 3-4 biji bawang kecil
10. Daun sup

Cara penyediaan
1. Tumbuk lumat bahan 1-3
2. Rebus tulang sehingga isinya hampir empuk
3. Masukkan kentang dan lobak merah yang telah dipotong kecil
4. Masukkan bahan 1-3 yang telah ditumbuk lumat
5. Masukkan bahan 6
6. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat. Boleh kurangkan bilangan jika tidak mahu pedas
7. Masukkan garam secukup rasa. Pastikan kentang dan lobak merah telah empuk.
8. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa tabur dengan bawang kecil yang digoreng (bawang goreng) dan daun
    sup yang dipotong kasar.


Bahan-bahan Garlic Bread
1. 3 ulas bawang putih
2. 5 sudu marjerin
3. Daun sup
4. Roti baguette/roti perancis

Cara Penyediaan
1. Bakar bawang putih atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan
2. Tumbuk bawang putih dan campurkan bersama marjerin
3. Masukkan bersama daun sup yang telah dipotong kasar
4. Gaul dan sapukan pada roti
5. Bakar roti 100-120 degree, 10-15 minit (tertakluk pada jenis oven heheh)

Ok sedia untuk dimakan bersama keluarga. Kalau hendak makan sup tulang bersama nasi, sertakan bersama sambal belacan dan ikan kembung goreng garing, memang terbaik!

Selamat mencuba! Ilmu yang berguna adalah imu yang banyak memberi manfaat. Moga readers di luar sana bahagia dunia & akhirat.

Nak resipi STew pulak? Ops, yang tu kena orderlah ye 0169083017 (promote ckit huhuu)





Friday, November 22, 2013

Ada Apa Pada Nama?

Assalamualaikum w.b.t

Bila ditanya pada abah kenapa nama saya dan kakak bermula dengan huruf 'R' sedangkan nama mak dan abah langsung tiada huruf 'R'..Ialah kalau zaman kita sekarang ni, memilih nama anak mesti ada iras2 ckit nama kita, btul tak?huhu..Dengan nada bergurau, Abah kata, kalau tidak, nama kami sorang Saprah, sorang lagi Sajadah. Adeih sabar jerlah bah.

Menurut abah, satu ketika dulu, diwaktu zaman kanak-kanak, hidup abah sangat susah. Bilangan adik-beradik yang ramai, mana mungkin cukup untuk bawa duit belanja ke sekolah. Kalau kawan-kawan lain di waktu rehat, berebut-rebut membeli makanan di kantin, tapi abah kadang-kadang hanya mengisi perut yang lapar dengan menghirup air paip. Sukarnya hidup abah adik-beradik, tetapi alhamdulillah kesemua adik-beradik abah berjaya menjadi orang yang hebat-hebat.

Suatu hari, ada 2 orang adik-beradik ini mendekati abah, dan menghulurkan duit. Kalau dulu duit 5 sen pun sudah dikira besar, apatah lagi 10 sen. Sekarang? 5 sen pun pandang sebelah mata kan ataupun langsung tak pandang?Bertapa bezanya nilai duit dahulu dan sekarang. Dengan duit yang diberi, dapatlah abah buat belanja membeli kuih di kantin sekolah. Kata abah, syukur ada orang yang pemurah macam mereka. Sebab itu, abah beri nama kami bersempena dengan nama adik-beradik itu. Ya, Rohazah dan Roshidah! Moga saya menjadi seperti mereka. Hidup untuk memberi, dengan berkongsi segala nikmat dan ilmu yang ada dengan semua orang kerna semua ini Milik ALLAH. Dia yang Maha memberi dan Dia juga bisa mengambilnya semula. Hidup Jangan Sombong....

Peace!

Tuesday, October 15, 2013

'Hidayah'

Assalamualaikum w.b.t

Memang benar kata ustaz, hidayah itu ALLAH akan beri kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan ia juga perlu dicari oleh manusia. Dia yang saya kenal, dulunya tidak lancar bacaan Al-Quran, solat juga perlu diingatkan. Kalau orang lain, sekolah agama sudah sampai ke peringkat kelas Khas, tapi dia tersekat dipertengahan jalan. Tetapi saya yakin ALLAH sayangkan dia dan pastinya doa si ibu yang tidak henti-henti telah merubah hidupnya sekelip mata.

ALLAH telah memilih dia untuk menerima hidayah. Kematian rakan baik dihadapan mata akibat sakit jantung sewaktu bermain badminton telah membuka matanya bahawa yang hidup pasti akan menemui PenciptaNYA. Sedikit demi sedikit kehidupannya berubah. Surau dan masjid kini menjadi tempatnya mencari ilmu. Solat subuh berjemaah tidak langsung ditinggalkan jauh berbeda dengan kita yang kononya mengaku SUCI. Ilmu agama dan hadis mula dipelajarinya serta dia yang dulunya si perokok tegar kini telah berhenti merokok sepenuhnya setelah kembali dari menunaikan umrah. Hebat bukan, besar sungguh kuasa ALLAH, hinggakan dia kini juga sudah 2 kali menunaikan ibadah umrah. Si isteri juga dididik untuk menutup aurat dengan sempurna bahkan solat 5 waktu turut dijaga rapi.

MasyaALLAH, moga kisah dia menjadi iktibar buat kita yang memang pada keturunannya adalah Islam. Yang tidak perlu menyorok daripada keluarga untuk mengenakan tudung dan menutup aurat, berbeza dengan kisah mereka yang lain seperti golongan mualaf yang perlu berselindung untuk menunaikan tuntutan agama. 

Moga kita kembali kepada Maha Pencipta dalam keadaan yang diredhai.


Tuesday, October 1, 2013

Usia yang masih berbaki

Assalamualaikum w.b.t

Sewaktu ke Chow kit membeli barang keperluan untuk tempahan STew Kambing, mata terpandang pada sepasang suami isteri yang serba kurang upaya. Isteri yang OKU sedang menolak wheel chair suaminya. SubhanAllah berpeluh makcik itu menolak suaminya padahal jalan di situ hanya berbukit sedikit. Ya, SEDIKIT berbukit bagi kita orang yang sihat, tetapi tidak bagi mereka. Saya teruskan perjalanan.Dalam hati kuat mengatakan jika saya tidak membantu, saya adalah manusia yang paling hodoh dan teruk di dunia! Saya toleh ke belakang, makcik itu masih menolak dalam kepayahan. Lalu saya dekatkan diri untuk membantu. Namun pasangan tadi menolak dengan baik. Saya tetap cakap saya ingin membantu, lalu makcik tadi akhirnya akur dengan permintaan saya. Allah terima kasih kerna buka hati saya utk membantu. Pakcik itu tidaklah seberat mana utk ditolak tetapi bagi kita kudrat manusia yang sihat. Saya menolak wheel chair sedikit laju agar pasangan ini cepat sampai, tiba2, makcik tadi jatuh terjelupuk ke jalanraya. MasyaALLAH rupanya makcik itu jalannya turut bergantung pada wheel chair tersebut.Saya tahan air mata dari mengalir. Sukarnya hidup mereka. Moga ALlah murahkan rezeki saya agar dapat terus berkongsi nikmat kehidupan kepada manusia lain...sekarang -tgh banjir-

Selamat Hari Lahir empunya diri, Roshidah Alwi. moga di usia yang masih berbaki ini, ALLAH terus luaskan rezeki agar berpeluang untuk berkongsi nikmat kehidupan dengan manusia yang memerlukan, terus berbakti kepada ibubapa dan menjadi isteri yang cemerlang dunia akhirat. Saya mohon maaf kepada suami dan keluarga serta sahabat atas kesilapan yang telah saya sengaja atau tidak sengajakan. Mohon pada ALLAH agar setiap langkah saya di bawah keredhaannya.

Thursday, September 19, 2013

The power of WANT

Asalamualaikum w.b.t

Besarnya kekuatan rasa MAHU menjadikan manusia lebih kuat. Masakan seorang ibu boleh mengandung dan membawa muatan lebih, selama 9 bulan jika tiada rasa MAHU. Masakan seorang ibu boleh melahirkan anak sehingga 12 orang walau rasa kesakitan seperti hampir putus nyawa jika tiada rasa MAHU. Yup, setiap yang dilakukan jika tiada kemahuan, pasti terhenti ditengah jalan, tiada arah tuju. Hampir setahun setengah saya melalui perjalanan menjadi seorang siswazah tua. Jika tiada rasa MAHU, tidak pasti saya boleh berada di sini-UKM. 

Belajar ketika anak sedang membesar benar-benar menguji kekuatan dan kesabaran. Ditambah dengan bilangan assignment serta lab report yang semakin meninggi susunan saban hari, diselang seli dengan anak yang kerap kali kuar masuk wad serta minggu peperiksaan yang mendebarkan, hampir membuatkan saya putus asa. Suami sebagai peneman setia sering mengingatkan dan membantu saya kembali semula kepada 'kemahuan'. 

Benar, jika jalan mencari ilmu tidak saya pilih, pasti saya ketinggalan jauh, berada di dalam comfort zone dan malas menambah ilmu. Padahal saya seorang ahli akademik, ilmu yang sedia ada tidak semestinya sentiasa cukup, perlu sentiasa disemai dan ditambah agar mempunyai nilai. MAHU berkongsi ilmu dan nikmat yang ALLAH kurniakan ini kepada semua orang, MAHU menjadi manusia extraordinary adalah satu kekuatan yang menarik saya untuk terus berusaha dan berada di dalam kelompok manusia yang MAHU berjaya Dunia Akhirat. Alhamdulillah kini saya melalui fasa yang menghampiri garisan penamat, moga ALLAH kuatkan rasa MAHU ini hingga saya mampu menyarung jubah di hari konvokesyen dan menjadi inspirasi buat Little star Iman Khalish. 

Friday, August 16, 2013

Ilmu dan nikmat milik ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Mengambil ruang di luar masjid, saya rasa tenang di sini. Sewaktu sedang mentelaah sebelum menduduki peperiksaan Semester 1 dahulu, saya didatangi dengan seorang budak lelaki berusia sekitar 11 tahun.

Budak: akak buat apa?
Saya: tengah belajar dik
Budak: oh, susah tak? Akak sekolah mana? (Sambil mata melilau melihat nota tebal saya yang menimbun)
Saya: taklah adik, bukan sekolah tapi kt Universiti. wow, sekolah lagi ke muka aku nih (kembang kempis hidung saya huhu).

Budak itu mengangguk seolah memahami penerangan saya. Tiba-tiba dia bersuara;

Budak: akak, akak ada Rm 4?
Saya: eh nak buat apa?
Budak: nak beli roti, belum makan lagi.
Saya: mak tak masak ke? Adik duduk mana? Sambil melihat jam tangan yang sudah menunjukkkan pukul 11 pagi.
Budak: belum. Saya duduk di flat belakang sana.
Saya: akak takde duit pecah, kejap lagi lepas zuhur akak bagi. (Dalam hati sedikit tidak percaya
dengan penjelasan budak itu)
Budak: ok kak. (Sambil berlari kecil meninggalkan saya sendirian)

Usai bersolat zuhur, saya jengah melalui tirai jarang masjid yang membezakan ruang solat lelaki dan wanita, Namun kelibat budak lelaki itu tidak kelihatan. Tidak pasti ke mana agaknya budak itu pergi. Mula rasa timbul perasaan bersalah pada diri sendiri. Mungkin ALLAH datangkan budak itu untuk melihat sejauh mana saya mensyukuri nikmat ALLAH, rm 4 apalah sangat ertinya jika hendak 
dibandingkan dengan ilmu dan nikmat yang ALLAH pinjamkan buat saya. Jika benar pun budak itu berbohong, niatkan sahaja memberi dengan ikhlas kerna ALLAH. Semua ini milk ALLAH, sedikit sahaja yang dipinta saya sudah was-was. Menyesalnya saya.

Minggu kedua berikutnya saya teruskan mentelaah di ruang masjid. Dalam hati berdoa moga
ALLAH ketemukan saya kembali dengan budak lelaki itu. Alhamdulillah, saya akhirnya bertemu lagi dengannya.

Saya: "adik, mari sini", panggil saya
Budak: akak datang belajar lagi?
Saya: a'ah, hari itu akak tunggu lepas zuhur, mana adik pergi?
Budak: saya main belakang masjid
Saya: dah makan? (Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari)
Budak: belum (sambil mengeleng kepala)
Saya: mak tak masak ke? Ayah? (Soal saya lanjut)
Budak: mak dengan ayah kerja
Saya: Kerja apa?
Budak: Ayah kerja kilang, mak kerja mmm...susah nak sebut.
Saya: takperlah macam tu, lepas ini pergi makan (saya menghulurkan sedikit wang kepadanya)
Budak: Terima kasih banyak kak, sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan saya.

Saya TIDAK pasti sejauh mana benarnya kisah budak itu, tapi saya yakin ALLAH mahu mendidik saya supaya berkongsi nilai yang ada walaupun tidak sebesar mana. Memberi bukan sahaja pada wang ringgit, tetapi juga pada ilmu yang diperolehi. Usah lokek untuk berkongsi kerna nilai inilah yang akan menjadi peneman di dalam kubur nanti.