Saturday, April 21, 2012
Jalan mendongak langit
Assalamualaikum w.b.t
Urban Kuala Lumpur telah menjadikan bandaraya ini berubah wajah. Sekali sekala keluar ke ibu kota menggunakan kenderaan awam memang syok. Tidak perlu lenguh kaki menekan pedal brek dan minyak kereta semasa jalan sesak. Cuma perlu bayar tiket untuk ke destinasi tertentu. Kelmarin, saya memilih menaiki monorail untuk ke Bukit Bintang dari stesen Titiwangsa kerna tidak sanggup untuk menempuh jem serta tidak mahu menghadapi kesukaran mendapatkan parking. Perjalanan yang memakan masa hampir 20 minit dengan tiket berharga rm2.10 memang berbaloi.
Sedang asyik menunggu monorail,datanglah segerombolan abang-abang askar yang tegap dan berpakaian sangat smart 😌 barangkali mereka ingin menuju ke kl sentral fikir saya memandangkan masing-masing membawa beg besar ala-ala beg balik kampung gitu. Teringat sewaktu zaman belajar di Universiti dulu. Terpaksa mengangkut beg yang berat untuk ke Puduraya. Zaman itu tidak sama macam zaman sekarang, sangat susah. Tapi, tidak pernah mengeluh. Anak-anak alaf baru ini sangat mudah. Pergi ke kelas pun naik kereta, malahan kereta lagi besar dari pensyarah.
Terganggu seketika lamunan saya, apabila monorail berhenti di stesen berikutnya. Antara ramai-ramai penumpang yang masuk, ada seorang ibu Arab yang sedang mendukung anak kecil dan sebelah tangan lagi memimpin anak yang usianya dalam lingkungan 4 tahun. Saya menoleh tempat duduk yang diduduki oleh abang-abang tegap tadi. Dengan harapan ada yang bangun memberi ruang kepada ibu dan anak itu duduk. Namun, tidak ada seorang pun yang sudi untuk bangun.
Tanpa berlengah, saya bangun dan menarik tangan ibu Arab itu supaya duduk di tempat saya. Syukran katanya. Saya tersenyum. Abang-abang tegap tadi persis dalam iklan kempen nilai murni di televisyen. Tidak prihatin pada persekitaran, tidak mempedulikan orang lain. Argh, kalau badan sahaja tegap tapi hati kering buat apa. Bagaimana hendak melindungi negara, jika tidak peka pada perkara kecil. Geram juga saya melihat mereka. So, moral of the story "biar siapa pun kita, biar di mana pun kedudukan kita, jalan perlulah melihat ke bawah, jangan sentiasa mendongak ke langit, bimbang nanti jatuh tersadung di kemudian hari"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Realiti masyarakat yg makin ramai bersikap tidak peduli. Hilang sensitiviti dari sekecil perkara ke sebesarnya
Post a Comment