Saturday, March 10, 2012

Sukar Hamil-Part 2

Oktober 2009
Stress dan saya tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata orang "macam irama dan lagu". Pantang silap sikit, pasti mudah terusik. Serius, mereka yang tidak pernah mengalami situasi seperti ini pasti menganggap saya terlalu sensitif. Bak kata penulis Dale Carnegie "walaupun kita cuba memakai kasut orang lain, tapi kita tidak akan dapat merasai bagaimana selesa ataupun tidak memakainya sepertimana yang dirasai oleh tuannya sendiri." Suami dan saya bersepakat untuk pindah ke Desa Petaling bagi mengurangkan sedikit tekanan yang saya alami. Tekanan untuk mendapatkan anak, tekanan menghadapi jalanraya yang sesak setiap kali pergi dan balik dari tempat kerja dan pelbagai lagi apabila disatukan pasti menjadi satu tekanan yang besar untuk saya.

Saya mula mencari tempat untuk berkongsi masalah. Berkongsi rasa dengan rakan yang mengalami masalah yang sama menjadikan saya lebih tenang. Ya ini antara terapi diri yang saya lakukan, setiap hari saya akan melayari sebuah forum di internet. Ia seperti satu kumpulan sokongan untuk memberi semangat kepada mereka yang sukar hamil, bertukar pendapat dan saling memahami antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ia dapat meringankan beban yang saya hadapi. Rupanya, bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah ini.

Saya disarankan oleh teman untuk mencuba satu produk kesuburan iaitu Biodex. Beliau sudah berkahwin hampir 7 tahun dan alhamdulillah, apabila menggunakan produk ini beliau telah disahkan hamil. Sangat teruja mendengar kisahnya, saya dan suami nekad untuk mencuba. Kami mengamalkan set lengkap Biodex untuk suami isteri. Rasa syukur sebab suami tidak pernah mengeluh, apatah lagi untuk menyalahkan satu sama lain, tidak sama sekali. Suami sentiasa bersama. Tidak membiarkan saya keseorangan untuk berusaha. Dialah teman rapat tempat saya berkongsi rasa, dia jugalah suami yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih Ya ALLAH kerna mengurniakan suami yang hebat sepertinya.

Hampir terlupa, dalam masa yang sama, saya juga turut melakukan rawatan secara tradisional iaitu berurut. Tapi sebelum berurut, pastikan tukang urut memang benar-benar arif, sebab zaman sekarang ini ramai sangat yang 'palsu', berlakon menjadi tukang urut hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Saya berurut dengan seorang bekas jururawat (bidan) yang saya panggil Mak Long di Shah Alam. Rakan yang mengesyorkannya.

November 2009
Satu set biodex telah kami amalkan , namun masih tiada tanda-tanda. Tapi terus berusaha dan percaya pasti ada rezeki untuk kami. Set biodex sudah masuk yang kedua. Dalam masa yang sama, tidak henti-henti bersolat hajat, berdoa moga ALLAH beri saya peluang untuk merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak dari benih kami sendiri. Untuk mengambil anak angkat belum masanya lagi, selagi masih ada kudrat, selagi itu saya akan berusaha. Saya juga belajar satu perkara baru mengenai jadual ovulasi. Kebetulan saya ditugaskan ke Sarawak pada bulan lepas, rakan di sana yang mengajarnya. Pengiraan tempoh ovulasi ini tidak sama seperti yang kita belajar dalam subjek sains dahulu. It's totally different. Agak panjang untuk saya terangkan di sini bagaimana pengiraannya. Kalau ada yang ingin belajar, bolehlah tanya pada saya. InsyALLAH, saya memang sangat suka berkongsi. Chewah, macam pakar kesuburanlah pulak hehehe... 

Disember 2009
Kehidupan diteruskan seperti biasa. Cuma agak tenang sedikit sebab perjalanan ke tempat kerja lebih mudah dan jaraknya yang lebih dekat berbanding sewaktu tinggal di Puncak Jalil. Pukul 7.20 pagi bertolak ke tempat kerja dan sampai 7.45 pagi, tidak perlu tergesa-gesa seperti dulu. Pada ketika ini, saya mulai rasa perubahan pada diri. Kerap rasa pedih perut dan suka tidur lepas balik dari kerja. Aduh, teruk betul heheh...Yang pastinya, saya sudah lewat 2 minggu datang 'bulan'. Dalam hati berdoa, moga-moga kali ini ada rezeki untuk kami bergelar "umi" & "abi". Buat ujian UPT (pregnancy test)? oh, tunggu dulu. Saya tidak mahu kecewa lagi sekiranya mendapat keputusan sebaliknya.

Januari 2010
Masih saya ingat tarikh ini 1 Januari 2010 (cuti umum), sebelum solat asar, saya sembunyi-sembunyi membuat ujian UPT di rumah. 1 minit menunggu dalam debaran. Allahuakbar! ada doubleline yang muncul pada strip UPT. Selama 3 tahun, saya tidak pernah mendapat keputusan double line. Saya POSITIF hamil! Syukur Ya ALLAH. Saya tunjuk pada suami, kami menangis, tanda syukur pada kekuasaannya. Solat Asar pada petang itu, amat indah. Terasa damainya. Terima Kasih Ya ALLAH!

Saya khabarkan berita kehamilan ini pada keluarga dan rakan. Semua gembira, rezeki tahun baru kata mereka. 15 Januari 2010, saya mengalami sedikit bleeding. Doktor scan, saya nampak baby saya sangat kecil seperti guli. Doktor nasihat agar saya tidak membuat kerja-kerja berat.

Februari 2010
Saya tidak mengalami alahan yang teruk, muntah pun tidak. Dalam hati bersyukur sebab dipermudahkan. 20 Januari, saya ambil cuti untuk buka rekod mengandung dan membuat rutin check up . Seronoknya! Doktor membuat scan. Tetapi, agak lama kali ini., sehinggakan saya discan oleh  2 orang doktor. Dari raut wajah mereka, seolah ada sesuatu kebimbangan. "Puan, saya minta maaf, saya tidak nampak denyutan jantung anak puan,"kata doktor. "Sepatutnya, puan sudah 11 minggu hamil dan denyutan jantung boleh dilihat. Dari apa yang kami lihat, bayi puan sudah berhenti berkembang sejak usia 7 minggu lagi,"sambung doktor yang lagi satu. ALLAH, saya sebak. Air mata mula mengalir tidak henti-henti. Apalagi dugaan yang perlu saya hadapi kali ini. Diberikan saya merasai saat-saat gembira, kemudian diambilnya kembali. Baby saya sudah tiada nyawa. Patutlah saya tidak pernah rasa loya atau muntah sepanjang kehamilan seperti orang lain. Rupanya, ia adalah tanda yang anak saya telah tiada. Saya meraung, menangis, menyesali dengan apa yang berlaku. 25 Februari, akhirnya bayi saya keluar dengan sendirinya, saya nekad tidak mahu menjalani D&C (cuci rahim), biar saya merasai sendiri kesakitan itu. Walaupun, sudah tidak bernyawa, saya tidak mahu baby ini turut merasai kesakitan sekiranya saya melakukan D&C. Ya, memang sakit. 8 jam saya bertarung kesakitan, seolah rasa sakit bersalin. Moga ALLAH ampunkan saya, sepertimana ALLAH ampunkan dosa ibu yang melahirkan. Saya redha.

Mac-April-Mei-Jun 2010
Kami teruskan kehidupan seperti biasa. Satu tempoh yang agak lama untuk saya tenangkan jiwa, untuk saya kembali gembira seperti biasa. Seringkali suami ingatkan pada saya yang dugaan itu pasti ada hikmahnya. Keluarga juga antara yang paling banyak memberi sokongan.

Julai 2010
Set biodex saya amalkan kembali. Ikutkan rasa hati, sudah tidak larat untuk saya menelan bancuhan produk biodex ini setiap hari, namun saya masih meletakkan keyakinan yang satu hari nanti ALLAH pasti memberi saya peluang lagi. Tidak lupa juga, kami turut mengamalkan ayat 38, surah Ali-Imran "Wahai Tuhanku kurniakan kepadaku zuriat keturunan yang baik-baik, sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa". Juga surah Al-Anbiya ayat 89, "Wahai Tuhanku, jangan lah Engkau biarkan daku sendirian lagi tanpa zuriat, dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi".

Ogos 2010
Memang hobi kami berdua makan angin. Pantang hari minggu, pasti ada sahaja rancangan kami. Projek kali ini pergi melancong ke Jakarta dan Bandung-family trip. Sangat seronok sebab pergi satu keluarga, ala-ala rombongan Cik Kiah gitu hehe...ramai sungguh orang pada masa ini, mungkin sebab mengambil peluang bercuti sebelum bulan Ramadhan agaknya. Bercuti juga menjadi antara terapi diri bagi menghilangkan stress. Tak percaya? Cubalah :)

Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, peluang untuk mencari keberkatan, membersihkan jiwa yang kotor dan memohon agar segala doa dimakbulkan. Hari demi hari, Ramadhan sudah hampir ke penghujung. Alhamdulillah saya berjaya berpuasa penuh bulan itu. Jeng..jeng..jeng, saya masih belum datang "bulan" lagi! Adakah???Allah, kami serahkan segalanya kepada-Mu. Moga engkau makbulkan permintaan kami suami isteri. Ameen...

ALLAH Maha Besar, sekali lagi diberikan saya peluang untuk merasai nikmat itu. Ya, nikmat untuk bergelar seorang umi. Ramadhan yang cukup bermakna buat kami. Syukur Ya ALLAH, saya disahkan hamil lagi sekali!!!kami menangis, tangisan yang penuh pengharapan. Moga bayi ini membesar dengan rahmat, sihat dan sempurna hingga saya dapat melahirkannya pada 9 bulan yang akan datang.

Saya ringkaskan antara amalan-amalan yang saya amalkan sebelum disahkan hamil selain bersolat hajat:
1- amalkan doa dari surah yang saya berikan tadi setiap hari
2- pengambilan set biodex (suami-isteri)yang konsisten serta disiplin
3- penjagaan pemakanan iaitu saya tidak mengambil langsung minuman yang berkafein seperti kopi, nescaya dan teh
4- saya beri suami makan 2 biji half boil egg setiap pagi (sekarang suami sudah tidak lalu untuk makan) hehe
5- berurut dengan tukang urut yang sepatutnya
6- pengambilan asid folik setiap hari
7- bergi melancong atau lakukan aktiviti luar untuk kurangkan tekanan

Bagi readers yang sedang berusaha tetapi masih lagi tidak menunjukkan hasil, jangan bersedih dan berputus asa, sentiasa bersangka baik dengan pencipta, kerna setiap sesuatu yang diaturkan pasti ada hikmahnya. Percayalah, kepayahan yang diaturkan ini menjadikan saya seorang ibu yang lebih menghargai dan bersyukur dengan pemberianNYA...

42 comments:

Umar Kadir said...

Saya TERbaca entry puan. Besar sungguh dugaan puan. Harap Iman akan membesar menjadi anak yg soleh buat ibu bapanya. InsyaAllah

ila said...

Mixed feelings :-) ..akak still ingat kita chatting ms januari tu..akak follow fb shidah nk tgok progress..n bila nmpk pic bandung tu akak dh bole bc. .Alhamdulilah..akhirnya djmakbulkan Allah jua..suatu usaha yg x mgenal erti jemu..moga kita semua diberi peluang oleh Allah utk mjadi ibu bapa yg baik buat ank2 kita..amin2..

livedotlife said...

Umar: terima kasih atas doa. Ameen

livedotlife said...

Kak ila: selagi ada nyawa, selagi tu perlu usaha kan kak. Alhamdulillah, diberikan saya peluang untuk melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak sendiri

Anonymous said...

untungnye dpt rse nikmat mengandung..klu mcm mslh sy mmg x boleh bt ape kot..suami disah kn "azoospermia" so harapan utk menimang cahaya mata hancur berkecai :(
Skrg ni pon sy amek anak angkat je..dah nak 5 bulan dh baby ni.Plus sorang anak hasil perkahwinan dgn xhubby dlu..tu je la sekali rse nikmat mengandung n melahirkn..alhamdulillah..

livedotlife said...

Puan, mungkin ini adalah ujian/dugaan yang terpaksa dilalui, namun bersyukur kerna puan pernah jua merasai nikmat mengandung dan melahirkan. Dari apa yang saya tahu, azoospermia adalah keadaan di mana suami tidak mempunyai sperma disebabkan beberapa faktor. Tapi puan, jangan terus berputus asa, kerna zaman yang serba moden pasti ada rawatannya. Bersangka baik pada pencipta dan kita sama-sama memperbaiki hubungan dengan Yang Maha Esa. Sedangkan isteri Nabi Zakaria yang telah disahkan mandul, akhirnya ALLAH beri peluang untuk mengandung, sebab Nabi tidak putus-putus berdoa. Saya cadangkan puan dan suami mencuba produk Biodex ini, sebab boleh membaikpulih inbalance hormon (antara penyebab azoospermia). insyALLAH Allah melihat pada manusia yang berusaha.

Anonymous said...

salam puan, saya merupakan bekas pelajar puan di KTMP..terharu saya membaca blog puan tentang sukar hamil..Saya juga telah berkahwin hampir setahun 5 bln tapi masih belum hamil.Kadang2 bila tengok orang lain yang kahwin lewat dari saya dah mengandung rasa sedih je.Insyaallah saya akan cuba mengamalkan apa yang puan sarankan tu.Puan doakan saya ye mudah2an dapat juga merasa pengalaman menjadi seorang ibu seperti puan.Wassalam.

livedotlife said...

Wslm....truskn berusaha.kalau nk tahu pengiraan tempoh ovulasi bgtau sy. Pengiraan ni berbeza dgn yg kita pernah belajar dulu...

niki said...

Salam perkenalan. Sedih campur tumpang gembira baca entry ni. Sekurang2nya Allah masih bagi peluang utk puan hamil lagi.
Saya kahwin dh masuk 8 bulan. Mungkin bagi sesetengah org tempoh itu masih terlalu awal untuk sy fikirkan soal ni. Tapi sy sgt2 teringin nk hamil. Mungkin faktor kesibukan kami suami isteri yg menyebabkan kami belum diberi rezeki itu.
Sekarang tgh plan nk pegi bercuti sbb lepas kahwin kami x sempat pegi honeymoon pun..Hubby x cuti panjang. moga2 kali ni perancangan kami menjadi.
Boleh puan emelkan saya cara pengiraan tempoh ovulasi x? emel sy norazizims@gmail.com

livedotlife said...

Niki: nanti SY email ye

myra said...

Salam, tahniah bagi ibu-ibu yang pernah hamil dan melahirkan. Saya kemaren ada ke satu tukang urut di Seremban, agak jauh dari tempat tinggal saya, perjalanan 1 jam setengah. Urut perbetulkan rahim yang "terlipat" perlu 3 kali rawatan, tapi suami tak mahu menghantar saya lagi. katanya juga, saya perlu berusaha sendiri kerana dia sibuk. kepada sesiapa yang boleh bantu saya, punya contact untuk bidan urut yang mampu perbetulkan kedudukan rahim dekat area klng valey, boleh tolong beri contact? saya juga menggunakan LH detector/ovulation kit yang dibeli di farmasi untuk kenal pasti hari-hari yang subur. ujian hanya guna air kencing. harga gak mahal..satu alat 10-30 rm.

livedotlife said...

Myra: nanti SY try dapat balik no contact bidan yang pernah urut saya dulu...Sabar dear, yakin pada Maha Pencipts, pasti Ada rezeki utk awk menjadi ibu. Bersangka baik denganNYA, berusaha selagi kita diberi nyawa

Anonymous said...

salam, suami sy di sahkan azoospermia. ada cdgn product biodex yang sesuai?

livedotlife said...

Wslm, puan cuba ambil set lengkap suami isteri, tapi klau budget tidak mengizinkan try ambil skyherb honey + supreme diet dulu. Puan pun boleh minum supreme diet tu jugak. Bg mkn half boil egg setiap pagi 2 bijik. InsyALLAH berusaha + jgn stress

livedotlife said...

Wslm, puan cuba ambil set lengkap suami isteri, tapi klau budget tidak mengizinkan try ambil skyherb honey + supreme diet dulu. Puan pun boleh minum supreme diet tu jugak. Bg mkn half boil egg setiap pagi 2 bijik. InsyALLAH berusaha + jgn stress

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Saya nak share problem. Tolong email saya boleh?
junna_henryl@yahoo.com

livedotlife said...

junna nnti sy mail okie dear

Anonymous said...

Salam puan,boleh tolong emelkan sy jg cara pengiraan ovulasi. Email saya:
shawn_on7@yahoo.com
Tahniah atas kelahiran,doakan kami2 yg belum ada rezeki lg ni ye :)
Sy

Love Life said...

akak.. terharu baca kisah akak.. saya pun mempunyai masalah yg sama. kawin dh nak masuk 4thn tp rezeki anak belum lagi.. In shaa Allah nk cuba mcm akak buat.. blh ke emelkan saya cara kira ovulasi? Saya dah ade OPK kat umah tp x tahu time bila nak guna.. huhu.. emel saya: azliana.amin@gmai.com

tq ye..

livedotlife said...

Shawn Dan Azliana. Saya dah mail cara pengiraan ovulasi. Jika kurang jelas boleh inform akak..good luck dear. Letakkan sepenjh pengharapan pada pencipta kita...

Anonymous said...

Assallammmualaikum,boleh emel kan saya cara pengiraan ovulasi dan alamat,serta tukang urut tu? gem_invisible@yahoo.co.uk Terima kasih kak

Anonymous said...

Assallammmualaikum,kak boleh emel cara pengiraan ovulasi dan alamat,no telefon bidan tukang urut tu? gem_invisible@yahoo.co.uk. terima kasih

livedotlife said...

ok gem_invisible@yahoo.co.uk sy dh email..nnti dpt result positive bgtau ye hihi..berkenaan nombor bidan tu, sy belum jumpa lagi nombornya..

muaz_kkgp said...

menangis saya baca n3 puan ni...saya sendiri menanti kedatangan zuriat pertama hampir 9 tahun...31/08/13 tarikh lahir anak kami, istimewa sungguh tarikh yng Allah beri...Alhamdulillah, terima kasih Allah

Anonymous said...

boleh bg tau sy cara pengiraan ovulasi tu??sy nk sgt tau...

Anonymous said...

as salam..sy mmg menghadapi masalah dlm penggiraan tarikh ovulasi lrn period yg tdk tetap..blh pn emailkan kpd sy penggiran sebenar..jihan1502@gmail.com

livedotlife said...

Muaz, tahniah! Moga kepayahan yang ALLAH beri menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur..tahniah again!

Unknown said...

salam sis..
boleh emel sy tak tentang cara pengiraan ovulasi?
& sy nak tanya tentang pengalaman sis makan biodex.sebab sy nak try.
hope sis reply me ya. =)
scylla05@yahoo.com

livedotlife said...

Ok Scylla sy dah email awk

Anonymous said...

assalam..bole email sy cara pengiraan ovalasi x? sebab saya haid xteratur n ade pcos..

Anonymous said...

lupe..ni email sy nadyleo92@gmail.com

Anonymous said...

Salam sis..boleh sy tahu cara pengiraan ovolution tu..sbb sy masih konfius..period tertur setiap bulan.,dah setahun setengah kawin still x pregnanant lg..harap sis blh membantu..thanks.. Email sy: zul_lyssa86@yahoo.com

Unknown said...

as salam.. boleh x emailkan cara ovulasi? nurfazlida007@gmail.com.

terima kasih .

livedotlife said...

maaf atas kelewatan membalas comment dari sahabat sekalian. Saya akan email pengiraan ovulasi kepada anda dalam tempoh terdekat

Anonymous said...

Assalammualaikum.

Terkesan dengan pembacaan blog awak.Tiada erti putus asa dalam memiliki zuriat...saya hampir 3 tahun berkahwin tp masih ada rezeki....emm boleh sy dptkan cara mengira ovulasi memandangkan kitaran haid sy yg panjang....she_eksperimentasi@yahoo.com.my tanks awak...:-)

Anonymous said...

Salam akak.blh x kira ovulasi untuk saya.ni email nurj87@yahoo.com

Anonymous said...

Salam.boleh share email berkenaan pengiraan ovulasi tak?tq ye sazanazakaria@yahoo.com

Anonymous said...

salam kak, oleh kah emel juga kpd saya cara pengiraan ovulasi tu. terima kasih banyak2. emel saya : poohijau83@yahoo.com

Anonymous said...

salam.bley share cr pengiraan ovulasi.email:intan1604@gmail.com thanks

Unknown said...

salam...
sy nak tau jugak pengiraan ovulasi.. kitaran haid sy pon pjng. mana tau ade peluang sy utk dpt bby.

ni email sy..
waniedummy85@gmail.com

thanks

Anonymous said...

Salam. Bole emailkn cara kiraan ovulasi? Sy ada guna period calendar d hp, tp xpasti tepat x. N kl de contact no u urutan tu bole bg skali x... Nk try urutan jgak. cw.norfatiha87@gmail.com

ziela said...

Salam sis...boleh tak BG no mak long yg urut sis tu..mnala tau ada rezeki